Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 345 Mati, 970 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,455
Reaction score
11,704
Points
2,376
IMG_20201126_203612_052.jpg

IMG_20201126_203613_748.jpg

IMG_20201126_203616_810.jpg

IMG_20201126_203618_660.jpg

IMG_20201126_203621_852.jpg

IMG_20201126_203624_130.jpg

Salam Sejahtera

Taburan Data COVID-19 Bagi Seluruh Negeri ๐Ÿ”ด๐Ÿ”ตJohor Sehingga 26 November 2020 Jam 12.00๐Ÿ•›Tengahari
_______________________________________
JOHOR 6๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ Kes Dilaporkan Hari Ini
_______________________________________

โšซ Local (Kes Tempatan) - 6๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ Kes
โ–ชDaerah Johor Bahru : 27 Kes
โ€ข Tebrau - 23
โ€ข Pulai - 3
โ€ข Bandar - 1

โ–ชDaerah Batu Pahat : 30 Kes
โ€ข Linau - 22
โ€ข Simpang Kanan - 1
โ€ข Sri Gading - 4
โ€ข Medan - 3

โ–ชDaerah Kota Tinggi : 1 Kes
โ€ข Kota Tinggi - 1

โ–ชDaerah Kulai : 2 Kes
โ€ข Kulai - 2 Kes

_______________________________________

6๏ธโƒฃ Kes SEMBUH Dilaporkan Hari Ini
_______________________________________

_______________________________________

๐Ÿ”˜ Amalkan 3W : (Wash/Cuci, Wear/Pakai, Warn/Amaran)
๐Ÿ”˜ Elak 3S/3C : (Sesak/Crowded places, Sempit dan tertutup/Confined Spaces, Sembang dekat2/Close Conversation)

LAMAN SOSIAL RASMI JKNJ :
Facebook : https://www.facebook.com/jabatankesihatannegerijohor/

Instagram : @jknjohor

Subscribe You Tube : Jabatan Kesihatan Negeri Johor

#FightCovid19
#JknJohor
#KamiSediaMembantu
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,455
Reaction score
11,704
Points
2,376
IMG_20201126_203739_940.jpg

IMG_20201126_203741_605.jpg


6 kluster baharu hari ini melibatkan Kelantan (1), P.Pinang & Kedah (1), Sabah (2), Johor (1) dan KL (1)​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,455
Reaction score
11,704
Points
2,376
IMG_20201126_203907_670.jpg

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 326 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,238 kes. Sebanyak tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 2,126 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 23,781 orang. Sejumlah 2,085 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,442 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Telupid bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu di Daerah Tawau iaitu;

i. Kluster Blok 31 sebanyak lapan (8) kes berkaitan dengan majlis makan malam di blok 31; dan
ii. Kluster Bot Biru sebanyak enam (6) kes berkaitan dengan Kuarters Polis Marin.

Daripada 326 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 104 kes (31.90%) adalah dari saringan kontak rapat yang melibatkan Daerah Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kota Belud dan Semporna. Selebihnya iaitu 222 kes adalah dari lain-lain kategori.

Maklumat lanjut di https://command.sabah.gov.my
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,455
Reaction score
11,704
Points
2,376
IMG_20201126_203934_698.jpg

๐๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ— ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฅ๐จ๐ค๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ6 ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera warga Putrajaya yang dikasihi

Berikut adalah ringkasan COVID-19 di WP Putrajaya:

Kes sembuh (tamat 14 hari)= 1 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh= 184 kes

Kes positif baharu= 5 kes
Jumlah kes aktif = 19 kes
Jumlah keseluruhan kes positif= 204 kes

Kes kematian baharu = 0 kes
Jumlah keseluruhan kes kematian= 1 kes

Kes dirawat di ICU= 1 kes
Kes dengan bantuan alat pernafasan= 0 kes

---------------------------------------------
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19:

Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

โ€ข ๐„๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐Ÿ‘๐’ / ๐Ÿ‘๐‚ : iaitu elakkan kawasan yang ๐ฌ๐ž๐ฌ๐š๐ค (๐‚๐ซ๐จ๐ฐ๐๐ž๐ ๐ฉ๐ฅ๐š๐œ๐ž), elakkan kawasan yang ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ข๐ญ (๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ข๐ง๐ž๐ ๐ฌ๐ฉ๐š๐œ๐ž) dan elak sembang atau bertutur dengan ๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ค๐š๐ญ (๐‚๐ฅ๐จ๐ฌ๐ž ๐œ๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง).

โ€ข ๐€๐ฆ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐Ÿ‘๐– : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (๐–๐š๐ฌ๐ก), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (๐–๐ž๐š๐ซ), dan (๐–๐š๐ซ๐ง) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

โƒ Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
โƒ Amalkan etika batuk dan bersin;
โƒ Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
โƒ Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
โƒ Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada ๐‘บ.๐‘ถ.๐‘ท sebagai normal baharu iaitu:

โ€ข๐‘บ : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
โ€ข๐‘ถ : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
โ€ข๐‘ท : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#Putrajayamestimenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
#MembacaAmalanMulia
 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,462
Reaction score
197
Points
33
Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 26 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 260 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 161 kes baharu hari ini (158 tempatan, 1 import B dan 2 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH HULU LANGAT (5 KES)

Ampang โ€“ 1 kes lokal
Saringan Swasta โ€“ 1 kes

Beranang โ€“ 1 kes lokal
Saringan Pekerja โ€“ 1 kes

Hulu Langat โ€“ 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat โ€“ 1 kes

Kajang โ€“ 2 kes lokal
Saringan Bergejala โ€“ 1 kes
Saringan Pekerja โ€“ 1 kes

DAERAH KLANG (41 KES)

Kapar โ€“ 28 kes lokal
Saringan Bergejala โ€“ 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) โ€“ 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) โ€“ 12 kes
Saringan Kontak Rapat โ€“ 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) โ€“ 8 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) โ€“ 1 kes
Saringan Pra-pembedahan โ€“ 2 kes

Klang โ€“ 13 kes lokal
Saringan Bergejala โ€“ 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) โ€“ 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) โ€“ 1 kes
Saringan Kontak Rapat โ€“ 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) โ€“ 4 kes

DAERAH KUALA LANGAT (4 KES)

Tanjung Dua Belas (1) โ€“ 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat โ€“ 1 kes

Telok Panglima Garang โ€“ 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat โ€“ 1 kes

Import A (Nepal) โ€“ 1 kes
Import A (Riyadh) โ€“ 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (6 KES)

Ijok โ€“ 3 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) โ€“ 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) โ€“ 2 kes

Jeram โ€“ 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) โ€“ 1 kes

Kuala Selangor โ€“ 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) โ€“ 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) โ€“ 1 kes

DAERAH PETALING (81 KES)

Bukit Raja โ€“ 6 kes lokal
Saringan Kontak Rapat โ€“ 6 kes

Damansara โ€“ 65 kes lokal, 1 import B
Saringan Kontak Rapat โ€“ 2 kes
Saringan Pekerja โ€“ 63 kes
Saringan Berfokus (Import B) โ€“ 1 kes

Petaling โ€“ 5 kes lokal
Saringan Bergejala โ€“ 1 kes
Saringan Kontak Rapat โ€“ 3 kes
Saringan Pra-pekerjaan โ€“ 1 kes

Sungai Buloh โ€“ 4 kes lokal
Saringan Bergejala โ€“ 1 kes
Saringan Bergejala (HCW) โ€“ 1 kes
Saringan Pekerja โ€“ 2 kes

DAERAH SEPANG (24 KES)

Dengkil โ€“ 18 kes lokal
Saringan Bergejala (HCW) โ€“ 1 kes
Saringan Kontak Rapat โ€“ 1 kes
Saringan Pekerja โ€“ 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) โ€“ 15 kes

Labu โ€“ 6 kes lokal
Saringan Bergejala โ€“ 1 kes
Saringan Kontak Rapat โ€“ 3 kes
Saringan Pekerja โ€“ 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) โ€“ 1 kes

#Elak3SAmal3W
#BersamaHentikanWabakCOVID19
#SihatMilikSelangor
cepat la Selangor ni jadi kuning & hijau dapat pergi Pantai Morib pun jadilah..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,655
Reaction score
21,082
Points
1,671
tu dia. kt johor daerah lain awal sgt tarik pkpb. naik tetiba
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,852
Reaction score
11,089
Points
1,906
Ramai pekerja dilihat keluar masuk kilang sarung tangan berkenaan, walaupun ribuan kes Covid-19 direkodkan.

1606442229821.png


Operasi diteruskan di kilang Top Glove cetus kebimbangan


Diterbitkan Hari ini 8:05 am

Dikemaskini Hari ini 8:09 am


NGO hak pekerja asing menggesa syarikat Top Glove menghentikan semua operasi kilangnya di Meru Klang dan membenarkan pekerja menjalani kuarantin berikutan wabak Covid-19 melibatkan kira-kira 4,000 pekerjanya.
Pengilang sarung tangan itu dibenarkan menghentikan operasi secara berperingkat untuk mengelakkan kerosakan jentera di kilang berkenaan.
"Mereka semua harus dikuarantin berdasarkan situasi ketika ini, tidak dipanggil kembali bekerja untuk memenuhi permintaan pengeluaran," kata pengarah eksekutif Tenaganita Glorene Das.
"Apakah pekerja asing ini 'tidak cukup manusia' untuk dihormati dan diberi perlindungan? Atau apakah industri dan kerajaan terus menganggap mereka sebagai mesin, mempergunakan mereka untuk mencapai tujuan bagi memperoleh keuntungan?" soalnya.

Sehingga 26 Nov, pekerja yang kebanyakannya warga asing terus dibawa ke kilang termasuk dari hotel bajet berdekatan di mana Top Glove menempatkan pekerja mereka.
Pada Rabu dan Khamis, lawatan Malaysiakini ke Jalan Teratai menyaksikan beberapa bas mengangkut pekerja untuk keluar masuk ke kilang berkenaan seperti biasa.
Sebanyak 28 kilang Top Glove di Meru terletak sebelah menyebelah di Jalan Teratai. Kluster jangkitan Covid-19 di situ dikenali sebagai kluster Teratai.
Kira-kira jam 7 malam, beberapa buah bas dilihat, dipercayai mengangkut pekerja yang pulang dari shift siang, manakala beberapa lagi bas menghantar pekerja yang masuk untuk shift malam.
Pekerja berkenaan dilihat keluar masuk di sekurang-kurangnya tujuh buah kilang.

acf192299249fdbdb31b69cc5d0c64f2.jpg


Bagaimanapun pada Rabu lalu, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata hanya satu kilang di Meru yang masih beroperasi.
Dia berkata sebanyak 20 kilang ditutup pada Selasa dan tujuh lagi pada Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata syarikat itu melakukan penutupan secara berperingkat untuk mengelakkan kerosakan mesin.
Bagaimanapun pengarah eksekutif NGO hak asasi migran, North South Initiative, Adrian Pereira berkata penutupan secara berperingkat menyelamatkan jentera tetapi boleh membahayakan pekerja.

Katanya, ini kerana pekerja kontrak dan pekerja luar seperti pekerja pembersihan terpaksa bekerja sekiranya berlaku penutupan berperingkat.
"Mengapa bahayakan mereka? Sekiranya sebilangan besar pekerja positif (Covid-19), yang terbaik adalah tutup pengeluaran untuk jangka masa tertentu untuk pastikan keselamatan semua pekerja.
"Pengeluaran dan keuntungan sarung tangan tidak boleh diutamakan dengan mempertaruhkan kesihatan semua orang," katanya.


Pekerja tak sedar status kesihatan mereka sendiri
Dalam sidang media pad Rabu, Top Glove berkata kira-kira 500 pekerja ditempatkan di beberapa hotel kerana mereka tidak dapat kembali ke asrama yang kini di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Dikatakan pekerja ini adalah mereka yang telah keluar dari hospital atau pusat kuarantin dan dianggap boleh kembali bekerja.
Menurut Kementerian Kesihatan, hanya 455 pesakit dari kluster Teratai yang telah keluar daripada hospital.
Sumber daripada kalangan pekerja Top Glove memberitahu Malaysiakini beberapa pekerja dipindahkan beberapa kali dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan setakat ini tidak menyedari status kesihatan mereka sendiri.

Malaysiakini difahamkan bahawa mereka tidak diberitahu mengapa mereka dipindahkan, atau mengapa mereka berada di hospital atau pusat kuarantin.
Ada yang percaya mereka hanya berada di pusat kuarantin selama lima hari sebelum dipindah ke hotel bajet.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkannnya secara bebas dan telah menghubungi ketua pengarah Kesihatan mengenai perkara itu.
Kementerian Kesihatan menetapkan bahawa individu yang positif Covid-19 perlu diasingkan di hospital atau di pusat kuarantin yang ditetapkan sekiranya tidak memiliki gejala yang teruk sehingga 14 hari.

Sesetengah pekerja berkata mereka bimbang untuk kembali bekerja, tetapi tidak mempunyai pilihan kerana tidak mahu dikenakan tindakan.
Semalam, sekumpulan pekerja yang sekarang ditempatkan di sebuah hotel bajet di Klang dihantar untuk menjalani ujian saringan.
Sebuah bas dengan nama hotel terbabit dilihat mengambil pekerja dari kilang Top Glove di Jalan Teratai selepas habis shift pada petang ya
ng sama.
Malaysiakini telah menghubungi Top Glove untuk mendapatkan respons dan penjelasan lebih lanjut.

Seorang dari kluster Teratai berada ICU
Sehingga kini, 6,526 dari kluster Teratai yang melibatkan pekerja Top Glove telah menjalani ujian saringan.
Daripada jumlah itu, 4,093 diuji positif, termasuk 71 individu bukan pekerja yang dipercayai anggota keluarga pekerja Malaysia.
Sejumlah 3,638 orang sedang dirawat dengan seorang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kurang daripada 10 peratus pekerja Top Glove yang dijangkiti Covid-19 adalah rakyat Malaysia.
Kementerian Kesihatan berkata kira-kira 11,215 orang yang dikaitkan kluster Teratai akan disaring termasuk semua pekerja Top Glove.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,363
Reaction score
4,272
Points
201
COVID-19_LABUAN_HEALTH_DEPARTMENT_1606398747.jpg

Petugas kesihatan bersiap sedia melakukan ujian saringan COVID-19 ketika bertugas di kawasan penempatan di Saguking, Labuan. - Foto BERNAMA

COVID-19: 734 kakitangan kesihatan di Sabah dijangkiti

KOTA KINABALU: Seramai 734 petugas barisan hadapan dalam kalangan petugas kesihatan di Sabah dijangkiti COVID-19 sehingga kini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata daripada jumlah itu 85 kes atau 11.6 peratus masih aktif.

"Sehingga kini 666 orang atau 89 peratus petugas kesihatan yang dijangkiti itu dilaporkan sudah sembuh, manakala 490 lagi masih dalam kuarantin.

"Dengan kumulatif 734 kes positif itu menunjukkan ramai dalam kalangan kakitangan kesihatan di negeri ini turut dijangkiti COVID-19," katanya ketika sidang media perkembangan semasa COVID-19 Sabah, malam ini.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 84 kluster COVID-19 setakat ini dengan 63 masih aktif, manakala 13 kluster mencatat pertambahan kes baharu.

"Daripada kluster aktif, penyumbang paling banyak jangkitan baharu ialah Kluster Telipok Ria di Tuaran.

"Untuk hari ini, dua lagi kluster baharu turut dilaporkan di negeri ini iaitu Kluster Blok 31 dan Kluster Bot Biru di Tawau, masing-masing mencatat lapan dan enam kes.

"Kluster Blok 31 dikenal pasti berpunca daripada majlis makan malam, manakala Kluster Bot Biru membabitkan kakitangan Pasukan Polis Marin (PPM)," katanya.

Hari ini, Sabah mencatat 326 kes baharu positif COVID-19 dengan pertambahan 33 kes berbanding semalam, menjadikan kumulatif 27,238 kes setakat ini.

Tiga kematian turut dilaporkan hari ini, masing-masing di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register