Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 350 Mati, 1109 Kes Baru

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
Dukacita dimaklumkan terdapat 5 kes kematian dilaporkan. 4 kes adalah warganegara, 1 bukan warganegara. Kesemua kes dilaporkan di Sabah kecuali kes ke-200 (Kedah).
Dengan ini, jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah 204.
Takziah dari KKM kepada ahli keluarga mereka.

1603362513284.png
 
Sponsored Post

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,787
Reaction score
862
Points
86
dah bosan pasal covid

shoping mall ada kes boleh bukak

masjid yang takde apa..alih alih kena tutup.

dah la saf takleh rapat ...

virus tu ada..tahap keganasan dia tu sekarang dah curious dah aku.
Pasal masjid dan rumah ibadat ditutup tapi mall dibuka, saya berpendapat begini.
Dalam mall ada berbagai kaum,bangsa dan agama.
Jika ada jangkitan, mall ditutup dan masyarakat tidak dapat menuding sesiapa pun.
Jika jangkitan berlaku di masjid atau rumah ibadat, kutukan di social media akan menjurus kepada agama dan bangsa. Ia sangat bahaya.
Mungkin MKN ambil ikhtibar dari kluster tabligh.
Ini pendapat saya sahaja. Tidak semestinya betul.
 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,462
Reaction score
197
Points
33
Sabah tiap tiap hari ada kematian..lebih dari seorang pulak tu..ada orang cakap sebab salah satunya tidak bervaksin.. ntah la
 

barzrosz

Active Member
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,128
Reaction score
551
Points
71
Pasal masjid dan rumah ibadat ditutup tapi mall dibuka, saya berpendapat begini.
Dalam mall ada berbagai kaum,bangsa dan agama.
Jika ada jangkitan, mall ditutup dan masyarakat tidak dapat menuding sesiapa pun.
Jika jangkitan berlaku di masjid atau rumah ibadat, kutukan di social media akan menjurus kepada agama dan bangsa. Ia sangat bahaya.
Mungkin MKN ambil ikhtibar dari kluster tabligh.
Ini pendapat saya sahaja. Tidak semestinya betul.
Ada betulnya
Cuma masjib bukan nya tempat meniaga
Dan dah sampai masanya fatwa dikaji semula

Apa barang, surau n musolla kat mall pun ditutup
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
KUALA LUMPUR - Dua lagi daerah dengan satu di Semenanjung dan satu di Sabah dikategorikan zon merah, semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Seremban dan Kinabatangan menjadi zon merah terbaharu apabila mencecah lebih 40 kes positif Covid-19. Kedua-dua kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah, menjadikan jumlah keseluruhan zon merah kini berjumlah 28 kawasan dengan 16 daripadanya di Sabah. KKM melaporkan terdapat 50 kes positif Covid-19 di Seremban, Negeri Sembilan dan 42 kes di Kinabatangan, Sabah. [ 115 more words ]
https://malaysiagazette.com/.../seremban-dan.../

Seremban dan Kinabatangan kini zon merah Covid-19


23 October 2020

MGF19102020_SARINGAN-KAKITANGAN-TM02-1-681x454.jpg

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyusun sampel yang diambil ujian saringan kakitangan Menara Telekom Malaysia (TM) secara pandu lalu di Lobi Menara TM ekoran terdapat 10 orang kakitangan Menara TM yang positif Covid-19 dilaporkan di sini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR – Dua lagi daerah dengan satu di Semenanjung dan satu di Sabah dikategorikan zon merah, semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Seremban dan Kinabatangan menjadi zon merah terbaharu apabila mencecah lebih 40 kes positif Covid-19.


Kedua-dua kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah, menjadikan jumlah keseluruhan zon merah kini berjumlah 28 kawasan dengan 16 daripadanya di Sabah.
KKM melaporkan terdapat 50 kes positif Covid-19 di Seremban, Negeri Sembilan dan 42 kes di Kinabatangan, Sabah.

Kota Kinabalu kini mencatat tertinggi kes positif Covid-19 dengan 1,582 kes diikuti Semporna 971 kes.
Sandakan (747), Tawau (962), daerah Timur Laut, Pulau Pinang (402), Tuaran (444), daerah Petaling dengan 481 kes, Lahad Datu (558),

Sementara di Papar (245), deaeah Klang (185), Penampang (222), dan Putatan (208), Kota Belud (103), Seberang Perai Selatan (115), Larut Matang Selama (76), Hulu Langat (172), Gombak (117), Labuan (110), Kunak (101), Kuala Langat (97), Ranau (52), Keningau (60), Beaufort (51), Kudat (98) dan Titiwangsa (43).
Sementara itu, daerah Kota Setar mengalami pengurangan drastik dengan hanya 272 kes direkodkan sehingga semalam.

Dalam pada itu, Tambunan di Sabah keluar daripada zon merah apabila mencatatkan kes kurang daripada 40. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
Najib Razak



4m ·


Pada awal bulan Oktober ini, Kedah terus catat jumlah kes Covid baru tertinggi dalam negara.

Alhamdulillah. Keadaan di Kedah berjaya dikawal dengan 3 kes baru semalam dan 7 kes pada hari sebelumnya - kesemuanya dikesan dari kluster sedia ada.

Syabas KKM dan warga Kedah yang cukup bersabar!

Kes Covid yang masih aktif di Kedah terus menurun ke 604 pesakit semalam.

Jumlah kes aktif di Selangor pula semakin naik. Dengan jumlah kes baru 137 semalam, kes aktif Selangor naik ke 937 pesakit - lebih tinggi berbanding Kedah.

Namun, keadaan di Sabah masih cemas.

Jumlah kes baru Sabah masih tinggi dengan 578 kes disahkan positif semalam.

Lagi membimbangkan 145 daripada 578 kes Sabah semalam dikategorikan sebagai "saringan lain".

Pada saya, kategori "saringan lain" yang kebanyakkannya adalah dari saringan bergejala ini yang paling bahaya.

Saringan bergejala bermasuk kategori pesakit yang minta disaring setelah sakit dan perlukan rawatan.

Ianya bukan dari kluster sedia ada atau kontak rapat yang sedang dikesan secara aktif oleh KKM.

Ianya bukti penularan dalam komuniti yang jauh lebih sukar dikesan.

Selagi jumlah kes baru dari kategori "saringan lain" ini tidak menurun, selagi Sabah masih perlu PKPB.

Setakat semalam 75% daripada jumlah 8,183 kes aktif seluruh negara adalah dari Sabah.

Sabah kini ada 6,087 kes aktif - iaitu lebih dua kali ganda berbanding paras tertinggi 2,600 kes aktif seluruh negara semasa PKP fasa pertama.

Sebab itu saya percaya PKPB dan PKPD di Sabah mungkin perlu dilanjutkan lagi jika hasrat kita ialah membendung Covid dengan sepenuhnya.

Dan sebab itu, Sabah perlu pakej bantuan khusus serta fokus kerajaan pusat yang lebih besar untuk mendokong warga dan ekonomi Sabah menghadapi cabaran ini.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
1603426165583.png


MP Klang mohon kerajaan kurangkan kos ujian Covid-19 kepada RM50
Diterbitkan Hari ini 11:18 am


Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan mengurangkan kos ujian Covid-19 daripada RM150 kepada RM50 untuk penduduk yang tinggal di kawasan yang mencatatkan kes Covid-19.

Dalam surat kepada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba semalam, Charles menyorot bahawa penduduk menjadi panik kerana semakin banyak kawasan berubah menjadi zon merah Covid-19 di Klang, dan mereka bimbang akan keselamatan mereka sendiri dan anggota keluarga mereka.

"Pejabat saya telah menerima makiuman bahawa beberapa kawasan perumahan telah merekodkan kes positif Covid-19 namun timbul persoalan mengapa saringan tidak dilaksanakan secara menyeluruh kepada penduduk berjiran atau berdekatan untuk mengetahui status mereka.

"Malahan penduduk kawasan mendapati mereka pula perlu menampung kos RM150 setiap seorang untuk saringan Covid-19 di hospital atau klinik kesihatan kerajaan.

"Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mempertimbangkan pengurangan kos ujian saringan Covid-19 dari RM 150 kepada RM 50 bagi penduduk dari kawasan yang merekodkan kes positif Covid-19," katanya.

Tambah pemimpin DAP itu, langkah berkenaan akan dapat menjamin keselamatan penduduk, mengurangkan risiko dijangkiti dan meringankan beban kewangan pada penduduk yang perlu membuat pemeriksaan Covid-19.

Klang adalah kawasan pertama di Selangor yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) pada 9 Oktober selepas negara dilanda gelombang ketiga penularan Covid-19.

Pada 14 Oktober, Putrajaya mengenakan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

Sehingga tengah hari semalam, negara mencatatkan 23,804 kes Covid dan 204 kematian.

Kes aktif melebihi paras 8,000 buat pertama kalinya.

Sebanyak 26 daerah kesihatan dan 46 kawasan di seluruh Malaysia disenaraikan sebagai zon merah Covid-19 setakat 20 Oktober.

 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,963
Reaction score
1,922
Points
206
tadi p la beli breakfast, ingatkan kedai xde la ramai, sekali ramai yg mkn kat kedai
siap bawak anak bini lg

area umah aku ni red zone kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register