Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 337 Mati, 1884 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,181
Reaction score
11,686
Points
2,376
FB_IMG_1603969891559.jpg

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ.

Secara keseluruhan, 649 kes baharu dilaporkan hari ini, 7 daripadanya adalah kes import di Selangor (3), KL (2) dan Sarawak (2).

2 negeri tidak melaporkan kes baharu.

5 kluster baharu dilaporkan di negeri Sabah (Sakti dan Tuguson), Selangor (Taman Laut dan Bah Medan) dan Negeri Sembilan (Taman Bunga).
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
Covid-19 Di Selangor Kembali Naik, Catat 135 Kes

29.10.2020 - Shah Alam, Selangor merekodkan pertambahan 135 kes Covid-19 hari ini, meningkat berbanding 89 yang dicatatkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 132 kes melibatkan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import masing-masing mendapat jangkitan dari Indonesia, India dan Filipina.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/covid-19-di-selangor-kembali-naik-catat-135-kes/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,181
Reaction score
11,686
Points
2,376
Kes baru turun sikit hari ni
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
Jangkitan Baru Covid-19 Menurun 649 Kes, Tiada Kematian

29.10.2020 - Shah Alam, Kes baharu Covid-19 menurun hari ini kepada 649 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30,090, kata ketua pengarah kesihatan. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 642 adalah penularan dalam negara manakala tujuh lagi kes import membabitkan dua warganegara dan bakinya warga asing.

Katanya, sebanyak 685 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan pulih sebanyak 19,757 dan tiada kes kematian baharu dilaporkan.

โ€œSebanyak 36 kes berkaitan kluster penjara dilaporkan hari ini iaitu 34 kes daripada kluster Tembok dan dua kes daripada kluster Penjara Reman,โ€ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 685 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan keseluruhan pulih sebanyak 19,757. Katanya, terdapat 106 kes positif dirawat di unit rawatan rapi dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan dan tiada pertambahan kes kematian menjadikan angka korban pandemik kekal 246.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/jangkitan-baharu-covid-19-menurun-649-kes-tiada-kematian/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
Ambil Tindakan Tegas Majikan Gaji Pekerja Asing Tidak Jalani Ujian Covid-19

29.10.2020 - Kuala Lumpur, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) meminta agar tindakan tegas diambil kepada majikan yang menggajikan pekerja asing yang tidak menjalani saringan wajib Covid-19, khususnya yang bekerja di industri pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.

Penasihat Program Saringan Prihatin Komuniti MCCF Prof Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah berkata ini memandangkan masih ramai majikan yang degil dan tidak memberikan kerjasama terhadap arahan kerajaan sebelum ini, supaya pekerja asing dalam semua sektor melakukan ujian berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata MCCF turut tidak menolak kemungkinan berlakunya penipuan dalam keputusan saringan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

MCCF berpendapat bahawa ujian saringan Reverse Prescription โ€“ Pulmonary Chain Reaction (rt-PCR), pemakaian pelitup separuh muka dan pematuhan kepada prosedur operasi standard, merupakan vaksin terbaik komuniti dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/amb...ji-pekerja-asing-tidak-jalani-ujian-covid-19/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
200 Penduduk Flat Sungai Emas Belum Di Saring Akan Di Kesan

29.10.2020 - Shah Alam, Seramai 200 penduduk Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) didapati belum menjalani ujian saringan Covid-19. Pegawai daerah Kuala Langat berkata pihaknya bersama pejabat kesihatan daerah akan mengesan mereka menerusi pemeriksaan dari rumah ke rumah kerana sebelum ini dikatakan enggan berbuat demikian apabila ujian dilakukan bermula 18 Oktober.

โ€œKita akan cari 200 individu berkenaan dan akan disaring di rumah masing-masing. Saya yakin proses tersebut dapat diselesaikan hari ini juga,โ€ kata Mohd Jusni Hashim ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 991 penduduk di rumah pangsa itu menjalani saringan dan 938 sudah mendapat keputusan.

โ€œPKPD Flat Sungai Emas berkuat kuasa hari ini sehingga 10 November depan dengan melibatkan tujuh blok serta perumahan teres di Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32, Taman Sungai Emas. Ia melibatkan 1,300 penduduk dan 99 peratus adalah warganegara, jumlah keluasan PKD ialah 5.9 hektar,โ€ katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkpd-200-penduduk-flat-sungai-emas-belum-disaring-akan-dikesan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
40 Penjaja, Pekerja Pasar Jalani Saringan Covid-19

29.10.2020 - Kuala Lumpur, Kira-kira 40 penjaja dan pekerja Pasar Sea Park, Petaling Jaya menjalani ujian saringan Covid-19 dikendalikan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling semalam. Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata saringan bermula 9.30 pagi hingga 1 petang diadakan susulan seorang penjaja di pasar berkenaan disahkan positif wabak.

โ€œMereka dijangka memperoleh keputusan dalam tempoh 48 jam dan diharap semuanya negatif (Covid-19) namun pengesanan kontak rapat seterusnya akan diperluaskan sekiranya terdapat kes positif,โ€ katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata buat masa ini pasar berkenaan masih belum dibenarkan beroperasi sehingga satu tempoh akan diumumkan kelak.

โ€œKita sedang tunggu keputusan PKD (untuk benarkan Pasar Sea Park beroperasi),โ€ katanya.

Pada 23 Oktober, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya memutuskan menutup operasi Pasar Sea Park bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan dan sanitasi selepas seorang penjaja diuji positif Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/adn-40-penjaja-pekerja-pasar-jalani-saringan-covid-19/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
Kenyataan Akhbar KPK 29.10.2020 - Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 Di Malaysia


STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 685 kes. Sukacita dimaklumkan juga bahawa jumlah ini adalah melebihi jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini.Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 19,757 kes (65.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
  • Sabah (458 kes);
  • Selangor (94 kes);
  • Kedah (68 kes);
  • Labuan (18 kes);
  • Negeri Sembilan (15 kes);
  • Pulau Pinang (13 kes);
  • Melaka (9 kes);
  • Sarawak (4 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4 kes); dan
  • Johor (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 352 kes (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 511 kes (78.7 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 36 kes (5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini iaitu 34 kes daripada Kluster Tembok dan dua (2) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Secara keseluruhannya, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 649 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,087 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:
  • Indonesia (5 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Filipina ( 1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
  • Sabah: 352 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson;
    • 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 43 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 21 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 17 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.




Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER SAKTI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12995) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana:
  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • 101 individu dikesan negatif; dan
  • 35 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TUGUSON

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana:
  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 128 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH MEDAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12112) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:
  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 32 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAN LAUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana:
  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 18 individu dikesan negatif; dan
  • 99 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAN BUNGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27711) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaโ€™afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana:
  • 23 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • 25 individu dikesan negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.
new-white-update-case-number-covid-19-14.jpg



PEMBUKAAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) KEDUA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Wilayah Persekutuan (WP) Labuan telah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 mulai 27 September 2020 yang lalu. Sejak daripada permulaan wabak COVID-19 sehingga 26 September 2020, WP Labuan hanya mencatatkan 26 kes secara kumulatif. Walau bagaimanapun, mulai 27 September sehingga 29 Oktober 2020, WP Labuan telah mencatatkan tambahan sejumlah 366 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan berjumlah 392 kes.

Susulan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 17 Oktober 2020, dan kini dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 November 2020.

Pola peningkatan kes COVID-19 di WP Labuan dijangkakan akan meningkat disebabkan oleh saringan bersasar secara besar-besaran yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan terutama di kawasan-kawasan berpotensi wabak dengan purata saringan adalah 1,500 ke 2,500 sehari. Jumlah sampel ujian RT-PCR yang telah diambil sejak 27 September 2020 adalah berjumlah 23,807. Kadar pengesanan kes untuk keseluruhan di WP Labuan adalah sekitar 1.5 peratus, manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, kadar pengesanan adalah sekitar 10 sehingga 15 peratus.

Untuk menampung kapasiti rawatan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat di WP Labuan, JKWP Labuan telah meningkatkan kapasiti sedia ada melalui beberapa fasa pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) iaitu:
  • Fasa 1 (Januari โ€“ Mac 2020): Menjadikan rumah pelawat dan wellness centre sebagai PKRC dengan kapasiti 16 katil;
  • Fasa 2 (Mac โ€“ September 2020): Memaksimakan ruang di Hospital Labuan dengan tambahan 105 katil, menjadikan kapasiti katil COVID-19 meningkat kepada 121 katil; dan
  • Fasa 3 (September โ€“ Oktober 2020): Melibatkan rundingan penggunaan fasiliti luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai PKRC yang berkapasiti 56 katil menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC sebanyak 177 katil.
Disebabkan bilangan pesakit yang semakin bertambah, JKWP Labuan telah menyediakan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan dengan kapasiti 140 katil, menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC di WP Labuan sebanyak 317 katil. Pusat ini akan beroperasi sepenuhnya pada 29 Oktober 2020.

123099403_3788766797813847_4639531794107461802_o.jpg



Bagi rawatan COVID-19 di Hospital Labuan pula, daripada 122 katil di Hospital Labuan, sebanyak 20 katil telah dikhususkan untuk pesakit kategori 4 dan 5, iaitu sebagai katil High Dependency Unit (HDU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad Kelas Pertama dan Wad Kanak-kanak. Baki sebanyak 102 lagi katil Hospital Labuan iaitu termasuk 5 katil ICU sedia ada akan terus digunakan untuk rawatan kes bukan COVID-19.

Ini sekaligus menjadikan kapasiti terkini katil untuk pesakit COVID-19 di WP Labuan meningkat kepada 337 katil, di mana jumlah katil di PKRC adalah 317 katil manakala katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Labuan adalah 20 katil.

Pembukaan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan, dan agensi lain di WP Labuan termasuk Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa penyumbang lain yang menjadikan pusat rawatan ini dapat dibuka dalam tempoh 24 jam. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas pendekatan The Whole of Government and Whole of Society Approach.

123122603_3788766784480515_6722275181639021018_o.jpg


Tenaga kerja bagi pusat rawatan baharu ini akan mengunakan sepenuhnya tenaga kerja di JKWP Labuan dan pasukan bantuan yang telah dihantar untuk bantuan di JKWP Labuan. Pasukan ini akan terus di pertingkatkan dari masa ke semasa untuk memastikan program Kawalan COVID-19 di WP Labuan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.


Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATOโ€™ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

Berita asal https://kpkesihatan.com/2020/10/29/...nyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,285
Reaction score
3,656
Points
236
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 29 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI
BILANGAN KES BAHARU ( * )
BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH
352​
14,053​
SELANGOR
135 (3)​
4,495​
W.P. KUALA LUMPUR
23 (2)​
3,014​
KEDAH
37​
2,117​
NEGERI SEMBILAN
43​
1,559​
PULAU PINANG
13​
957​
JOHOR
10​
897​
SARAWAK
10 (2)​
856​
PERAK
5​
495​
PAHANG
1​
393​
W.P. LABUAN
17​
392​
MELAKA
1​
311​
TERENGGANU
1​
192​
KELANTAN
0​
179​
W.P. PUTRAJAYA
1​
142​
PERLIS
0​
38​
JUMLAH KESELURUHAN
649 (7)
30,090
( * ) adalah merujuk kepada kes-kes import​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register