Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 133 Mati, 111 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,895
Reaction score
1,406
Points
201
26Sept2020/N. Sembilan

Seorang pelajar Kolej Tunku Kurshiah T-K-C, Bandar Enstek, Nilai, dikuarantin.Ia selepas jadi kontak rapat bapa yg positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah. Lelaki itu bersama isteri dan 2 lagi anak turut datang ke TKC, 19 Sep 2020 untuk hadir program Town Hall dan Hari Pelaporan.

#inforoadblock

 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,479
Reaction score
108
Points
33
Covid-19: Mulai esok individu pulang dari Sabah akan dikuarantin

DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula esok sehingga 10 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

"Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.

"Mereka juga akan menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.

"Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif Covid-19.

"Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan," katanya.

Menurutnya, sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19.

"Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian Covid-19.

"Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register