Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 363 Mati, 1472 Kes Baru

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,372
Reaction score
11,145
Points
1,906
3 kluster baharu dilaporkan melibatkan 2 dari Selangor (Palma dan Jaya) dan 1 Sabah (Samudera).
Daripada 709 kes baharu tempatan dilaporkan hari ini, 27 dikesan dari tiga kluster tersebut.

1603469559877.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,372
Reaction score
11,145
Points
1,906
62 kes baharu dilaporkan di Selangor termasuk 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.
Hulu Langat, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang berada di zon merah.
Negeri-negeri di Lembah Klang juga kini berada dibawah PKPB.

1603469587531.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,372
Reaction score
11,145
Points
1,906
Perincian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
10 kes tempatan dilaporkan di KL manakala 1 lagi adalah kes import. KL turut melaporkan kluster baharu iaitu Palma.
Putrajaya pula tidak melaporkan kes baharu hari ini.

1603469620010.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,372
Reaction score
11,145
Points
1,906
Secara keseluruhan, Sabah catat 528 kes baharu. Daripada jumlah itu, 140 adalah dari Kluster Penjara Kepayan.
Selain tu, 1 kluster baharu juga dikesan iaitu Samudera.
Hanya Tongod kekal sebagai zon hijau.

1603469654881.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,372
Reaction score
11,145
Points
1,906
Keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

Covid-19: Malaysia dijangka terima bekalan vaksin suku pertama 2021
| | 24 Oktober 2020
862195.jpg

Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Covid-19 pada suku pertama tahun depan.




PUTRAJAYA - Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin koronavirus (Covid-19) pada suku pertama tahun depan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

"Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga," menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam.

MOSTI dan KKM berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan COVAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Covid-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid-19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).

"Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid-19 Kementerian Kewangan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksin Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi.

"Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak," katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin Covid-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. - Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,890
Reaction score
11,718
Points
2,376
Mesyuarat Khas MKN bersetuju lanjutkan lagi #PKPB seluruh Sabah mulai 27 Okt hingga 9 Nov - Ismail Sabri
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,890
Reaction score
11,718
Points
2,376
#PKPD di Asrama Tropicana, Petaling Jaya tamat seperti dijadualkan pada 25 Okt - Ismail Sabri
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,622
Reaction score
4,320
Points
201
Tunggu pengumuman jika PKPB dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan tempoh berakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri, sehari sebelum tempoh itu tamat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini tiada perbincangan mengenai perkara itu kerana masih menunggu keputusan analisis oleh Kementerian Kesihatan.

"InsyAllah kita akan bincang mengenai perkara ini.

"Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian analisis situasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan selepas itu, kementerian berkenaan akan memberikan nasihat dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara.

"Insya-Allah saya percaya, paling lewat sehari sebelum tamat tempoh sama ada sambung atau tamat. Kita tunggu pengumuman kerajaan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,890
Reaction score
11,718
Points
2,376
1228 kes baru hari ini
 
Sponsored Post
Top
Log in Register