Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 187 Mati, 871 Kes Baru

CG Sponsors




pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,302
Reaction score
1,220
Points
221
150 new cases today
124 in Sabah
11 in Selangor
6 in Kuala Lumpur
4 in Pahang
2 in Johore
2 in Sarawak
1 in Malacca
sejak kes banyak di sabah aku dah tak sedap hati dah...sekarang kes dah mereka ke semenanjung... berdoa agar malaysia boleh mengawalnya.
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,990
Reaction score
1,421
Points
201
PECAHAN KES BAHARU (150)

KL-6
2 Kluster Setapak
1 pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 import tiba/pulang dari Arab Saudi (1 WN, 1 BWN)
1 import pulang dari India

SELANGOR-11
8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 saringan kontak rapat
1 import pulang dari Arab Saudi

SABAH-124
58 kluster Benteng LD (55 WN, 3 BWN)
20 kluster Bangau-Bangau (12 WN, 8 BWN)
13 kluster Bakau (4 WN, 9 BWN)
10 kluster Pulau (9 WN, 1 BWN)
8 Kluster Kg. Sakong
3 kluster Buang Sayang
8 saringan bergejala
1 BWN kes ILI
1 saringan komuniti
1 saringan kontak rapat
1 saringan sebelum pulang ke Sarawak

JOHOR-2
2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

SARAWAK-2
2 saringan pekerja

PAHANG-4
1 saringan kontak rapat
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,990
Reaction score
1,421
Points
201
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 1 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif
kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 134 kes (1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

• Kes kematian ke-134 (iaitu kes ke-10491) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 81 tahun. Kes mula mengalami gejala demam dan batuk berkahak pada 14 September 2020 dan telah dibawa ke Hospital Semporna pada 17 September 2020. Saringan COVID-19 didapati
positif pada 22 September 2020. Pada 26 September 2020 kes telah dipindahkan ke Hospital Tawau, Sabah. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Beliau disahkan meninggal dunia pada 27 September 2020 jam 12.52 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,607
Reaction score
406
Points
51
kenapa ye x buat PKPD sabah terus?la ni dah merebak ke semenanjung.ni yg blk dari PRN sabah ni lg la cepat merebak semua negeri nnt..na'uzubillah la..
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,302
Reaction score
1,220
Points
221
kenapa ye x buat PKPD sabah terus?la ni dah merebak ke semenanjung.ni yg blk dari PRN sabah ni lg la cepat merebak semua negeri nnt..na'uzubillah la..
kita tengok 1 ke 2 minggu lagi.. doakan tidak terjadi..
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,990
Reaction score
1,421
Points
201
Hanya perlukan satu ‘teguran’ dari orang politik kerana terpaksa menunggu 3 jam di KLIA untuk swab nasofarink, cukup membuatkan Menteri Kesihatan bergegas turun ke lapangan.

Apa- apa pun, saya setuju isu ini perlu ditangani dengan segera. Perhimpunan begitu ramai orang di KLIA juga tidak bagus. Ia akan menyesakkan suasana dan meningkatkan lagi risiko transmisi Covid-19 jika ada penumpang yang positif. Tapi saya juga menerima maklumat bahawa staf frontliner dari Selangor juga mengalami peningkatan bebanan kerja yang tinggi bahkan dalam keadaan yang sangat penat dalam menangani masalah ini.

Tapi saya kecewa, belum ada lagi orang politik yang memperbesar-besarkan magnitud penyebaran Covid-19 di Sabah. Malah, masing-masing berlumba-lumba memperlekeh-lekehkannya sewaktu tempoh berkempen PRU di mana majlis yang dihadiri menteri sendiri tidak mengamalkan norma baru dan penjarakan sosial.

Juga tidak ada nyanyian bahkan siulan kerisauan dari para ahli politik berkenaan peningkatan jumlah staf perubatan yang dijangkiti Covid-19 atau dikuarantin hingga bilangan staf yang bertugas juga menjadi sedikit dan terbeban. Mungkin, mereka mahu keadaan menjadi seperti Indonesia di mana para doktor mati beramai-ramai lalu mereka membuat keputusan untuk peduli.

Hakikatnya, yang menanggung akibat terbesar dari Covid-19 ini adalah rakyat marhaen sendiri. Rawatan terhadap pesakit juga terjejas apabila Covid-19 mengganas. Tidak mustahil, akan ada rakyat yang mati kesan dari sistem yang terjejas.


 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
11,933
Reaction score
50
Points
130
ada baca artikel dr seseorg ni peningkatan yang berlaku ni sbnrnya lebih tinggi sblm PKP dikuatkuasa 18 Mac lalu, penyebaran ke semenanjung jadi meningkat pun sbb visit ke sabah..yg ak igt staf JKR, staf bank UOB kepong dll. hrp dapat kawal sbb kita dah ada pengalaman mengawal covid ni dan masih berterusan sbb baca keluhan staf kurang di airport utk buat saringan.. #kitajagakita
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,725
Reaction score
1,814
Points
206
selangor KL pun dah start naik
aku tgk 2 3 hari ni
kalo menaik, start stock makanan balik
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,990
Reaction score
1,421
Points
201
Day 194 - Mahalnya PRN Sabah. Rekod cemerlang Malaysia memerangi Covid dah tercalar, KKM ambil kira sebagai gelombang kedua Covid19 di Malaysia yang bermula sejak 7 September 2020.

1. Selama ni, sasaran kita adalah untuk mengurangkan kes aktif. Untuk capai trend penurunan, jumlah sembuh perlu mengatasi jumlah jangkitan baru. Tapi sejak 22 hari gelombang kedua bermula, hanya 2 hari je kadar sembuh melebihi jangkitan baru.

Hasilnya? Kes aktif sekarang kembali hampir mencecah 1000 kes dan mula menguji kapasiti hospital untuk rawatan. Dijangka hari ni kes aktif sudah pasti melebihi 1000 kes.

2. Dulu kita risau bila angka jangkitan masuk jumlah puluhan sehari, tapi dalam 22 hari gelombang kedua, angka jangkitan belum pernah walaupun sekali turun bawah 10, malah 7 kali masuk angka ratusan jangkitan sehari.

3. Masa PKP baru berkuatkuasa, sempadan dikawal ketat. Mula2 tak boleh keluar rumah, kemudian tak boleh rentas daerah, kemudian negeri dan sampai sekarang sempadan negara masih ditutup. Tapi PRN Sabah, ramai orang luar masuk dari semua tempat untuk mengundi, termasuk ahli politik ke Sabah untuk berkempen. Bila dah selesai, mereka ni akan nak balik ke tempat masing2 untuk teruskan urusan hidup.

Hasilnya? 5 pusat membeli belah utama termasuk KLCC, Sunway Pyramid dan Nu Sentral dah ada kes. Ada lagi beberapa kedai termasuk cawangan bank yang juga dah ditutup. Semuanya melibatkan kes daripada orang yang telah melawat Sabah. Dah sampai ada pembentukan banyak kluster baru di luar Sabah.

4. Belum habis kat situ. Di KLIA dan KLIA2, keadaan begitu sesak sampai penumpang perlu tunggu hingga lebih 8 jam untuk buat proses saringan. Sepanjang menunggu giliran, penjarakkan tak dapat dipastikan.

Dengan orang yang berkeluarga termasuk anak2 kecil, duduk dalam flight, kemudian dah penat lesu, tunggu lagi giliran untuk disaring dalam keadaan berhimpit. Keadaan macam ni begitu menggalakkan jangkitan dengan mudah.

5. Ini semua juga melibatkan kos tanggungan kerajaan. Dah la rakyat masih banyak perlu bantuan, ini pulak ditambah beban kos pengurusan semua ni yang bakal mencecah ratusan juta. Belum kira kerugian daripada perniagaan2 yang perlu tutup, jumlah orang dalam kuarantin dll.

Ini semua gara2 pilihanraya di satu negeri. Belum ambil kira kalau ada pilihanraya di 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.

Ini semua sebab apa? Sebab rakyat ingkar PKP ke? Bukan, tapi pergelutan kuasa sesama ahli politik.

5. Sekarang yang terbaru, ada laungan nak adakan PRU pulak. Kerajaan PN sekarang pun ada yang tak berpuas hati dan nak ditumbangkan kalau kes mahkamah tak digugurkan, tak diberi jawatan dll. Takda ertinya semua ni kalau keputusan ahli politik hanya untuk kepentingan diri.

Adakah PRN Sabah ni membuahkan hasil? Keputusannya majoriti tipis, lebihan dua kerusi. Gabungan yang dikatakan menang pun status pendaftaran dipertikai. Ada pulak perbincangan lompat2 lagi di kalangan yang menang kerusi. Ketua Menteri pun masih belum boleh dilantik. Seolah sia2 je ada PRN.

Bukan wakil rakyat berkorban untuk rakyat, walaupun rakyat dah angkat dan beri elaun, jawatan, kuasa dan bermacam lagi kelebihan. Diorang seolah dah lupa Covid19 ni mengancam nyawa.

Akhirnya rakyat jugak yang perlu berkorban untuk wakil rakyat.

#kitajagakita #pkpp




 
Sponsored Post
Top
Log in Register