Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 337 Mati, 1884 Kes Baru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,269
Reaction score
3,654
Points
236
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(29 Oktober 2020)

KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat66361782361 (0)00
2TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama341,7398,902498 (1)1,2383
3TitirSabahKeningau17781,19976 (0)20
4BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kerian, Larut Matang & Selama164067637 (0)30
5SagukingWP LabuanLabuan151912,983161 (0)291
6TeduhSabahLahad Datu12342,48421 (0)130
7KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian94247742 (1)00
8MesraSabahSandakan75611648 (0)71
9HentianSelangor, WP Kuala Lumpur, Negeri SembilanHulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Seremban61042,15996 (0)80
10MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak46930960 (1)90
11GreenhillSarawakKuching, Miri4296429 (0)00
12UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras323489453 (0)1810
13Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai35873721 (0)370
14KeladiSelangorKlang3393448 (0)310
15BakiSarawakKuching32894928 (0)00
16PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong32011216 (0)40
17Penjara RemanPulau PinangTimur Laut24632,96466 (0)3961
18AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya21171,14270 (1)470
19TanameraSabahTawau26816040 (0)280
20CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong24432337 (1)70
21KertangSabahKota Belud23072419 (0)110
22Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu13813,277146 (0)2332
23SimeraTerengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah1831,15242 (0)410
24MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah 18354745 (0)380
25Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Seremban, Port Dickson1741,98534 (0)400
26BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 1531,04124 (1)290
27MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang12957429 (0)00
28MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor12876411 (0)170
29MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong12410018 (0)51
30OmadalSabahSemporna12219322 (0)00
31Seri GayaSabahKota Kinabalu, Tuaran11813214 (0)40
32BandaranSabahKota Kinabalu, Tuaran1147214 (0)00
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,269
Reaction score
3,654
Points
236
Satu Lagi Pusat Rawatan Covid-19 Risiko Rendah Di Buka Di Labuan

29.10.2020 - Kuala Lumpur, Satu lagi pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 untuk kes berisiko rendah (PKRC) mula beroperasi di Labuan hari ini, bagi menampung peningkatan jumlah kes Covid-19 di wilayah itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata disebabkan bilangan pesakit yang semakin bertambah, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan menyediakan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan dengan kapasiti 140 katil, sebagai tambahan kepada 177 katil di PKRC sedia ada sebelum ini, menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC di Labuan sebanyak 317 katil.

“Pembukaan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan ini adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan dan agensi lain di Labuan serta Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa penyumbang lain, yang menjadikan pusat rawatan ini dapat dibuka dalam tempoh 24 jam.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas pendekatan ‘The Whole of Government and Whole of Society Approach’,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata tenaga kerja bagi pusat rawatan baharu itu akan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja di JKWP Labuan dan pasukan bantuan yang dihantar di JKWP Labuan, di mana pasukan tersebut akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan program kawalan Covid-19 di Labuan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Katanya sebelum ini, JKWP Labuan meningkatkan kapasiti sedia ada melalui beberapa fasa pembukaan PKRC.

“Untuk menampung kapasiti rawatan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat di WP Labuan, JKWP Labuan meningkatkan kapasiti sedia ada melalui beberapa fasa pembukaan PKRC iaitu fasa pertama (Januari-Mac 2020) dengan menjadikan rumah pelawat dan pusat ‘wellness’ sebagai PKRC dengan kapasiti 16 katil.

“Fasa kedua (Mac-September 2020), memaksimakan ruang di Hospital Labuan dengan tambahan 105 katil, menjadikan kapasiti katil Covid-19 ketika itu meningkat kepada 121 katil, dan fasa ketiga (September-Oktober 2020), melibatkan rundingan penggunaan fasiliti luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai PKRC yang berkapasiti 56 katil, menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC sebanyak 177 katil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi rawatan Covid-19 di Hospital Labuan pula, daripada 122 katil di hospital itu, sebanyak 20 katil dikhususkan untuk pesakit kategori 4 dan 5, iaitu sebagai katil ‘Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad Kelas Pertama dan Wad Kanak-kanak.

Katanya, baki 102 lagi katil Hospital Labuan termasuk lima katil ICU sedia ada akan terus digunakan untuk rawatan kes bukan Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/satu-lagi-pusat-rawatan-covid-19-risiko-rendah-dibuka-di-labuan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,269
Reaction score
3,654
Points
236
Lagi 5 Kluster Baru Di Kesan, 2 Di Selangor

29.10.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu hari ini melibatkan dua kluster masing-masing di Sabah dan Selangor, serta satu di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Sakti melibatkan Daerah Lahad Datu di Sabah dengan 18 kes dikesan positif Covid-19, sementara 35 individu masih menunggu keputusan daripada sejumlah 154 individu yang disaring setakat 12 tengah hari ini.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-12,995) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Okt 2020. Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 17 lagi kes positif Covid-19 dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster Tuguson pula menurutnya melibatkan Daerah Kota Belud, Sabah dengan kes indeks bagi kluster itu (kes ke-19,066) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt dan dimasukkan ke Hospital Kota Belud.

“Sehingga 29 Okt 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu disaring, dengan 18 kes dikesan positif Covid-19 (empat kes baharu) dan 128 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Di Selangor pula, Dr Noor Hisham berkata Kluster Bah Medan melibatkan Daerah Sepang dengan 20 kes dikesan positif Covid-19 (empat kes baharu) dan 32 individu masih menunggu keputusan daripada sejumlah 52 individu yang disaring setakat 12 tengah hari tadi.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-12,112) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Okt 2020.

Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 19 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Selain itu katanya, Kluster Taman Laut melibatkan Daerah Petaling, Selangor dengan kes indeks bagi kluster itu (kes ke-25,431) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Okt dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat mengesan sebanyak lima lagi kes positif Covid-19. Sehingga 29 Okt 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu disaring di mana 18 individu dikesan negatif dan 99 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Sementara di Negeri Sembilan, Dr Noor Hisham berkata Kluster Taman Bunga melibatkan Daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu dengan 23 kes dikesan positif Covid-19 (16 kes baharu), dan tujuh individu masih menunggu keputusan daripada sejumlah 55 individu disaring setakat 12 tengah hari ini.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-27,711) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Okt dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 22 lagi kes positif Covid-19,” katanya.

Lima kluster baharu itu menjadikan keseluruhan kluster ketika ini sebanyak 239 dengan 128 kluster aktif.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/lagi-lima-kluster-baharu-dikesan-dua-di-selangor/
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.
Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah...sayang orang Sabah sangat-ebitlew

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,269
Reaction score
3,654
Points
236
Semua Individu Bakal Hadir Sidang DNS Negatif Covid 19 - Speaker

30.10.2020 - Shah Alam, Kesemua 1,016 individu yang akan menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula hari ini negatif Covid-19, kata Speaker.

“Syukur kita terima berita gembira dan semuanya negatif Covid-19. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama baik bagi membolehkan sidang DNS berjalan lancar. Namun tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang sidang berlangsung adalah ketat, ini kerana kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Kerajaan Selangor komited untuk terus mencegah wabak ini,” kata Ng Suee Lim kepada SelangorKini.

Bermula 25 Oktober hingga 26 Oktober lalu, kesemua individu membabitkan wakil rakyat, kakitangan kerajaan, pegawai dan petugas media menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan keselamatan dan kelancaran persidangan.

Saringan itu juga dilakukan disebabkan penularan beberapa kluster tempatan di Selangor dan diisytihar di bawah PKPB. Pada 7 Julai lalu, Kerajaan Negeri turut menjalankan saringan yang sama terhadap individu yang menghadiri sidang DNS pada 13 Julai .

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/speaker-semua-individu-bakal-hadir-sidang-dns-negatif-covid-19/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,269
Reaction score
3,654
Points
236
3 Sekolah Agama Di Johor Bahru Di Tutup

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di kawasan berdekatan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata Sekolah Agama Taman Universiti 1 ditutup semalam hingga 4 Nov manakala Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Agama FRU ditutup mulai hari ini hingga 7 Nov.

“Penutupan Sekolah Agama Bandar, di sini, melibatkan 17 orang guru, lima orang kakitangan sokongan dan 1,387 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas. Manakala penutupan Sekolah Agama FRU yang terletak di Kuarters Polis Depoh, di sini, melibatkan empat guru dan 189 orang murid darjah satu hingga enam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi Sekolah Agama Taman Universiti 1 pula Tosrin berkata ia membabitkan 1,176 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas, 21 orang guru dan empat kakitangan. Menurut beliau, ketiga-tiga sekolah agama itu ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan murid dari sekolah kebangsaan berdekatan. Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan hari ini berkata Daerah Johor Bahru telah dilaporkan sebagai kawasan zon merah sejak semalam.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/548697
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,161
Reaction score
11,684
Points
2,376
IMG_20201030_145845_299.jpg


APMM: Operasi Kawalan Sempadan Perairan Negara Dipertingkatkan​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register