Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Ogos, 121 Mati, 5 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

haniefmunchkien

Active Member
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,153
Reaction score
420
Points
51



Malaysiakini (BM Version)
4 min ·
TINJAUAN | Bekalan sukar diperoleh selepas penguatkuasaan diperketat, termasuk kawalan di pangkalan haram Rantau Panjang-Golok.



Harga beras seludup di Kelantan naik mendadak
N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 9:10 pm

Dikemaskini Hari ini 9:10 pm




TINJAUAN | Beras keluaran Thailand yang diseludup ke Kelantan kini dijual dengan harga lebih tinggi selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Ia susulan bekalan beras itu sukar diperoleh selepas penguatkuasaan dan kawalan sempadan Malaysia-Thailand melalui pangkalan haram di Rantau Panjang-Golok yang diperketatkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

Sebagai rekod, kebiasaannya beras Siam menjadi pilihan rakyat Kelantan secara berleluasa kerana harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi serta mudah diperoleh dalam pasaran tempatan.

Tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata pengguna merungut susulan kenaikan harga secara mendadak.

Kebiasaannya harga beras Siam seludup itu, bagi setiap kampit lima kilogram dijual antara RM11 hingga RM15 bergantung kepada jenama dan gred.





Juala atas talian di Facebook


Namun, sejak pelaksanaan PKP ini harganya meningkat kepada RM20 hingga RM28 bagi setiap kampit lima kilogram.

Antara jenama yang berada di pasaran negeri ini seperti cap mangga, pisang, basikal, dan serindit.

Selain itu, pemerhatian di kedai-kedai runcit juga mendapati stok beras Siam itu sukar diperoleh.

Seorang peniaga mahu dikenali sebagai Che Mat, 56, berkata, bekalan beras itu kini sukar diperoleh daripada pembekal menyebabkan harga meningkat secara mendadak.

"Kita peniaga pun pening. Sampai saya terpaksa hentikan penjualan beras Siam. Kasihan pada orang ramai.

"Jadi saya jual harga beras tempatan sahaja buat masa sekarang.

"Keadaan ini kali pertama berlaku, sebelum ini kalau ada kenaikan pun masa musim perayaan. Tetapi tidak terlalu tinggi," katanya.

Jualan atas talian
Sementara itu, tinjauan juga mendapati modus operandi peniaga beras Siam kini beralih kepada jualan atas talian termasuk melalui media sosial.

Semakan di Facebook mendapat banyak iklan-iklan beras Siam disiarkan dengan pelbagai tawaran harga termasuk perkhidmatan penghantaran ke rumah.



Sementara itu seorang peniaga mahu dikenali sebagai Idris, 32, berkata, harga beras Siam sepanjang tempoh PKP ini kerana stok berkurang.

Katanya, ia disebabkan kesukaran untuk pembekal membawa masuk ke pasaran di Kelantan susulan kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

"Sebenarnya saya sebab sekatan jalan raya dan penutupan (kawalan) di sempadan, ini menyebabkan bekalan terputus.

"Permintaan di Kelantan ini tinggi sebab kebanyakan rakyat Kelantan mengguna beras Siam.

"Kesempatan ini juga diambil oleh peniaga untuk menaikan harga. Macam saya cuma jual secara sambilan, bantu kawan-kawan dan sanak-saudara untuk dapatkan bekalan," jelasnya ketika dihubungi.


beras seludup tu kalau makan jadi halal ke haram?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,315
Reaction score
20,966
Points
1,671
Seramai 43,462 orang telah disaring iaitu:

1. 6.7% atau 2,908 adalah positif

2. 75.7% atau 32,894 orang adalah negatif dan

3. 17.6% atau 7,660 orang masih menunggu keputusan.



Dua kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan 45 kes setakat ini.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,352
Reaction score
1,922
Points
206




Azari Mat Yasir
3 min

SIRI GRAF SERAM COVID-19
(Bahagian 7)

Kali ni aku nak jenguk jiran sebelah, bertanya khabar. Indonesia mempunyai populasi 8x lebih besar dari Malaysia. Tetapi kadar kes positif di sana lebih rendah dari kita. Ini membuatkan ada yang percaya bahawa Indonesia masih selamat untuk dikunjungi (atau nak balik kampung).

Nanti dulu. Walaupun terdapat banyak spekulasi tentang kemampuan Indonesia untuk membuat saringan secara meluas dan efektif, mari kita lihat nombor yang sebenar dulu.

Lihat graf di bawah. Ya, kes positif Indonesia lebih rendah dari Malaysia. Tapi lihat kadar kematian mereka yang jauh lebih tinggi. Sungguhpun pada ketika ini kadar kematian per juta penduduk mereka juga masih rendah, tetapi jika dibandingkan dengan kes yang positif, ia menimbulkan kemusykilan. Ini seharusnya memberi petanda yang sesuatu sedang berlaku di sana.

Ada pelajar2 aku yang berasal dari Indonesia memohon nak balik kampung. Aku faham mereka bosan terkongkong di kampus tanpa aktiviti apa2. Rasanya dah habis satu internet didownloadnya. Tapi gut feeling aku mengatakan mereka lebih selamat tinggal di Malaysia buat masa ini.

Tambahan lagi, katalah mereka balik ke Indonesia dan kemudian MCO fasa 2 tamat, aku tak rasa mereka akan dapat kembali ke Malaysia untuk menyambung pengajian. Sekurang2nya mesti kena kuarantin 14 hari lagi. Kalau begitu baik duduk aje di kampus dan beraya di sini!

Apa2 pun, aku doakan Indonesia selamat dan dipelihara dari impak wabak COVID-19 yang besar. Semoga kemampuan mengesan dan menyaring pesakit di sana dipertingkatkan.

View attachment 222130

rajin betul mamat ni buat graf.
kerja statistician ke?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register