Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 363 Mati, 1472 Kes Baru

CG Sponsors




i4u

Legendary Member
Joined
Sep 13, 2010
Messages
17,315
Reaction score
51
Points
130
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
30 Okt 2020
Kes sembuh=491
Jumlah kes sembuh=20,248 kes
Kes baharu positif=799
(kes import=0, kes tempatan=799)
Jumlah positif=30,889 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=249 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=20 kes
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Kenyataan Akhbar KPK 30.10.2020 - Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 Di Malaysia


STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 491 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 20,248 kes (65.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
  • Sabah (277 kes);
  • Selangor (135 kes);
  • Negeri Sembilan (25 kes);
  • Perak (22 kes);
  • Pulau Pinang (12 kes);
  • Sarawak (5 kes);
  • Johor (4 kes);
  • Terengganu (3 kes);
  • Pahang (2 kes);
  • Melaka (2 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (2 kes); dan
  • Kelantan (2 kes).
discaj-30-okt.jpg



STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 466 kes (58.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 170 kes (21.3 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 636 kes (79.6 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 29 kes (3.6 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Reman (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes) dan Kluster Tembok (3 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 30 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 799 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,392 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.




Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
  • Sabah: 466 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan;
    • 193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 147 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 150 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster, termasuk 76 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merpati dan Kluster Astaka;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 65 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titian; dan
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 35 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 23 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gala;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 19 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 16 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Meldrum.
  • Kedah : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian
Kes No.
Negeri
Jantina (Warganegara)
Umur (tahun)
Hospital
Latar Belakang
247​
11862​
Sabah​
Lelaki (WN)​
70​
Hospital Queen Elizabeth​
Penyakit darah tinggi​
248​
29786​
Sabah​
Lelaki (BWN)​
53​
Hospital Tawau​
–​
249​
29787​
Sabah​
Perempuan (BWN)​
60​
Hospital Duchess of Kent​
Penyakit darah tinggi dan strok​
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

new-white-update-case-number-covid-19-15.jpg


L
APAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI


KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER RUMAH MERAH

Kluster baharu ini melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29774) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 56 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes menerima rawatan di Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana:
  • 57 kes dikesan positif COVID-19 (56 kes baharu); dan
  • 72 individu dikesan negatif.
KLUSTER TELIPOK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Sebanyak 10 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bomba, Sepanggar.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana:
  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 102 individu dikesan negatif.
KLUSTER SEMBULAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-26238) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Institut Kemahiran MARA, Sepanggar dan Politeknik Sepanggar.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana:
  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 87 individu dikesan negatif.
KLUSTER MERPATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang, Gombak dan Kuala Langat di negeri Selangor. Sebanyak 45 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana:
  • 45 kes dikesan positif COVID-19 (45 kes baharu); dan
  • 71 individu dikesan negatif.
KLUSTER ASTAKA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29262) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 31 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:
  • 32 kes dikesan positif COVID-19 (31 kes baharu); dan
  • 82 individu dikesan negatif.
KLUSTER TITIAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 11 kes telah dikesan positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi di Kampung Muslim pada 29 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana:
  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu);
  • 40 individu dikesan negatif; dan
  • 413 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER GALA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27703) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 26 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:
  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 98 individu dikesan negatif; dan
  • 33 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER MELDRUM

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30789) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 219 individu telah disaring, di mana:
  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 138 individu dikesan negatif; dan
  • 75 individu masih menunggu keputusan.

SITUASI TERKINI KAPASITI KATIL COVID-19

Sehingga 29 Oktober 2020 pukul 10:00 malam, terdapat 44 buah hospital KKM dan 2 buah hospital pengajar di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19. 46 hospital ini menempatkan 3,825 buah katil dan kadar penggunaannya adalah sebanyak 54 peratus. KKM turut menyediakan katil tambahan menerusi pengwujudan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara di mana sehingga kini terdapat 60 PKRC yang sedang beroperasi dengan kapasiti katil sebanyak 12,235 dan kadar penggunaannya adalah 36 peratus. Dengan ini, bilangan keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di hospital dan PKRC di Malaysia adalah 16,060 dengan kadar penggunaannya sebanyak 40 peratus.

Khusus bagi negeri Sabah pula, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 10:00 malam, 9 daripada 24 buah hospital KKM di seluruh negeri Sabah telah digunakan sebagai Hospital Hybrid COVID-19 iaitu menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19 dan pada masa yang sama meneruskan perkhidmatan untuk lain-lain perkhidmatan perubatan. Setakat ini 1,007 buah katil untuk pesakit COVID-19 telah disediakan di 9 buah hospital ini dan kadar penggunaan adalah sebanyak 77 peratus. Terdapat 28 PKRC yang sedang beroperasi di seluruh negeri Sabah dengan kapasiti katil sebanyak 7,368 dan kadar penggunaannya adalah 43 peratus. Dengan ini, bilangan keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di hospital dan PKRC di negeri Sabah adalah 8,375 dengan kadar penggunaannya sebanyak 47 peratus.

Meskipun terdapat pertambahan kes baharu setiap hari yang dilaporkan, khususnya di negeri Sabah, namun terdapat juga banyak kes-kes discaj dalam jumlah yang banyak dilaporkan setiap hari. Oleh itu, katil yang kosong ini boleh digunakan pula untuk kes-kes baharu. Selain itu, KKM sentiasa menilai situasi semasa dan mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi kapasiti katil sekiranya diperlukan.


Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 Oktober 2020 @ 5.30 petang.


Berita asal https://kpkesihatan.com/2020/10/30/...nyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 30 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES BAHARU ( * )
BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH
466
14,519
SELANGOR
150
4,645
W.P. KUALA LUMPUR
19
3,033
KEDAH
5
2,122
NEGERI SEMBILAN
23
1,582
PULAU PINANG
35
992
JOHOR
9
906
SARAWAK
16
872
PERAK
10
505
W.P. LABUAN
65
457
PAHANG
0
393
MELAKA
0
311
TERENGGANU
0
192
KELANTAN
0
179
W.P. PUTRAJAYA
1
143
PERLIS
0
38
JUMLAH KESELURUHAN
799
30,889
( * ) adalah merujuk kepada kes-kes import
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(30 Oktober 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
SagukingWP LabuanLabuan372283,260187 (0)401
KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat33394798392 (0)20
Penjara RemanPulau PinangTimur Laut204832,96486 (0)3961
HentianSelangor, WP Kuala Lumpur, Negeri SembilanHulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Seremban141182,15071 (0)470
OmadalSabahSemporna133519835 (0)00
TitirSabahKeningau11891,42685 (0)40
MesraSabahSandakan116711655 (0)111
BakiSarawak, PerakKuching, Kinta1139104939 (0)00
TeduhSabahLahad Datu10442,55430 (0)140
BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kerian, Larut Matang & Selama7471,03644 (0)30
GreenhillSarawakKuching, Miri73611236 (0)00
Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang61,6763,4911669 (0)70
LimbunganWP LabuanLabuan52838324 (0)40
CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong44834836 (1)120
KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang44662746 (1)00
AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu44072419 (0)210
MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong42810921 (1)61
TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama31,7428,902434 (5)1,3053
UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras223689552 (0)1840
Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Cheras, Lembah Pantai, , Timur Laut, Seberang Perai Utara26155325 (0)360
TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu2252449 (0)160
Taman LautSelangorPetaling281238 (0)00
Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu13823,493142 (0)2382
MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah 18454834 (0)500
Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson1751,98925 (0)500
MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak17033557 (1)130
TanameraSabahTawau16916041 (0)280
Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong15973818 (0)410
Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu1245824 (0)00
Bina LabuanWP LabuanLabuan12117120 (0)01
BandaranSabahKota Kinabalu, Tuaran1157215 (0)00
*BWN = Bukan Warganegara
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Selangor Rekod 150 Kes, 2 Kluster Baru Di Kesan

30.10.2020 - Shah Alam, Selangor merekodkan 150 kes Covid-19 hari ini dengan kesemuanya membabitkan penularan tempatan menjadikan keseluruhan 4,645. Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan daripada jumlah itu 76 kes dikesan menerusi kluster baharu iaitu kluster Merpati dan kluster Astaka.

“Sebanyak 40 kes daripada kluster-kluster sedia, 22 saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 12 lagi melalui lain-lain saringan,” menurut STFC di Facebook.

Data Bilik Gerakan Negeri Selangor pula menunjukkan Petaling mencatat kes aktif tertinggi iaitu 383 diikuti Hulu Langat (243), Sepang (234), Klang (119), Gombak (100), Kuala Langat (91), Kuala Selangor (16), Hulu Selangor (tujuh) dan Sabak Bernam (dua).

Enam zon di negeri ini masih berstatus merah meliputi Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Sepang dan Kuala Langat manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada dalam zon kuning.

Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 57 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 3,421 manakala angka korban kekal 26 orang. Hari ini, sebanyak 799 kes Covid-19 dilaporkan dalam negara dan tiga kematian.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/covid-19-selangor-rekod-150-kes-dua-kluster-baharu-dikesan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
270 Bekas Pesakit Covid-19 Di Perlukan Untuk Kajian Antibodi - Noor Hisham

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan seramai 270 bekas pesakit bagi membantu kajian mengenai tindak balas antibodi neutralisasi kepada pesakit Covid-19 di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebelum ini kajian sedemikian pernah diadakan dalam kalangan pesakit Covid-19 di Sungai Lui, Hulu Langat namun didapati kehadiran antibodi dalam badan mereka antara 18 hingga 20 peratus sahaja selepas tiga bulan dijangkiti.


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...diperlukan-untuk-kajian-antibodi-noor-hisham/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Tidak Sesuai Adakan PRU Masa Ini - Noor Hisham

30.10.2020 - Kuala Lumpur, ‘Masih tidak sesuai untuk negara mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) buat masa ini kerana graf jangkitan Covid-19 belum landai.’

Itu nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kenyataan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang mahu PRU diadakan setelah Covid-19 dapat dikawal pada peringkat minimum.

“Syor KKM ialah kalau boleh tidak diadakan PRU. Bagaimanapun kalau terpaksa diadakan PRU, jadi kita kena lihat kepada walaupun keadaan semasa ini tidak sesuai untuk mengadakan PRU, kita menggunakan prinsip sama ada kita boleh menggunapakai tidak ada lintas sempadan atau daerah, tidak membenarkan perhimpunan atau berkempen secara beramai, dan tidak ada walkabout atau kunjungan rumah ke rumah.

“Ini prinsip yang boleh mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam komuniti. Tapi apa yang penting adalah untuk kita sama-sama patuhi SOP walaupun kita boleh adakan SOP tapi kepatuhan itu yang penting,” katanya dalam sidang media hari ini.

Noor Hisham menjawab pertanyaan media mengenai cadangan mesyuarat MT UMNO semalam yang mahu PRU diadakan setelah pandemik Covid-19 dapat dikawal.

Ditanya samada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat digunakan untuk mengelak daripada PRU diadakan, Noor Hisham berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan meminda akta itu.

Jelasnya Akta 342 yang digubal pada tahun 1988 tidak menjurus kepada pandemik dan hanya kepada penyakit berjangkit sahaja.

“Sudah sampai sama untuk kita melihat kembali akta ini. Ketika akta ini didrafkan, kita tidak jangka untuk pandemik dan kita gunakan untuk penyakit berjangkit tapi keperluan untuk kita melihat semua pindaan itu seharusnya dijalankan.

“Sama ada kita mempunyai kuasa yang lebih kepada Akta Perlembagaan melihat kepada PRU dan sebagainya. Ini satu kita kena rujuk kepada Peguam Negara,” kata beliau.

Katanya, SOP untuk mana-mana pilihan raya telah diberikan tapi isunya adalah tahap kepatuhan kepada mana-mana individu itu yang mengakibatkan kes positif meningkat.

Malah katanya KKM tidak mempunyai kuasa untuk menggunapakai Akta 342 untuk menghentikan daripada sebarang pilihan raya diadakan.

“Sebaiknya kita tangguhkan PRU, tapi kita tidak ada kuasa, kita tidak ada punca kuasa di KKM atau menggunakan Akta 342 setakat ini.

“Kalau kita merujuk kepada Peguam Negara, kena adakan juga PRU kalau boleh kita patuh kepada tiga prinsip itu,” katanya lagi

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10/30/tidak-sesuai-adakan-pru-masa-ini-noor-hisham/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Wajib Patuh 3 Prinsip Jika Pilihan Raya Terpaksa Diadakan - Noor Hisham

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ditanya samada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat digunakan untuk mengelak daripada PRU diadakan, Noor Hisham berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan meminda akta itu.

Jelasnya Akta 342 yang digubal pada tahun 1988 tidak menjurus kepada pandemik dan hanya kepada penyakit berjangkit sahaja. “Sudah sampai sama untuk kita melihat kembali akta ini.

Ketika akta ini didrafkan, kita tidak jangka untuk pandemik dan kita gunakan untuk penyakit berjangkit tapi keperluan untuk kita melihat semua pindaan itu seharusnya dijalankan.

“Sama ada kita mempunyai kuasa yang lebih kepada Akta Perlembagaan melihat kepada PRU dan sebagainya. Ini satu kita kena rujuk kepada Peguam Negara,”.


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...a-pilihan-raya-terpaksa-diadakan-noor-hisham/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register