Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 187 Mati, 871 Kes Baru

CG Sponsors




Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,251
Reaction score
94
Points
40
bulan 10 ntt universiti akan buka. harap harap ada tindakan dari pihak berkuasa.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,343
Reaction score
11,518
Points
2,376
Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), 25 September 2020

1. IMR telah menjalankan ujian penjujukan genom ke atas 32 virus COVID-19 yang telah dikesan hasil ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 bagi Kluster Benteng LD (23 virus), Kluster PUI Sivagangga (4 virus), Kluster Tawar (3 virus), Kluster Sungai (1 virus) dan Kluster Bukit Tiram (1 virus). Seperti disyaki terdapat mutasi jenis D614G yang telah dikesan kepada kesemua 32 virus COVID-19 ini.

2. Kajian susulan juga dijalankan bagi mengkaji kaitan genetik antara virus-virus yang diasingkan ini dan membandingkan dengan virus yang dikesan sebelum ini pada Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Tawar. Seperti disyaki juga, kesemua virus yang diasingkan bagi kluster-kluster di Kedah (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai) adalah saling berkait dan besar kemungkinan adalah berasal dari sumber virus yang sama.

3. Kesemua 23 virus COVID-19 dari Kluster Benteng LD pula didapati saling menyerupai namun tidak berkait dengan virus COVID-19 yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G.

4. Ujian-ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji lanjut kebarangkalian dan semakan dengan kumpulan keluarga virus COVID-19 (Phylogenetic tree).

5. Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu lebih berwaspada dan lebih berhati-hati. Ini kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak.

Oleh itu, masyarakat diingatkan agar mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu: penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,343
Reaction score
11,518
Points
2,376
Terkinj COVID-19; 25 Sept 2020

Jumlah discaj baru:30
Jumlah kumulatif:9696 (90.7%)

Jumlah kes baru;111
Jumlah kumulatif:10687
Jumlah kes aktif:858

Kes tempatan: 107(76WN, 31 BWN))
Kes import: 4(4 BWN)

Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif:133 (1.24%)

Kes di ICU:4
intubated: 3

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,343
Reaction score
11,518
Points
2,376
PERINCIAN KES BAHARU (111)

SABAH- 97 kes (jangkitan tempatan)
74 Kes Generasi Kedua Kluster Bangau-Bangau (48 WN; 26 BWN)
13 Kes Kluster Benteng LD – 2 Kes Generasi Kedua, 10 Kes Generasi Ketiga dan 1 Kes Generasi Keempat (13 WN)
2 Kes Generasi Kedua Kluster Laut (2 BWN)
2 Kes Saringan Rujukan Ke Hospital (2 WN)
2 Kes Saringan di Tempat Kerja (1 WN, 1 BWN)
2 kes saringan bergejala (1 WN, 1 BWN)
1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) (1 WN)
1 kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) (1 WN)

KEDAH- 8 kes (jangkitan tempatan)
7 kes Kluster Sungai - 1 kes generasi ketiga, 1 kes generasi keempat dan 5 kes generasi kelima (6 WN; 1 BWN)
1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) (WN)

SELANGOR-2 kes
1 kes jangkitan tempatan saringan bergejala, mempunyai sejarah pulang dari Kota Kinabalu, Sabah (WN)
1 kes import tiba dari Indonesia (BWN)

JOHOR – 1 kes
1 kes import Kluster Orkim (BWN)

PAHANG – 1 kes (jangkitan tempatan)
1 kes saringan bergejala, mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah (WN

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,372
Reaction score
3,686
Points
201
Covid-19: MB Terengganu dikuarantin 14 hari
835253.jpg

Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, selepas berlaku kontak dengan dua individu positif koronavirus (Covid-19).

Setiausaha politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata, susulan itu, semua program yang membabitkan Ahmad Samsuri akan ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) juga telah mengambil tindakan pantas untuk mengenal pasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid-19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

"Menteri besar juga telah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif dan perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti.

"Bagaimanapun, menteri besar akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 September ini secara video dalam talian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pemantauan berterusan juga sedang dilakukan pihak JKNT dengan penuh dedikasi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...nu/Covid-19-MB-Terengganu-dikuarantin-14-hari
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,343
Reaction score
11,518
Points
2,376
PENILAIAN RISIKO PENULARAN COVID-19 DI NEGERI SABAH

1. Sehingga 25 September 2020, masih terdapat lima (5) kawasan di Malaysia yang sudah bertukar menjadi zon merah. Terdapat empat (4) zon merah di Sabah (Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna) dan satu (1) zon merah di Kedah iaitu Kota Setar.

2. Seperti dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 24 September 2020, individu bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan berhampiran. Individu tidak bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah juga amat digalakkan untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri bagi melindungi ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat di sekitarnya. Sebarang perubahan kepada arahan ini akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa. Elakkan mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau palsu.

3. Daripada situasi terkini, didapati jumlah kes positif COVID-19 di negeri Sabah masih tetap meningkat. Seperti diumumkan, 97 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini di negeri Sabah. Tambahan pula, didapati terdapat 10 kes yang dikesan positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada Minggu Epid ke-39 (iaitu 20 September 2020 hingga hari ini). Kesemua mereka ini telah diasingkan dan kini mendapat rawatan di hospital. Pengesanan kontak bagi kesemua kes ini juga giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang berkaitan.

4. Keputusan terkini yang baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan 23 virus COVID-19 yang diasingkan dan dikultur daripada Kluster Benteng LD di Sabah didapati mempunyai mutasi D614G, namun ianya tidak berkaitan dengan virus COVID-19 mutasi D614G yang ditemui di kluster-kluster di negeri Kedah.

5. Nasihat kepada masyarakat di Sabah:

- Berdasarkan penilaian risiko seperti di atas, KKM menggesa semua masyarakat di Sabah untuk lebih berwaspada dan meningkatkan pematuhan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk semasa tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sabah dan semasa hari mengundi.

- Seperti resmi budaya kita di Malaysia, masyarakat sangat digalakkan untuk saling tegur menegur antara satu sama lain dalam mematuhi SOP, agar kita dapat saling melindungi diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita daripada jangkitan COVID-19.

- KKM menggalakkan masyarakat untuk keluar mengundi namun dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan di pusat mengundi dan amalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala.

- Penuhilah tanggungjawab dan hak mengundi anda dengan baik. KKM juga akan terus meningkatkan kesiapsagaan di lapangan, klinik-klinik, makmal-makmal dan hospital bagi terus berusaha membendung penularan COVID-19 di Sabah.
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,990
Reaction score
1,421
Points
201
BERITA

A+A-

Penumpang 2 bas ekspres diminta tampil lepas seorang disahkan positif
Diterbitkan Hari ini 12:27 pm


Penumpang dua bas ekspres - iaitu untuk perjalanan dari KLIA2 ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 18 Sept dan dari TBS ke Kuantan, Pahang pada 19 Sept - digesa untuk menghubungi Jabatan Kesihatan Kuantan selepas seorang penumpang disahkan positif Covid-19.
Penumpang itu dilaporkan dari sabah, di mana lebih 100 jangkitan wabak itu dikesan semalam.
Bagi perjalanan KLIA2 - TBS, i melibatkan bas JetBus (nombor trip TBS 13) yang memulakan perjalanan pada pukul 11.30 malam, 18 Sept dan tiba di TBS sejam kemudian.
Bas TBS ke Kuantan pula dikendalikan Rhinoairiel Ekspres (nombor trip 292) yang memulakan perjalanan pada pukul dua pagi, 19 Sept dan tiba di pada pukul 7.30 pagi.

Gesaan itu dibuat di laman Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan semalam.
Mereka yang terlibat diminta menghubungi jabatan itu di talian 09-565 9213 atau 019-399 4832.
Kuantan merupakan kawasan yang merekodkan peningkatan jangkitan melibatkan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Malaysiakini difahamkan bahawa penumpang itu berada di Semporna, Sabah sejak 28 Ogos hingga 18 Sept atas urusan kerja dan menaiki bas awam dari Semporna ke Lapangan Terbang Tawau pada 18 Sept.
Dia menaiki pesawat AK 5747 Air asia dan tiba di KLIA2 pada pukul 10.15 malam.
'Virus dalam komuniti'
Terdahulu, United Overseas Bank di Kepong, Kuala Lumpur mengesahkan seorang pekerjanya telah disahkan positif Covid-19 selepas beberapa hari berada di Semporna.
Semalam, sebanyak 74 kes dikesan dalam kluster Bangau-Bangau yang melibatkan penduduk Kampung Bangau-Bangau di Semporna.
Ia menjadikan kes dalam kluster itu kepada 134 daripada 180 penduduk yang menjalani saringan. sebanyak sembilan ujian masih menunggu keputusan.
Kluster itu dikenal pasti pada 22 Sept apabila seorang pesakit menjalani ujian saringan sebelum dimasukkan ke Hospital Semporna.
'Virus sudah pun ada dalam komuniti dan kampung," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,343
Reaction score
11,518
Points
2,376
Terkini COVID-19; 26 Sept 2020

Jumlah discaj baru:89
Jumlah kumulatif:9785 (90.86%)

Jumlah kes baru;82
Jumlah kumulatif:10769
Jumlah kes aktif:851

Kes tempatan: 79(53WN, 26BWN))
Kes import: 3(2WN, 1BWN)

Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif:133 (1.24%)

kes di ICU:8
intubated:4
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,343
Reaction score
11,518
Points
2,376
PECAHAN KES BAHARU (82)

SABAH-64
33 kluster Benteng LD
25 kluster Bangau-Bangau (2 BWN)
3 SARI (1 BWN)
1 saringan pintu masuk
1 saringan bergejala
1 saringan ILI

KL-6
1 import tiba dari Bangladesh (BWN)
1 import sign on kapal (BWN)
1 import dari Yemen
3 saringan bergejala

N.SEMBILAN-3
2 saringan kontak rapat
1 saringan sebelum pulang ke negara asal (BWN)

SELANGOR-2
1 saringan OKT (BWN)
1 saringan bergejala

TGANU-2
2 saringan kendiri

PAHANG-1
1 saringan bergejala

MELAKA-1
1 saringan bergejala

JOHOR-1
1 saringan bergejala

SARAWAK-1
1 saringan sebelum ke Sabah

LABUAN-1
1 saringan sebelum ke Sabah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register