Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 133 Mati, 111 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,122
Reaction score
11,491
Points
2,376
COVID-19 | 3 ADUN Perlis Jalani Ujian Saringan

Tiga ADUN di Perlis menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi susulan kawasan seliaan mereka bersempadan dengan Kuala Sanglang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO).

Mereka adalah ADUN Simpang Empat, Nurul hisham Yaakob, Mohd Shukri Ramli (Sanglang) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,122
Reaction score
11,491
Points
2,376
COVID-19 | Berpunca Aktiviti Kunjung-mengunjung, Tidak Patuh SOP

Penularan jangkitan COVID-19 bagi kluster pesakit dalam siasatan (PUI), Sivagangga dan Kluster Kurau dikesan sebahagian besar berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika musim perayaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Sinar Harian
1m ·
Menurut Ahmad Said, agihan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani krisis wabak koronavirus (Covid-19) tidak diberikan secara sama rata kepada wakil rakyat.

Ahmad Said persoal agihan peruntukan bantuan Covid-19

10 Ogos 2020
791287.jpg

Ahmad




KUALA TERENGGANU - Sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 hari ini panas apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mempersoalkan keikhlasan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan UMNO di Terengganu.

Pengerusi UMNO Terengganu itu menyuarakan rasa hati itu kerana kecewa dengan agihan peruntukan yang tidak adil.

Beliau berkata, ia susulan agihan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani krisis wabak koronavirus (Covid-19) di setiap negeri yang tidak diberikan secara sama rata kepada wakil rakyat.

“Saya bandingkan dengan kerajaan Pahang dan Perlis yang dibimbing Barisan Nasional (BN) yang membahagikannya sama rata sama ada wakil rakyat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebagainya kerana ia melibatkan hak rakyat.

“Sesuai dengan hasrat yang disebutkan oleh wakil rakyat Wakaf Mempelam, peruntukan ini bukan hak wakil rakyat kerana ia hak rakyat. Kalau hak rakyat, kena bahagikan semua kepada rakyat (yang layak),” katanya.

Ahmad ketika ditemui selepas sesi perbahasan berkata, wakil rakyat UMNO hanya mendapat peruntukan sebanyak RM45,000 berbanding wakil rakyat Pas berjumlah RM350,000 dan RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN yang dikendalikan Pas.

Jelasnya, di Perlis dan Pahang, peruntukan itu diagihkan sama rata namun tidak di Terengganu kerana tiada perbincangan tentang agihan.

“Kerajaan negeri memberikan peruntukan RM350,000 kepada wakil rakyat Pas, RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN Pas dan RM45,000 kepada wakil rakyat UMNO. Dicampur lagi dengan RM100,000 (peruntukan kerajaan Pusat yang boleh dibelanjakan untuk bantuan am), jadi maknanya wakil rakyat Pas ada RM450,000.

“Dengan peruntukan terhad dan peruntukan Pusat, saya belanjakan untuk rakyat DUN Kijal seramai 11,502 keluarga. Semua dapat, tiada yang berkecuali termasuk MPKK dapat. Cuma seorang sahaja yang tidak mahu terima, saya okey kalau tidak mahu terima,” katanya.

Ahmad berkata, setelah beliau 'bising' menyuarakan isu peruntukan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjumpanya dan dua hari selepas pertemuan itu, beliau mendapat surat daripada pejabat daerah yang memaklumkan wakil rakyat BN mendapat peruntukan RM45,000 untuk Covid-19.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan negeri agar tidak mengambil kesempatan dan hak rakyat perlu diberikan kepada rakyat.

“Kalau peruntukan kerajaan negeri, saya tidak pertikaikan sebab memang diperintah Pas, tapi ini peruntukan kerajaan Pusat, kena beri semua,” katanya.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,315
Reaction score
3,178
Points
201
Kluster PUI Sivagangga: Kajian sama ada virus adalah mutasi D614G diketahui seminggu lagi

PUTRAJAYA: Hasil kajian bagi menentukan sama ada virus daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga adalah mutasi D614G yang berisiko meningkatkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), akan diketahui dalam masa seminggu lagi.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Institut Kajian Perubatan sedang mengkaji dan sudah mengasingkan virus COVID-19 daripada Kluster PUI Sivagangga.

"Seminggu lagi boleh dilihat 'genomic sequence' sama ada ia adalah mutasi atau tidak. Setakat ini, Kementerian Kesihatan hanya bimbang berlaku mutasi," katanya pada sidang media COVID-19, di sini, semalam.

Selain penjagaan kesihatan awam, beliau berkata, kawalan sempadan juga perlu ditingkatkan kerana virus mutasi D614G turut dilaporkan di Eropah dan negara lain.

Virus itu dikatakan boleh meningkatkan kebolehjangkitan COVID-19 lebih 10 kali ganda dalam kalangan mereka yang tidak mematuhi SOP.

Dr Noor Hisham berkata, hasil tindakan kesihatan awam setakat ini, jangkitan Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang berjaya dikawal melalui pengesanan kes aktif serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Hingga kini, beliau berkata, penularan kluster itu belum dikesan di negeri lain dan ia dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa seminggu lagi. – BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register