Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 246 Mati, 649 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,727
Reaction score
10,848
Points
1,906
Sinar Harian



3m ·

Muhammad Sanusi akan menjalani ujian saringan Covid-19 esok, berikutan kes positif membabitkan petugas Jabatan Penerangan Kedah.

MB Kedah jalani saringan Covid-19 esok

18 September 2020


1600414188682.png

Muhammad Sanusi Md Nor


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan menjalani ujian saringan Covid-19 esok, berikutan kes positif membabitkan petugas Jabatan Penerangan Kedah.

Beliau mengesahkan sudah menjalani tiga ujian saringan Covid-19 sebelum ini, di mana semua keputusannya adalah negatif.

Menurut beliau, adalah menjadi kewajipan untuk beliau jalani ujian berkenaan susulan terdedah kepada kontak rapat yang disahkan positif Covid-19.
"Saya diminta Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk membuat saringan, untuk pastikan saya sihat dan bebas wabak itu.

Esok saya akan ke hospital untuk melakukan saringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berkaitan seorang jurugambar Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang disahkan positif pandemik itu.

Isnin lalu, jurugambar terbabit hadir membuat liputan majlis penyerahan bantuan di Wisma Darul Aman, yang turut dihadiri Muhammad Sanusi.

Majlis itu dihadiri beberapa Exco, pegawai kanan kerajaan, pemimpin parti termasuk petugas media tempatan.
Susulan itu, kakitangan Wisma Darul Aman, Jabatan Penerangan dan wartawan terlibat turut diminta menjalani ujian saringan di Hospital Alor Setar hari ini.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,296
Reaction score
1,602
Points
206

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL
RM4.5 juta Tabung Musa’adah disalur kepada individu terjejas Covid-19
September 18, 2020 2:48 pm

PUTRAJAYA, 18 SEPT: Hampir 80 peratus daripada RM4.5 juta kutipan Tabung Musa’adah Covid-19 disalurkan kepada golongan terjejas akibat pandemik itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata dana tabung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) itu disalurkan kepada golongan yang terjejas Covid-19 tanpa mengira latar belakang, sempadan geografi atau agama.

“Kita mempunyai kriteria siapa penerima sumbangan dan setakat ini, kita telah santuni Orang Asli, gelandangan serta asnaf,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim-YWM hari ini.

Beliau menyampaikan sumbangan RM22,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Selangor yang diwakili Pengarah Eksekutifnya Mohd Zulkafli Abdullah, dan sumbangan RM260,500 bagi komuniti LGBT peserta program Mukhayyam Jakim yang diwakili Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network Mohd Al Khusyairi Mohd Ariff.

“Saya galakkan orang ramai untuk menderma dengan tabung ini (Tabung Musa’adah Covid-19) kerana ia adalah saham akhirat dan perkara ini perlu diteruskan,” kata Zulkifli.

Sementara itu, ditanya adakah masjid di Sabah akan ditutup berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri berkenaan, Zulkifli berkata ketetapan itu hanya akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Setakat ini, kita hanya ikut keputusan MKN contohnya di Kedah, MKN yang maklumkan masjid ditutup sementara dan kita lakukan perkara itu dan semua masjid diwajibkan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) dalam mengekang penularan virus Covid-19,” katanya.

-BERNAMA
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,296
Reaction score
1,602
Points
206

Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka serta mematuhi SOP ketika melakukan urusan jual beli di Sri Gombak, Batu Caves pada 22 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

STFC: Patuhi SOP, elak gelombang baharu covid-19
by Zareef MuzammilSeptember 18, 2020 4:36 pm

SHAH ALAM, 18 SEPT: Rakyat diseru mengambil iktibar daripada situasi Covid-19 di Korea Selatan yang terpaksa mengisytiharkan darurat susulan gelombang kedua wabak tersebut.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata akibat pengumuman itu hampir setengah juta perniagaan terjejas apabila waktu operasi dihadkan dan arahan penjarakan fizikal diperketatkan.

Sehubungan itu, STFC mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan mengamalkan norma baharu bagi mempertahankan negara daripada mengalami nasib sama seperti Korea Selatan.

“Bayangkan sekiranya gelombang kedua Covid-19 menyerang kita, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah semula, perniagaan terhenti, tiada lagi aktiviti sosial di luar serta ekonomi negara pula menjadi semakin teruk. Adakah kita mampu melalui semua ini?,” katanya.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga semalam, Korea Selatan merekodkan jumlah terkumpul kes jangkitan Covid-19 sebanyak 22,657 dengan 372 kematian.

Ia selepas gelombang kedua jangkitan melanda ibu negara itu dan kawasan sekitar, kira-kira tujuh bulan selepas kes pertama dilaporkan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,727
Reaction score
10,848
Points
1,906
Kes baharu #COVID19 hari ini meningkat semula dengan 95 kes


-91 tempatan, 4 import.


Sabah terus catat kes tertinggi iaitu 91 kes antaranya 76 dari Kluster Benteng, Kluster Pulau (4) dan Kluster Selamat (3).

Satu kematian baharu dilaporkan di Sabah.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,727
Reaction score
10,848
Points
1,906
Kes sembuh=14
Jumlah kes sembuh= 9,264
Kes positif= 95 (kes import=4, kes tempatan=91)
Jumlah positif= 10,147
Kes kematian= 1
Jumlah kes kematian= 129
Kes dirawat di ICU= 11
Bantuan Alat Pernafasan= 2


1600424067917.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,727
Reaction score
10,848
Points
1,906
95 kes - 91 kes tempatan, 4 import.
Kes tempatan - 68 warganegara, 23 bukan warganegara
Kes import - 4 bukan warganegara

1600424123595.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,727
Reaction score
10,848
Points
1,906
Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun.
Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan kewangan.
Beliau ditemui tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020.
Ujian dapati positif #COVID19.
KKM mengucapkan takziah kpd keluarga mangsa.


1600424196298.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,727
Reaction score
10,848
Points
1,906
Kluster terbesar ketika ini, Kluster Benteng LD melaporkan 76 kes baharu #COVID19 iaitu 10 di Lahad Datu dan 66 di Tawau.
Ini menjadikan 550 kes positif setakat hari ini dan 7,814 telah disaring.

1600424275678.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register