Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 187 Mati, 871 Kes Baru

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,908
Reaction score
10,672
Points
1,896
Seorang rakan setugas meminta saya menunjukkan kepada beliau teknik-teknik melakukan pemeriksaan paru-paru menggunakan ultrasound untuk pesakit Covid-19. Ia adalah satu teknik pemeriksaan yang sangat berguna dalam menilai tahap keseriusan Covid-19.

Saya bukanlah seorang pakar dalam melakukan ultrasound. Cuma sekadar ‘cukup-cukup makan’ dan ia sedikit-sebanyak membantu saya membuat keputusan dalam merawat pesakit. Jujurnya, saya tidak pernah melakukan ultrasound untuk pesakit Covid-19 ketika gelombang pertama dan kedua berlaku. Ini kerana, majoriti pesakit ketika itu adalah dalam keadaan stabil dan saya tidak bertugas di wad Covid. Kesemua penemuan ultrasound itu dipelajari dari jurnal-jurnal perubatan atau kelas online dari doktor pakar tanpa diaplikasi dalam tugasan harian. Tapi kini, boleh dikatakan setiap hari saya melakukan ultrasound untuk pesakit Covid-19.

Di kawasan pandemik Covid-19 di mana terdapat jumlah pesakit yang ramai, petugas kesihatan boleh menggunakan ultrasound untuk mentriaj pesakit samada mereka berisiko rendah (tahap 1-2) dan boleh dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah atau perlu dimasukkan ke hospital (tahap 3-5). Bagi saya, ia adalah pemeriksaan yang sangat berguna dan cepat untuk dilaksanakan.

Kebetulan ada beberapa orang pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan. Pesakit yang saya scan kelihatan normal secara luaran tetapi kepekatan oksigen dalam darahnya adalah rendah. Keadaan ini kita panggil sebagai ‘happy hypoxia’ dan mereka cenderung menjadi teruk tanpa disedari.

Sewaktu melakukan ultrasound, saya diberitahu bahawa pesakit tersebut adalah petugas kesihatan. Saya tergamam seketika! Tapi staf tersebut memberikan kerjasama kepada kami untuk sama-sama belajar bagaimana untukmengenalpasti tanda-tanda Covid-19 dalam ultrasound.


Tahap 4.
Hasil pemeriksaan ultrasound menunjukkan tanda-tanda Covid Pneumonia dan pesakit memerlukan bantuan oksigen bagi menaikkan kepekatan oksigen dalam darah. Bermakna, dia sudah berada di tahap keempat.
Saya sedih. Sangat sedih! Perkara yang sangat menyedihkan saya adalah apabila berdepan dengan mana-mana petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19. Saya sendiri tidak tahu akan nasib saya sendiri. Dalam keadaan jangkitan Covid-19 di dalam komuniti yang teruk, saya mungkin akan turut dijangkiti. Tapi, setiap hari saya berdoa agar tidak dijangkiti kerana mahu terus bertugas dan membantu pesakit di sini.

Malah, ramai staf kesihatan yang dijangkiti turut menyatakan komitmen mereka untuk terus berjuang apabila sembuh nanti. Saya terharu dengan komitmen sebegini.

Dalam keadaan sakit, mereka masih berfikir untuk menyelamatkan nyawa orang lain.


 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,751
Reaction score
3,567
Points
236
Anwar Desak KKM Dedah Strategi Kekang Covid-19 Di Sabah

19.10.2020 - Shah Alam. Kementerian Kesihatan perlu mendedahkan sepenuhnya strategi untuk mengekang penularan Covid-19 di Sabah melalui saringan dan kaedah lain, kata Anwar Ibrahim, hari ini. Ketua pembangkang itu berkata situasi wabak Covid-19 di Sabah kini membimbangkan dengan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kes Malaysia sejak awal bulan ini berlaku di Negeri Bawah Bayu itu. Tambahnya lagi, kebimbangan itu memuncak apabila hampir satu pertiga daripada 190 korban wabak Malaysia direkodkan berlaku di Sabah.

Para pakar juga telah meramalkan bahawa kita akan menyaksikan kadar jangkitan yang akan terus meningkat di Sabah tatkala virus tersebut terus merebak di kalangan warga. Mereka juga telah mengesyorkan bahawa pengujian secara besar-besaran (massive testing) sebagai langkah yang ampuh dalam mengesan dan memisahkan mereka yang telah dijangkiti sebelum ia terus merebak. Katanya lagi, Malaysia sepatutnya sudah berkemampuan melakukan saringan besar-besaran memandangkan kita sudah memerangi Covid-19 selama lapan bulan.

“Setelah lapan bulan kita mendepani wabak ini, saya fikir kita sepatutnya telah mampu dan punya keupayaan untuk menjalankan pengujian besar-besaran. Kementerian Kesihatan mesti mendedahkan kepada umum sebarang strategi yang diambil dalam membendung wabak ini di Sabah, apakah secara ianya secara pengujian atau langkah dan strategi yang lain,” katanya.

Malaysia hari ini melaporkan 865 ke baharu Covid-19, 453 kes dilaporkan di Sabah sahaja. Negeri itu turut melaporkan tiga kematian baharu hari ini. Anwar juga berkata KKM tidak mampu menangani wabak itu bersendirian kerana situasi semasa sistem kesihatan Sabah yang kurang peruntukan, kakitangan dan sumber, maka kerana itu, lebih banyak kementerian dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) perlu digerakkan.

Beliau turut mendesak Putrajaya menawarkan bantuan kewangan khas dan bantuan makanan kepada kawasan terjejas di Sabah bagi memastikan penduduk negeri itu mempunyai bekalan asas mencukupi untuk berdepan krisis kesihatan yang melanda sekarang. Tambahnya, kerajaan juga perlu berkongsi dengan terbuka semua data kes, saringan dan kematian dengan profesional kesihatan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melawan pandemik itu.

“Kekurangan maklumat akan menghalang pakar-pakar perubatan di seluruh negara dari memberikan bantuan dan kepakaran yang mereka ada. Dasar dan kebijakan maklumat yang terbuka akan meningkatkan kepercayaan rakyat pada kerajaan, terutamanya dalam suasana pandemik saat ini,” kata Anwar.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuklah parti politik sudah mendesak Putrajaya memperuntukkan lebih banyak dana kepada Sabah untuk melawan wabak Covid-19.

Berita asal https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279343
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,391
Reaction score
21,048
Points
1,671
Katerer diperintah pulang semula duit kenduri, kain alas meja
View attachment 299327PENUNTUT menunjukkan dokumen tuntutan semula wang pakej perkahwinan daripada sebuah syarikat katerer selepas majlis perkahwinan anaknya terpaksa dibatalkan ekoran PKP pada Mac lalu.
MELAKA: Sebuah syarikat katering diarahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar semula wang pakej perkahwinan berjumlah RM15,000 dan memberikan kain alas meja majlis tersebut kepada sebuah keluarga, di sini.

Presiden Mahkamah TTPM, Abdul Rashid Daud turut memerintahkan syarikat berkenaan membayar tuntutan penuh dalam tempoh 14 hari bermula tarikh perintah dikeluarkan, semalam.

Kegagalan pihak penentang mematuhi perintah itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 117 Akta Pelindungan Pengguna (APP) 1999 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak penuntut iaitu sepasang suami isteri berusia 58 dan 53 tahun itu ketika ditemui selepas sesi pendengaran memberitahu, tuntutan dibuat bagi majlis perkahwinan anak lelaki mereka yang sepatutnya diadakan pada 21 Mac lalu di Senawang, Negeri Sembilan.

“Kami membayar RM21,000 pada Januari lalu, bagaimanapun pada 16 Mac kerajaan mengeluarkan arahan PKP dan saya terus maklumkan kepada pihak penentang (katerer) untuk membatalkan majlis perkahwinan tersebut.

“Mereka bagaimanapun memberikan senarai pembelian barangan yang didakwa bagi persiapan majlis perkahwinan anak saya berjumlah lebih RM16,000, namun ia tidak masuk akal kerana majlis itu berlangsung pada 21 Mac,” katanya semalam.

Penuntut itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terkejut apabila pihak penentang menyatakan pembelian perasa makanan jenama terkenal sebanyak 18 kilogram yang berjumlah RM214 bagi majlis tersebut.

“Saya juga berniaga dan membuat katering secara kecil-kecilan, jadi sudah mahir dengan kos dan bahan diperlukan untuk sesebuah majlis.

“Pihak penentang juga memberitahu mereka membeli pelbagai barang masakan termasuk kentang, bawang serta rempah masakan dan mencadangkan untuk kami sekeluarga menunda tarikh majlis pada Jun, namun saya tidak bersetuju.

“Bayaran sebanyak RM21,000 itu adalah bagi jemputan 1,500 tetamu, saya bimbang makanan menjadi berlebihan dan ia satu pembaziran serta tidak setimpal,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak penentang mendakwa menggunakan wang diberikan untuk membeli kain alas meja berwarna coklat bernilai RM2,821 bagi majlis tersebut.

Ujarnya, pihaknya percaya kain yang dibeli syarikat tersebut boleh digunakan pada majlis akan datang dan tidak sepatutnya dicaj di dalam kos persiapan majlis anak lelakinya.

“Jika benar mereka membelikan kain alas meja itu untuk majlis anak saya, jadi tidak salah saya menuntut kain tersebut daripada pihak katerer,” katanya. – UTUSAN ONLINE
fuhh jemput 1500 org 21k
klo kt kampung rewang bwh 10k dh jd majlis meriah dah

ajinomoto tu 1kg rm11. nipu btol smpai 18kg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,751
Reaction score
3,567
Points
236
Saat Menyedihkan Urus Jenazah Covid-19

19.10.2020 - Sandakan, “Tiada peluang langsung untuk ahli keluarga melihat jenazah (pesakit Covid-19), ada antara mereka meminta kami merakam gambar dan video ketika proses pengebumian, ia saat yang sangat menyedihkan,” kata Yunizam Yusop.

Itu antara pengalaman Yunizam, 32, bersama rakan lain dalam mengurus, memandikan dan mengkafankan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di daerah ini sejak penularan wabak itu semakin kritikal di Sabah.

Bagi Yunizam, dia dan rakan setugas perlu cekal, tahan dari segi mental dan fizikal serta perlu sentiasa bersiap sedia berhadapan tugasan menguruskan jenazah dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sejak dua tahun menawarkan khidmat menguruskan jenazah secara percuma, pengendalian mayat pesakit Covid-19 memang berbeza daripada yang biasa dilakukan untuk mengelak mereka dijangkiti wabak pandemik itu.

“Seperti semalam (kelmarin), kami membantu mengebumikan 12 pesakit Covid-19 berusia lingkungan 40-an dan ke atas.

“Tugas kami bermula sebaik sahaja pihak hospital mengumumkan kematian (berkaitan Covid-19),” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Mengenai protokol pengurusan jenazah Covid-19, Yunizam berkata, sebaik menerima panggilan daripada hospital, pihaknya akan mengurus, memandikan dan mengkafankan jenazah kemudian mengadakan solat jenazah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, ketika urusan pengebumian, perjalanan mereka dari hospital ke tanah perkuburan akan diiringi polis dan juga kakitangan hospital.

Katanya, berikutan protokol ketat daripada kerajaan, tiada ahli keluarga yang dibenarkan membuat penghormatan terakhir untuk jenazah.

“Ia sangat menyedihkan, tetapi kumpulan (pengurusan jenazah) saya perlu kuat untuk bersama menunaikan tanggungjawab ini dengan pasukan barisan hadapan yang lain,” katanya.

Sandakan ketika ini antara 16 kawasan zon merah di Sabah. Selain 16 kawasan zon merah itu, ada tujuh kawasan disenarai kawasan kuning dan hanya Tongod dan Nabawan tidak merekodkan sebarang kes.

Sabah mencatatkan lebih 4,650 kes aktif dan merekodkan 64 kematian di seluruh negeri itu.



Berita asal https://www.sabahpost.net/2020/10/19/saat-menyedihkan-urus-jenazah-covid-19/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register