Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 350 Mati, 1109 Kes Baru

CG Sponsors

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,942
Reaction score
1,695
Points
151
Relax la
Jgn panic

vaksin 2 bulan lg sampai

Malaysia dijangka peroleh vaksin Covid-19 suku pertama 2021
Putrajaya: Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin Covid-19 pada suku pertama tahun depan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

"Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan pembangun vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga," menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam.

MOSTI dan KKM berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan COVAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid-19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).

"Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid-19 Kementerian Kewangan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksin Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi.

"Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin COVID-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak," katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin Covid-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.

Sponsored Post

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,011
Reaction score
264
Points
51

Relax lah.. USA negara besar pun lagi puluh ribu kes sehari..

Baru naik 1k kes dah panik..

Nanti abahmu tahu lah nak buat apa..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,928
Reaction score
11,101
Points
1,906
PECAHAN KES BAHARU (1,228)

SABAH - 889
- 500 kes daripada kluster-kluster, termasuk 8 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah
- 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
- 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

NEGERI SEMBILAN - 96
42 kes daripada kluster-kluster yang sedia ada dan 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kaya.

SELANGOR – 76
- 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kayu
- 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
- 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

KEDAH – 76
-74 kes daripada kluster sedia ada
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)

PULAU PINANG – 23
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada
- 3 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

LABUAN – 21
-20 kes daripada kluster-kluster sedia ada
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19

KUALA LUMPUR – 19
- 4 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-2 kes daripada kluster sedia ada
-2 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

PERAK – 10
- 5 kes daripada kluster sedia ada
-5 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

SARAWAK – 8
-3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baki
-3 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-2 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

JOHOR – 7
-5 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kempas
-1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes darpada lain-lain saringan COVID-19

MELAKA – 3
-2 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

1603537344095.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,928
Reaction score
11,101
Points
1,906
34 kluster melaporkan kes baharu hari ini termasuk 6 kluster baharu (Mesra, Megah, Kaya, Bah Kayu, Baki & Kempas)
Kluster Penjara Kepayan mencatatkan kes tertinggi iaitu 434 kes dan diikuti Tembok 75 kes.

1603537391530.png

1603537401366.png
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,942
Reaction score
1,695
Points
151
Relax lah.. USA negara besar pun lagi puluh ribu kes sehari..

Baru naik 1k kes dah panik..

Nanti abahmu tahu lah nak buat apa..
kannnn

mati ada di mana2 bila sudah sampai masanya..lg pun mati wabak mati syahid heheh
 
iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,078
Reaction score
245
Points
33
Ingin bertanya, kenapa penularan kes covid di semenanjung tak seperti di Sabah?
Kalu semua dah ikut SOP, penjarakan sosial, pakai mask, kerap cuci tangan, mungkin dpt meminima kan kebolehjangkitan.
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,942
Reaction score
1,695
Points
151
Ingin bertanya, kenapa penularan kes covid di semenanjung tak seperti di Sabah?
Kalu semua dah ikut SOP, penjarakan sosial, pakai mask, kerap cuci tangan, mungkin dpt meminima kan kebolehjangkitan.
kes yg byk tu kat penjara bos
Sbb mereka tidak penjarakan social kot
Satu sel ramai2 agaknya
 
iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,078
Reaction score
245
Points
33
kes yg byk tu kat penjara bos
Sbb mereka tidak penjarakan social kot
Satu sel ramai2 agaknya
Saya tahu. Ni bukan kes yg terkawal mcm kt penjara.
Kena 'rephrase' kot soalan yg ditanya.
Kat semenanjung penyebarannya tak serancak seperti di Sabah.
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,404
Reaction score
2,214
Points
191
Saya tahu. Ni bukan kes yg terkawal mcm kt penjara.
Kena 'rephrase' kot soalan yg ditanya.
Kat semenanjung penyebarannya tak serancak seperti di Sabah.
Sabah kan pru hari tu..
So impak spread tinggi tanpa dpt kawal kluster..

Cth : Klo aku ada bersama dgn seorang wakil rakyat berpotensi covid-19..

Maka aku jgk akan jdi spreader dlm family..

Benda akan jdi generasi kedua spread sesama mereka.. Mmg out teros..

Virus ni sedang mutation.. Dimana ada super spreader.. Spread dgn lebih cepat berbanding covid biasa..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register