Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 236 Mati, 1240 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
Free Malaysia Today



11m ·

Pada gelang tersebut akan dicatatkan tempat dan tarikh saringan perubatan dibuat dan pemakainya dikehendaki berada di rumah sehinga tempoh pengasingan 14 hari tamat.


Gelang kuarantin ada banyak warna, kata KP Kesihatan

September 18, 2020 10:57 PM

quarantine-wristband-120820-KKM.jpg

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang kuarantin mungkin berwarna putih, biru, merah atau kuning.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berkata, “gelang kuarantin” mempunyai banyak warna, bukan hanya merah jambu seperti dipercayai umum.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang itu mungkin berwarna putih, biru, merah atau kuning.

“Warnanya tertakluk kepada stok yang ada di sesuatu kawasan dan ditentukan oleh pegawai kesihatan daerah berkenaan,” katanya di Twitter.

“Pejabat Kesihatan Daerah akan menanggalkan gelang tersebut apabila tempoh kuarantin tamat,” katanya.

Noor Hisham berkata, laporan polis hendaklah dibuat terhadap mana-mana orang yang didapati melanggar prosedur bagi menyekat jangkitan.

Pada Ogos, seorang wanita berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 selepas gambar menunjukkan beliau, yang memakai gelang berkenaan, makan di sebuah restoran tular.

Beliau mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah.
Pada gelang tersebut akan dicatatkan tempat dan tarikh saringan perubatan dibuat. Pemakainya dikehendaki berada di rumah sehinga tempoh pengasingan kendiri selama 14 hari tamat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
Kampung Selamat Lengang Akibat Penularan Covid-19

18 September 2020
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-2.jpg
Penduduk melintasi jambatan atas air dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SEKATAN-JALAN-RAYA-2-1.jpg
Anggota Polis Daerah Tawau membuat sekatan jalan raya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan jalan Tawau ke Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SEKATAN-JALAN-RAYA-5.jpg
Anggota Polis Daerah Tawau dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membuat sekatan jalan raya mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan jalan Tawau ke Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-1-1.jpg
Suasana di kampung atas air yang merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-7.jpg
Kelihatan penduduk sedang duduk berehat di luar rumahnya berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-5.jpg
Penduduk melintasi jambatan atas air dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
Sinar Harian



1m ·
=AZXOxvaQTrWHyFCcN4wzccy0B80XchGFDKPxliu6JFeXouCgsUlhmf5MpPEbjky6-f7CraqCYp-u_YX1MBdjiDiu0UsWMMYjTfp0VdN6h5Yxt_tUyjyIw5vhWj_FI72CJ5nfP2TQuvnE82z73nL9weSLN1AJRkWne5pJsWtVgn6E0V78BexZt9Nx3WTXXhZfC5SHC-mCnqDoVxIXxFqrL_Z3Wtoy9FhfU6uh5_BESLc5QSMrmdi7c_cUnOJjOFcmrEMEo3xPWJpehWlcKX1U59HyAcJAnf2iQycXILNOO2wQ6nxvy9jg195Mk3H8pzb-_Gaw8kckuMf-XJpoGNPVh4SK&__tn__=%2CO%2CP-y0.g-R']

Seramai 56 individu termasuk Muhammad Sanusi dan tiga Exco yang menjalani ujian saringan Covid-19 semalam adalah negatif seperti disahkan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang.

Menteri Besar Kedah, tiga Exco negatif Covid-19

19 September 2020



1600492408045.png

Laporan portal Sinar Harian pada 18 September 2020.


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan tiga Exco yang menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) disahkan negatif hari ini.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 56 individu termasuk Muhammad Sanusi dan tiga Exco yang menjalani ujian saringan Covid-19 semalam adalah negatif seperti disahkan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang.

Menurutnya, tiga Exco terlibat adalah Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Najmi Ahmad dan Exco Penerangan,Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Wan Romani Wan Salim.

"Selain itu, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dan sebilangan pimpinan Pas Kedah turut menjalani ujian saringan Covid-19.
"Ujian itu diadakan berikutan laporan seorang daripada hadirin program penyerahan sumbangan Pas Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman 14 September lalu disahkan positif Covid-19," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, sebagai langkah penjagaan diri, Dr Mohd Fikri mengingatkan semua individu termasuk yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk terus mematuhi prosedur operasi atandard (SOP) terutama memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakkan fizikal.



Semalam, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi dan 55 individu lain melakukan ujian saringan Covid-19 di Dataran Blok A, Wisma Darul Aman di sini semalam.
Muhammad Sanusi berkata, beliau akur sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkannya menjalani kuarantin di rumah selepas ujian saringan Covid-19.

Bagaimanapun katanya, beliau dan beberapa Exco kerajaan negeri bukanlah kontak rapat kepada kes positif Covid-19 sebaliknya hanya berada dalam program sama.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
Sebanyak 20 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 17 kes tempatan dan 3 import.
Kes tertinggi di Kedah dgn 9 kes termasuk 8 dari Kluster Sungai.
Sabah pula 8 kes baharu dan satu lagi kluster baharu, Kluster Bakau.
Satu kematian baharu di Kedah.




Kes sembuh=51
Jumlah kes sembuh= 9,315
Kes positif= 20 (kes import=3, kes tempatan=17)
Jumlah positif= 10,167
Kes kematian= 1
Jumlah kes kematian= 130
Kes dirawat di ICU= 12
Bantuan Alat Pernafasan= 2


1600513252733.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
PECAHAN KES BAHARU (20)
KL-2
1 WN pulang dari Qatar
1 BWN tiba dari India

SELANGOR-1
1 WN pulang dari N.Zealand

SABAH-8
1 WN saringan rujukan ke hospital
2 BWN saringan rujukan ke hospital
1 WN saringan komuniti
1 WN Kes SARI
1 WN saringan pra-pembedahan
1 WN Kluster Benteng
1 BWN Kluster Bakau (Kluster baharu)

KEDAH-8
8 WN Kluster Sungai
1 WN SARI

1600513346050.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
Satu kes kematian dilaporkan hari ini. Kes (9578) mempunyai sejarah penyakit strok dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

1600513423252.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
1 kes (kes ke-10,157) dilaporkan dalam Kluster Benteng LD dan merupakan generasi 2.
Jumlah keseluruhan kes kini adalah 551.
Daripada jumlah 7,985 individu disaring, 2,008 masih menunggu keputusan


1600513471126.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
8 kes baharu dilaporkan dalam Kluster Sungai.
Jumlah positif terkini; 73 kes.
Daripada 23,935 individu yang disaring, hanya 749 yang masih menunggu keputusan.


1600513521171.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,527
Reaction score
10,810
Points
1,896
Kluster Bakau Kluster Bakau (kluster baharu) melaporkan satu kes baharu hari ini.
Seramai 109 individu telah disaring, 3 daripadanya dikesan positif.
Baki 106 masih menunggu keputusan.


1600513561686.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register