Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18 Mac-31 Dis, 133 Mati, 111 Kes Baru

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Harian Metro
13m ·
#kualalumpur #dewanrakyat Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, arahan itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah mencegah penularan pandemik itu.
https://www.hmetro.com.my/…/kluster-sivagangga-ahli-parlime…

Kluster Sivagangga: Ahli Parlimen dari kawasan berisiko perlu buat ujian Covid-19


PROSES sanitasi dijalankan di Klinik Kesihatan Napoh yang menjadi pusat ujian saringan Covid-19. FOTO Bernama

PROSES sanitasi dijalankan di Klinik Kesihatan Napoh yang menjadi pusat ujian saringan Covid-19. FOTO Bernama


AHLI Parlimen yang didapati hadir atau pulang kawasan berkaitan kluster 'super spreader' atau perebak utama di utara semenanjung Malaysia perlu membuat ujian Covid-19 sebelum hadir di dewan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, arahan itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah mencegah penularan pandemik itu.

"Ini penting kerana saya tahu Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB) pulang ke kawasan masing-masing.

"Sesiapa yang didapati pergi ke dalam kawasan yang diumumkan sebagai Emco (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) atau Temco (PKPD Secara Pentadbiran) atau semi Emco dan lokal Emco.

"Mana-mana YB yang pulang ke kawasan berkenaan maka mengikut arahan KKM, perlu dibuat ujian Covid-19 sebelum datang semula ke dewan. Saya minta parti Whip memberi penekanan terhadap semua ahli YB yang berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan sebelum memulakan sidang Dewan Rakyat, sesi pagi hari ini.

Selain itu, katanya, Ahli Parlimen bergejala juga disarankan menjalani saringan Covid-19.

"Seperti mana sedia maklum pada minggu lalu, satu kluster baharu yang berkemungkinan berpunca 'super spreader' dengan izin, sudah melanda di kawasan utara semenanjung Malaysia.

"Sehubungan itu sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekang penularan Covid-19 dan memastikan persidangan Dewan Rakyat terus berjalan lancar maka kumpulan berikut membuat ujian Covid-19," katanya.

Beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 selepas kewujudan Kluster Sivagangga yang berpunca daripada kegagalan pengusaha kedai nasi kandar di Napoh, Kedah mematuhi perintah kuarantin di rumah selepas pulang dari India.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 11:02 AM

 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,951
Reaction score
2,044
Points
201
Kita penduduk Melayu kene redha dgn kaum india :cool:


Kluster Sivagangga: Nak marah peniaga nasi kandar pun tak guna

"KEHIDUPAN penduduk berubah sejak kluster Sivagangga menular di Napoh hinggakan pergerakan penduduk di Kampung Natoi, Changlun terbatas selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran (Temco), 3 Ogos lalu.

"Kami hanya dibenarkan keluar pada jarak satu kilometer ke Pekan Napoh menyebabkan penduduk sukar membeli barangan," kata Zulkifli Md Isa, 58.

Penduduk Kampung Natoi itu berkata, mereka akur dengan arahan kerajaan melakukan kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas melakukan ujian calitan Covid-19.

"Penduduk memakai gelang merah jambu, jadi sudah tentu sukar buat kami berurusan di kawasan lain walaupun hanya untuk keluarkan wang di bank.

"Kasihan pada ibu bapa yang mempunyai anak kecil kerana sukar membeli susu sedangkan Temco tamat pada 30 Ogos ini dan tempohnya masih panjang," katanya ketika ditemui hari ini.

Zulkifli berkata, sebanyak 70 keluarga ada di Kampung Natoi dengan keseluruhan penduduk seramai 350 orang dan kebanyakannya sudah melakukan persediaan awal membeli barangan. Katanya, penduduk hanya mengharap bantuan dihantar pihak luar kepada mereka untuk meneruskan kehidupan harian kerana mereka tidak dapat keluar seperti biasa.

"Penduduk di sini kebanyakannya penoreh getah dan pesawah menyebabkan mereka tidak dapat keluar bekerja dan mengharap sumbangan harian terutama yang mempunyai keluarga ramai," katanya.

Sementara itu, Muna Ishak, 43, berkata, sebelum ini dia hanya menonton televisyen berkaitan penduduk di negeri lain menjalani ujian saringan akibat Covid-19.

Namun katanya, apabila ia berlaku di kampung sendiri, dia sedih dan kecewa kerana disebabkan hanya seorang individu ingkar kuarantin di rumah, orang lain pula terkena kesannya.

"Saya dan suami serta lima anak sudah melakukan ujian calitan dan memakai gelang merah jambu untuk kami kuarantin wajib di rumah 14 hari.

"Nak marah kat peniaga nasi kandar tu pun tak guna sebab benda nak jadi. Tak boleh buat apa, cuma berharap semua penduduk perlu buat saringan," katanya.

orang utara suka makan lauk kari.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,122
Reaction score
11,491
Points
2,376
PKPP: Caj kuarantin wajib di ILA dikurangkan dari RM150 kepada RM100 sehari, caj hotel kekal - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri

TEMCO Kuala Sanglang, Kampung Tanah Timbul bermula 10 hingga 31 Ogos libatkan 191 rumah, 872 penduduk - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri

Semua pejabat kerajaan dan sekolah yang terletak dalam kawasan TEMCO di Kuala Sanglang, Perlis ditutup - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri

Kerajaan negeri diingatkan agar tidak mendahului kerajaan persekutuan dalam membuat peraturan berkaitan Akta 342 - DS
@IsmailSabri60

Ujian saringan COVID-19 akan dijalankan ke atas semua penduduk dalam kawasan TEMCO di Perlis - DS
@IsmailSabri60
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Malaysia Gazette
3m ·
Cadangan itu bertujuan meringankan beban rakyat.
#KKM #malaysiagazette

Pakai purdah tidak perlu pelitup muka dalam kajian KKM


10 August 2020

MGF20032020_TINJAUAN-ROHINGYA11-681x454.jpg

Foto hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan menyenaraikan beberapa bentuk pemakaian untuk dikaji oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada boleh dijadikan sebagai pelitup muka atau sebaliknya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara cadangan itu ialah perempuan yang berpurdah tidak perlu lagi memakai pelitup muka, termasuk kain selendang dan penutup kepala boleh dijadikan topeng menutup hidung dan mulut.


Katanya, beliau telah kemukakan cadangan itu dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pagi ini dan KKM telah mengambil maklum untuk membuat kajian.

Selain itu, kata beliau, dalam mesyuarat itu juga pihaknya telah membangkitkan mengenai pelitup muka untuk murid dan pelajar, yang dicadangkan menggunakan kain yang dijahit bagi penggunaan secara berulang.

MGF040720_HARI-MENGUNDI_35-1024x683.jpg

Ismail Sabri Yaakob

“Saya sudah bangkitkan dalam mesyuarat khas ini. Saya cadangkan kain yang dijahit sebagai pelitup muka itu boleh dibasuh dan dipakai berulang kali. Ini bagi menjimatkan kos mungkin keluarga B40 tidak mampu membelinya setiap hari.

“Kita minta KKM buat kajian dahulu. Kita mahu pelitup muka itu hanya dibeli sekali dan digunakan berulang kali untuk tempoh sebulan atau dua bulan.

“Selepas guna, mereka tidak perlu buang atau tukar, sebaliknya cuci sahaja,” katanya pada sidang media khas mengenai Covid-19 di sini, hari ini.

Mengenai cadangan penggunaan purdah dan selendang, Ismail Sabri berkata, apa yang cuba dilakukan kerajaan itu adalah bertujuan untuk memudahkan rakyat menutup muka dan tidak membebankan sumber kewangan mereka.



Berhubung kluster Sivagangga, beliau menyatakan, kerajaan telah memberi kuasa dan budi bicara kepada polis menerusi Akta 342 untuk menjalankan tugas memastikan rakyat di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran itu mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada polis. Dalam akta itu, setiap yang langar SOP boleh dikenakan denda atau dihadapkan ke mahkamah. Ini (hukuman) ini biar polis tentukan.
“Bagi mereka yang melanggar perintah keluar dari kediaman pula, jika ada kes, ia akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada had bagi penduduk yang dikenakan PKPD Secara Pentadbiran, seperti rentas negeri atau sebagainya.

Katanya, larangan dan penguatkuasaan itu dibuat secara berfokus dan bersasar, iaitu di kawasan yang ada positif Covid-19 sahaja di sekat, bukan seluruh negeri Kedah atau Perlis. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Astro AWANI
2m ·
Majlis Daerah Kubang Pasu telah membatalkan lesen perniagaan kedai terbabit.
#AWANInews #AWANI745

Nasi Kandar Salleh tidak dibenarkan kembali beroperasi

Astro Awani |
Diterbitkan pada
Ogos 10, 2020 18:36 +08 | Durasi: 1 minit, 12 saat


Nasi Kandar Salleh tidak dibenarkan kembali beroperasi

Pemilik restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut ditentukan selepas TEMCO. - Gambar fail
JITRA: “Tiada lagi Nasi Kandar Salleh.”

Itu penegasan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, selepas kerajaan negeri mengambil tindakan tegas ke atas pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh itu untuk tidak membenarkan premis itu kembali beroperasi.

Menurut beliau, premis terbabit sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut ditentukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) tamat pada 30 Ogos ini.

Muhammad Sanusi berkata, Majlis Daerah Kubang Pasu juga telah membatalkan lesen perniagaan kedai terbabit

Dalam masa sama, katanya, beliau memahami banyak pihak tidak berpuas hati dengan pemilik premis terbabit.

Bagaimanapun, kerajaan negeri katanya, bertanggungjawab memastikan pelaksanaan TEMCO berjalan lancar terlebih dahulu.


"Berkaitan dengan kedai (nasi kandar) Salleh ini sudah diarah tutup. Saya dengar tidak ada tempoh untuk dibuka balik, saya juga difahamkan akan diambil tindakan lain (termasuk) disita dan tidak akan dibuka lagi, kata beliau.

Muhammad Sanusi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bantuan (PKOB) TEMCO Kubang Pasu di Dewan Tunku Anum Kubang Pasu, hari ini.

Sebelum ini, TEMCO terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah susulan kewujudan Kluster Sivagangga, berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar di Napoh itu yang didapati positif COVID-19 selepas pulang dari India.

Sehingga hari ini seramai 3,400 penduduk di kawasan itu serta kontak rapat kluster PUI Sivagangga telah melakukan saringan COVID-19.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register