Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 133 Mati, 111 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,095
Reaction score
10,376
Points
1,896
Berita Harian Online
4m ·
Keluar kawasan PKPD TEMCO beli barang di pasar raya. #BHNasional

Isnin, 10 Ogos 2020 | 6:46pm


TEMCO_DI_KAMPUANG_KUALA_SANGLANG_1597057321.jpg


Wanita bergelang PUI ditahan, kena kompaun



JITRA: Seorang wanita yang memakai gelang merah jambu dikesan keluar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dikompaun RM1,000 selepas didapati ingkar kuarantin di rumah.

Wanita berusia 30-an itu ditahan pihak pengurusan sebuah pasar raya di sini, selepas mendapati dia memakai gelang merah jambu ketika hendak membeli barang keperluan asas, beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata pihak pengurusan pasar raya itu kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, wanita itu memberi alasan tidak tahu bahawa dia sepatutnya membeli barangan di kawasan TEMCO saja kerana memakai gelang merah jambu.

"Kes itu disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Berkemungkinan besar dia keluar melalui lorong tikus kerana semua jalan besar ditutup dan ada lapan sekatan jalan raya (SJR) sejak 3 Ogos lalu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Ismail berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPD TEMCO dilaksanakan, sebanyak 82 kompaun dikeluarkan kerana kesalahan ingkar perintah itu di daerah ini.

Beliau berkata, individu yang memakai gelang merah jambu hanya dibenarkan keluar kira-kira satu kilometer di kawasan PKPD TEMCO dan jika melebihi had dibenarkan, mereka akan dikenakan tindakan.

"Seramai 224 anggota polis ditempatkan dalam penugasan Ops COVID yang turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Setakat ini, semua penduduk di tiga kawasan iaitu Napoh, Jitra dan Megat Dewa sudah menjalani ujian saringan kesihatan berikutan penularan kluster PUI Sivagangga di daerah ini bulan lalu," katanya.

Mohd Ismail berkata, sebelum ini ada penduduk yang takut untuk menjalani ujian itu kerana bimbang dikuarantin dalam tempoh yang panjang menyebabkan bekalan makanan habis.

Namun katanya, bekalan makanan terus dihantar oleh agensi berkaitan ke kawasan rumah penduduk yang terjejas.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,122
Reaction score
11,491
Points
2,376
Statistik Harian 10 Ogos 2020

1. Kes Baru: 11
2. Kes Sembuh: 19
3. Kes Kematian: 0
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,122
Reaction score
11,491
Points
2,376
FB_IMG_1597060526509.jpg

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan KKM kurang membuat ujian saringan #COVID19.

Data menunjukkan jumlah saringan oleh KKM bagi setiap 1,000 orang adalah setanding dengan negara Korea Selatan.

Jumlah ujian itu juga memadai kerana kes positif di negara kita kurang daripada 10%.

Mengikut piawaian WHO, jika kes positif melebihi 10% bermakna lebih banyak kes dan lebih banyak ujian perlu dilakukan.

Di Malaysia, kes positif 0.9% bermakna ujian yang telah dilakukan KKM adalah memadai.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,095
Reaction score
10,376
Points
1,896
Astro AWANI
4m ·
Bagaimanapun, perbincangan sedang dijalankan oleh Malaysia bersama syarikat dan negara-negara yang membangunkan vaksin tersebut.
#AWANInews #AWANI745

Malaysia tidak terpilih sebagai pusat ujian fasa ketiga percubaan vaksin COVID-19

Astro Awani |
Diterbitkan pada
Ogos 10, 2020 19:45 +08 | Durasi: 52 saat


Malaysia tidak terpilih sebagai pusat ujian fasa ketiga percubaan vaksin COVID-19

Dr Noor Hisham berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama syarikat dan negara-negara yang membangunkan vaksin COVID-19. - Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia tidak dipilih sebagai pusat ujian fasa ketiga percubaan klinikal vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama syarikat dan negara-negara yang membangunkan vaksin tersebut.

"Berhubung vaksin, perbincangan (dengan pihak berkaitan) masih berjalan, dan ketika ini kita memasuki fasa ketiga percubaan klinikal. Tetapi, Malaysia tidak terpilih sebagai pusat percubaan fasa ketiga.

"Ketika ini, kita mempunyai banyak soalan berbanding jawapan, sehingga kita melihat kepada data daripada aspek keselamatan fasa ketiga percubaan klinikal dan sebagainya.

"Bagaimanapun, (kita) menggalakkan (pembangunan) vaksin untuk terus dijalankan tetapi kami masih menunggu data keberkesanan vaksin tersebut," katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan enam vaksin percubaan COVID-19, termasuk tiga dari China, kini memasuki percubaan fasa ketiga.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan, tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan, dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,095
Reaction score
10,376
Points
1,896
Harian Metro
4m ·
#petrajaya #covid19 Rakyat Sarawak khususnya dari Zon 1 meliputi Kuching, Samarahan dan Serian bebas bergerak ke daerah lain tanpa perlu mendapatkan permit polis mulai Sabtu ini
https://www.hmetro.com.my/…/bebas-bergerak-antara-daerah-di…

Bebas bergerak antara daerah di Sarawak mulai 15 Ogos


DOUGLAS Uggah Embas pada sidang media harian perkembangan Covid-19 Sarawak hari ini. FOTO Mohd Roji Kawi

DOUGLAS Uggah Embas pada sidang media harian perkembangan Covid-19 Sarawak hari ini. FOTO Mohd Roji Kawi


RAKYAT Sarawak khususnya dari Zon 1 meliputi Kuching, Samarahan dan Serian bebas bergerak ke daerah lain tanpa perlu mendapatkan permit polis mulai Sabtu ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pihak industri pelancongan.

Beliau berkata, ia berikutan penurunan kes positif dan tiada jangkitan tempatan direkodkan di Sarawak dalam tempoh beberapa hari lalu.

"JPBN meneliti isu semasa kes positif di Sarawak selain berbincang dan mendapatkan pandangan dari sudut kesihatan serta ekonomi daripada KKM dan Industri Pelancongan.

"Selepas mengambil kira daripada perkara itu, JPBN dengan ini membenarkan pergerakan antara Zon di Sarawak tanpa perlumemohon permit daripada pihak polis berkuatkuasa 15 Ogos 2020," katanya.

Uggah yang juga Pengerusi JPBN berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di Petra Jaya, hari ini.

Sekatan perjalanan antara Zon 1 dan Zon 2 di Sarawak iaitu dari Kuching, Samarahan dan Serian ke sembilan lagi bahagian iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos lalu hingga 14 Ogos ini.

Langkah itu diambil susulan peningkatan semula kes positif di Kuching ketika gelombang kedua pandemik Covid-19 melanda pertengahan bulan lalu.

Sepanjang penguatkuasaan arahan itu, kenderaan yang tidak mempunyai surat kebenaran polis untuk merentasi antara zon akan diarah berpatah balik.
Sementara itu, tiada kes baharu dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini kekal sebanyak 681 kes.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 9:34 PM

 
Sponsored Post
Top
Log in Register