Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 363 Mati, 1472 Kes Baru

CG Sponsors




Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,602
Reaction score
540
Points
81
Ingin bertanya, kenapa penularan kes covid di semenanjung tak seperti di Sabah?
Kalu semua dah ikut SOP, penjarakan sosial, pakai mask, kerap cuci tangan, mungkin dpt meminima kan kebolehjangkitan.
Kes unknown yg ada dalam komuniti

Tak sedar terjangkit... dan tak sedar sedang mengjangkiti...

Masalah asal gomen sebut dulu dari pati yg keluar masuk...

Kes penyakit-berjangkit gini masalah utama bukan pada hospital... kena fokus ke kesihatan awam. Kesihatan awam yg siasat punca dan siapa kontek..

Nak tahu byk xbyk tgk pada jum kes saringan konteks dan saringan lain2
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,606
Reaction score
4,320
Points
201
COVID-19: 15,858 sampel individu dianalisis di Labuan

LABUAN: Sekurang-kurangnya 15,858 sampel COVID-19 diambil daripada individu untuk dianalisis sejak 27 September lalu dengan sebahagian besar daripadanya ialah mereka yang pulang dari Sabah dan 3,324 daripada jumlah sampel itu belum diketahui keputusan, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan, 1,700 sampel adalah daripada kluster paling aktif, Saguking dengan 680 sampel diambil, semalam.

"Kami menganggarkan 3,500 sampel di penempatan itu untuk dianalisis dan kami masih ada 1,800 sampel akan diambil secara berperingkat sehingga 3 November ini.

Kami akan cuba mendapatkan semua peneroka di kedua-dua penempatan, yang kami percaya sudah dijangkiti untuk diasingkan dan dirawat secepat mungkin," katanya kepada Bernama.

Kluster Saguking terdiri daripada Saguking Laut dan Sebaor baru dengan 8,062 peneroka tinggal dalam penempatan setinggan di atas air itu yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari 21 Oktober sehingga 3 November.

Sementara itu, Dr Ismuni berkata, bilangan kes Kluster Bina (mereka yang di dalam sektor pembinaan) dijangka meningkat hari ini dan esok memandangkan peningkatan angka mereka yang menjalani saringan dan menanti keputusan.

Beliau berkata, kluster Bah Bundle Labuan yang jumlah kumulatifnya mencecah 31 kes masih lagi aktif dan jangkitan dijangka menular ke masyarakat tempatan.

Dua lagi kluster Bah Bangat dan Bah Layangan tidak merekodkan sebarang peningkatan kes sejak dua minggu lalu.

Labuan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dari 17 hingga 31 Oktober dengan 217 kes positif dilaporkan semalam. – BERNAMA
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,362
Reaction score
11,144
Points
1,906
PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

October 24, 2020 7:28 PM

DG-Hisham-MOH-Covid-19-191020-FMT-4.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKPB tidak perlu disambung jika tiada peningkatan kes dalam seminggu.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kalau lihat pada data, ia meningkat secara konsisten setiap hari. Kalau ada peningkatan, mungkin kita akan cadangkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika tiada peningkatan kes dalam seminggu, maka PKPB tidak perlu dilanjutkan.
“Kalau tiba-tiba tidak ada peningkatan dalam seminggu ini, mungkin kita tak perlu.


“Jadi, kita sekarang tengah memantau setiap hari, sama ada perlu atau tidak (sambung PKPB). Yang nyata, kes sekarang makin meningkat.”
PKPB dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Okt hingga 27 Okt ini, susulan lonjakan kes Covid-19.

Hari ini, Selangor mencatatkan 76 kes baru dengan satu kluster baru dikesan.
Mengenai kesediaan KKM menangani gelombang ke-3 Covid-19, Hisham berkata, keadaan itu mencabar, tetapi KKM lebih bersedia berbanding gelombang pertama.

Setakat ini, katanya, tiada kekurangan katil, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Dalam kes Sabah, negeri yang paling teruk terjejas, beliau berkata, kerajaan membenarkan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan pemerolehan darurat untuk apa yang diperlukan.

“Misalnya PPE tak cukup atau mereka perlu banyak bantuan pernafasan, mereka boleh buat pemerolehan di peringkat negeri.”
Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut meluluskan pengambilan 1,223 kakitangan baru yang terdiri daripada 624 jururawat gred U29, 336 penolong pegawai perubatan gred U29, 213 penolong pegawai kesihatan persekitaran gred U29 dan 50 juruteknologi makmal perubatan gred U29.

Beliau berkata, KKM akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya Isnin ini untuk mula bertugas pada 28 Okt.

Dalam perkembangan lain, Hisham berkata, KKM sedang mengkaji rawatan di rumah untuk pesakit berisiko rendah.

Katanya, kapasiti di hospital dan hospital sementara untuk merawat pesakit berisiko rendah mencukupi ketika ini.

“Penggunaan hanya 30%, tetapi kami sedang membincangkan pilihan ini.”

Baru-baru ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun dilaporkan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri menasihatkan pesakit Covid-19 dengan gejala “terkawal” untuk dirawat di rumah.
Hisham menjelaskan nasihat untuk pesakit kekal di rumah merujuk individu sedang menunggu keputusan ujian saringan mereka yang mungkin mengambil beberapa hari.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,362
Reaction score
11,144
Points
1,906
Arahan tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah berkenaan. #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia

COVID-19: Semua sekolah di Seremban ditutup sehingga 9 November


Oktober 24, 2020 20:34 MYT
COVID-19: Semua sekolah di Seremban ditutup sehingga 9 November

Arahan penutupan itu membabitkan 177 sekolah dan institusi pendidikan guru di daerah itu.

KUALA LUMPUR: Semua sekolah dan institusi pendidikan guru di Seremban yang kini menjadi zon merah COVID-19 ditutup bermula 25 Oktober sehingga 9 November depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di daerah berkenaan.

Menurut kenyataan itu, arahan berkenaan melibatkan 177 institusi pendidikan di daerah tersebut merangkumi sekolah rendah dan menengah selain sekolah swasta dan institusi lain di bawah KPM.
“Selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM.

“KPM memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di daerah Seremban ditutup sehingga 9 November. Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup.
"KPM juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau ingin terus berada di asrama sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden.
Dalam tempoh tersebut segala keperluan makan dan minum pelajar akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan.

"Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

"Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
"Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM," katanya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,858
Reaction score
11,718
Points
2,376
PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

October 24, 2020 7:28 PM

View attachment 301639
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKPB tidak perlu disambung jika tiada peningkatan kes dalam seminggu.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kalau lihat pada data, ia meningkat secara konsisten setiap hari. Kalau ada peningkatan, mungkin kita akan cadangkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika tiada peningkatan kes dalam seminggu, maka PKPB tidak perlu dilanjutkan.
“Kalau tiba-tiba tidak ada peningkatan dalam seminggu ini, mungkin kita tak perlu.


“Jadi, kita sekarang tengah memantau setiap hari, sama ada perlu atau tidak (sambung PKPB). Yang nyata, kes sekarang makin meningkat.”
PKPB dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Okt hingga 27 Okt ini, susulan lonjakan kes Covid-19.

Hari ini, Selangor mencatatkan 76 kes baru dengan satu kluster baru dikesan.
Mengenai kesediaan KKM menangani gelombang ke-3 Covid-19, Hisham berkata, keadaan itu mencabar, tetapi KKM lebih bersedia berbanding gelombang pertama.

Setakat ini, katanya, tiada kekurangan katil, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Dalam kes Sabah, negeri yang paling teruk terjejas, beliau berkata, kerajaan membenarkan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan pemerolehan darurat untuk apa yang diperlukan.

“Misalnya PPE tak cukup atau mereka perlu banyak bantuan pernafasan, mereka boleh buat pemerolehan di peringkat negeri.”
Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut meluluskan pengambilan 1,223 kakitangan baru yang terdiri daripada 624 jururawat gred U29, 336 penolong pegawai perubatan gred U29, 213 penolong pegawai kesihatan persekitaran gred U29 dan 50 juruteknologi makmal perubatan gred U29.

Beliau berkata, KKM akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya Isnin ini untuk mula bertugas pada 28 Okt.

Dalam perkembangan lain, Hisham berkata, KKM sedang mengkaji rawatan di rumah untuk pesakit berisiko rendah.

Katanya, kapasiti di hospital dan hospital sementara untuk merawat pesakit berisiko rendah mencukupi ketika ini.

“Penggunaan hanya 30%, tetapi kami sedang membincangkan pilihan ini.”

Baru-baru ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun dilaporkan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri menasihatkan pesakit Covid-19 dengan gejala “terkawal” untuk dirawat di rumah.
Hisham menjelaskan nasihat untuk pesakit kekal di rumah merujuk individu sedang menunggu keputusan ujian saringan mereka yang mungkin mengambil beberapa hari.


Harap cepat la turun kes baru ni
Tak dapat balik kampung la nampak gaya kalau trend menaik berterusan 😔
 

iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,083
Reaction score
246
Points
33
Sabah kan pru hari tu..
So impak spread tinggi tanpa dpt kawal kluster..

Cth : Klo aku ada bersama dgn seorang wakil rakyat berpotensi covid-19..

Maka aku jgk akan jdi spreader dlm family..

Benda akan jdi generasi kedua spread sesama mereka.. Mmg out teros..

Virus ni sedang mutation.. Dimana ada super spreader.. Spread dgn lebih cepat berbanding covid biasa..
Betul tu.

Hanya sabah ade sapie apdal
Negeri lain xde
Sbb tu penularan jadi teruk
Hahaha. Bala, bala..

Kes unknown yg ada dalam komuniti

Tak sedar terjangkit... dan tak sedar sedang mengjangkiti...

Masalah asal gomen sebut dulu dari pati yg keluar masuk...

Kes penyakit-berjangkit gini masalah utama bukan pada hospital... kena fokus ke kesihatan awam. Kesihatan awam yg siasat punca dan siapa kontek..

Nak tahu byk xbyk tgk pada jum kes saringan konteks dan saringan lain2
Mmg menyusahkan pati-pati ni. Selagi pati-pati suka hati keluar masuk, selagi tu menjadi barah untuk negara.
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
974
Reaction score
456
Points
41
Mmg menyusahkan pati-pati ni. Selagi pati-pati suka hati keluar masuk, selagi tu menjadi barah untuk negara.
[/QUOTE]

Bukan sja Pati Pati....Parti Parti pun sama menyusahkan 😅
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,437
Reaction score
2,242
Points
191
Aku tgk impak covid..
Yang mana ada penyakit 3 serangkai.. (Kompilasi)

Selamat dikebumikan..

High risk untuk mereka yg ada family berpenyakit, better isolate family yang sakit ke kwsn yg lebih selamat..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,606
Reaction score
4,320
Points
201
Kepatuhan SOP, SKTTJ 2 rekod kehadiran murid hampir 100 peratus
sekolah_1603594048.jpg


SEREMBAN: Kebimbangan dan ketakutan masyarakat terhadap risiko penularan wabak COVID-19 adalah sesuatu yang normal sebaik sahaja pelbagai sektor dibuka secara berperingkat sejak April lalu.

Tidak terkecuali dalam sektor pendidikan. Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai apabila kerajaan mengumumkan sesi persekolahan dibuka semula sepenuhnya pada Julai lalu, selepas hampir empat bulan ditutup berikutan ancaman wabak itu.

Di sebalik keputusan itu, ibu bapa tetap bimbang untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah apabila memikirkan mengenai aspek kebersihan, keselamatan dan kawalan penularan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Melihat kepada senario kebimbangan ibu bapa itu, Kementerian Pendidikan (KPM) prokatif melaksanakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung jangkitan COVID-19 dan memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah dan tidak tercicir dalam pembelajaran.

Hasilnya, Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 (SKTTJ 2) di sini, yang turut melaksanakan SOP penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan yang ketat, berjaya merekodkan kehadiran pelajar hampir 100 peratus, sejak mula dibuka semula.

Guru Besar SKTTJ 2, Zalija Marsham, berkata keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap pembudayaan norma baharu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan serta kerjasama semua pihak adalah kunci kejayaan itu.

"SOP yang dipraktikan antaranya, suhu badan akan diperiksa dan wajib menggunakan cecair sanitasi tangan sebelum masuk ke kelas. Pelajar juga digalakkan kerap membasuh tangan di samping sekolah membuat penambahan dari segi keselamatan makanan dan sentiasa pantau kesihatan pelajar.

"Bagi Januari, Februari dan Mac, kehadiran pelajar kami melebihi KPI (Petunjuk Prestasi Utama) ditetapkan Kementerian Pendidikan iaitu 95 peratus, dan apabila selesai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita lihat kehadiran amat memberangsangkan dengan merekodkan 96.7 peratus pada minggu pertama. Ini menggambarkan kami dapat kepercayaan penuh oleh komuniti setempat," katanya.

Tinjauan Bernama di sekolah berkenaan mendapati pematuhan terhadap SOP dengan pembudayaan norma baharu dilaksana penuh tertib apabila murid perlu sentiasa mempraktikkan penjarakan fizikal sebaik melangkah masuk ke kawasan sekolah.

Pelajar kemudian diperiksa suhu badan dan diminta menggunakan cecair sanitasi tangan sebelum masuk ke kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) manakala di luar setiap bilik darjah disediakan kemudahan sinki curi tangan dan sabun yang disumbangkan ibu bapa.

Terletak di kawasan perumahan Taman Tuanku Jaafar, sekolah berkenaan yang melaksanakan sesi persekolahan pada sebelah pagi dan memiliki seramai 785 murid termasuk prasekolah, turut menerapkan elemen PdP yang menyeronokkan.

"Kita jalankan proses PdP seperti biasa tetapi elemen keseronokan di setiap PdP tetap diselitkan supaya kita dapat menarik minat murid untuk terus hadir ke sekolah dan masyarakat sedar usaha pihak sekolah ini demi kebaikan anak-anak mereka," katanya.

Murid Tahun Enam, Nurin Sakinah Husna Mohd Zaki, 12, ketika ditemui berkata beliau berasa selamat dan tidak bimbang hadir ke sekolah walaupun negara sedang berdepan wabak COVID-19.

Dia berkata peranan guru yang mengambil berat kesihatan murid selain kepatuhan semua murid terhadap SOP, termasuk ketika waktu rehat, menambah keyakinannya untuk terus hadir ke sekolah.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin, berkata pihaknya sudah melawat semua sekolah di negeri ini untuk memberi penerangan berhubung pelaksanaan pembudayaan norma baharu supaya ia dapat dihayati oleh guru, murid serta ibu bapa.

"Ketika lawatan ke semua sekolah, semua mengikuti SOP seperti yang ditetapkan. Ini satu penghayatan yang cukup baik dan sangat dituntut bagi membendung penularan wabak COVID-19," katanya. – BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register