Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 700 Mati, 3585 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,402
Reaction score
11,963
Points
2,376
IMG_20201124_205419_524.jpg

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 232 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 26,619 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) kes di Daerah Lahad Datu dan satu (1) kes di Daerah Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 833 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 19,721 orang. Manakala, seramai 2,266 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 671 orang di hospital dan 1,595 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 79 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning. Manakala Daerah Beluran berubah dari zon jingga ke zon merah.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 232 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 96 kes (41.38%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Lahad Datu, Beluran dan Kota Belud yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 136 kes adalah dari lain-lain kategori.

Maklumat lanjut di https://command.sabah.gov.my
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Jangan Terjerat Auta Anti-Vaksin

Dunia mengalami perubahan besar disebabkan oleh satu virus yang diberi nama C0VID-19, kini seluruh dunia tidak sabar menantikan kemunculan penawar tersebut. Mengikut laporan dari sinar harian. Beberapa syarikat telah mengeluarkan laporan bahawa vaksin yang dihasilkan syarikat mereka sudah mencapai lebih 90 peratus kejayaan. Bagaimanapun, golongan anti-vaksin atau dikenali sebagai anti-vaxx yang wujud dalam kalangan kita amat membimbangkan.

Golongan itu jelas menolak sebarang vaksin untuk mengubati penykit yang kini sudah membnuh seramai 1,395,296 orang di seluruh dunia. Kita juga amat bimbang sekiranya peperangan untuk melawan penykit itu tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Jika kita imbas sejarah lama, cacar air adalah salah satu daripada penykit dunia yang secara rasminya diisytiharkan pupus sejak 8 Mei 1980.

Ia merupakan hasil usaha kerjasama antarabangsa mencari, mengkaji dan menyediakan vaksin yang berupaya mencegah penularan penykit tersebut sehingga membawa kepada kejayaan. Vaksin merupakan proses memasukkan bakteria atau virus tertentu yang telah m4ti dan dilemahkan sebelum dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan. Apabila sistem imunisasi badan berjaya mengesan virus, ia akan segera bertindak mengh4pus dan menceg4h daripada berulang.

Namun, perkara paling penting dalam hal vaksin itu adalah untuk mewujudkan herd immunity iaitu apabila orang yang divaksin itu berjaya menjadi pelindung kepada golongan yang tidak divaksin. Jika ramai orang yang divaksin, maka perlindungan menjadi lebih kebal. Satu-satu kelompok itu akan kebal daripada ancman penykit. Apabila hampir semua masyarakat sedar dan menerima vaksin, maka penykit tidak lagi mampu menyerang kerana perlindungan kebal yang diwujudkan sesebuah masyarakat.

Masyarakat perlu sedar bahawa itulah tujuan wujudnya vaksin. Vaksin bukan untuk kebaikan diri kita sahaja tetapi untuk ahli masyarakat yang lain juga. Jangan disebabkan terlalu terikut-ikut dengan propaganda anti-vaxx yang penuh dengan auta dan penipuan, maka kita terus menafikan manfaat-nya. Sehubungan itu, jadilah orang yang cerdik. Bertanyalah kepada yang pakar, bukannya terus dapat dan sebarkan perkara yang tidak tahu betul atau salah sehingga mengelirukan ramai orang.

1.jpg


Artikel Bebas
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,025
Reaction score
21,129
Points
1,671
Najib Razak
4 h ·
Memandangkan jumlah kes baru Covid di Sabah masih tinggi, saya kurang senang dengan pengumuman mengejut petang tadi bahawa mereka yang pulang ke Semenanjung Malaysia dari Sabah tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari.
Saya harap Kementerian Kesihatan akan menjelaskan keputusan ini.
Walaupun jumlah kes baru Covid di Sabah menunjukkan trend menurun sejak minggu lepas tetapi jumlah kes yang dikesan dari kategori "lain-lain saringan" masih tinggi.
Pada saya "lain-lain saringan" ini yang paling bahaya kerana ia adalah kes yang tidak berkait dengan mana-mana kluster yang sudah dikenal pasti dan setiap kes dari kategori ini mampu melahirkan sebuah kluster baru.
Biasanya ianya terdiri dari saringan begejala di mana orang yang sakit setelah dijangkit meminta rawatan.
Ianya bukan hasil dari pengesanan secara aktif bagi kluster sedia ada atau untuk kontak hubungan rapat.
Kita tengok jumlah kes baru di Sabah sejak lima hari lalu.
19 Nov (Khamis): 660 kes baru (98 lain-lain saringan)
20 Nov: 512 kes baru (119 lain-lain saringan)
21 Nov: 346 kes baru (155 lain-lain saringan)
22 Nov: 311 kes baru (114 lain-lain saringan)
23 Nov: 289 kes baru (73 lain-lain saringan)
Sebagai contoh, biarpun Selangor mencatat jumlah kes baru yang sangat tinggi semalam berbanding Sabah, jumlah kes dari kategori "lain-lain saringan" adalah 27 berbanding 73 di Sabah.
Maka soalan paling asas ialah jika ianya wajar untuk melonggarkan SOP untuk tidak lagi memerlukan kuarantin wajib 14 hari bagi pelawat dari Sabah memandangkan Sabah masih mencatat jumlah paling tinggi dalam kategori lain-lain saringan?
Saya bersangka baik bahawa perubahan syarat hari ini adalah berasas dan tidak ada kena-mengena dengan kepentingan politik memandangkan ada ahli-ahli parlimen yang masih berada di Sabah yang mungkin dihalang untuk mengundi bagi bajet 2021.
Jika ianya benar, saya lebih rela hari mengundi bagi bajet 2021 ditunda.
Bagi saya, Malaysia tidak mampu lagi dijejaskan hanya kerana kepentingan politik dan kita tidak boleh mengulangi kesilapan-kesilapan dahulu di mana MKN tertunduk kepada kehendak BERSIH dan Teresa Kok dan membuat keputusan bahawa mereka yang pulang dari Sabah sebelum hari mengundi PRN Sabah tidak perlu disaring atau dikuarantin.
Akibatnya, gelombang ketiga tercetus di seluruh negara sehingga hari ini.
Setiap keputusan yang melibatkan kesihatan Rakyat dan ekonomi negara perlu berpandu pada sains - bukan berdasarkan kepentingan politik.
Saya amat harap Kementerian Kesihatan akan menjelaskan keputusan hari ini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,025
Reaction score
21,129
Points
1,671
Najib Razak
5 h ·
Ini keadaan trafik udara pada pukul 3pm tadi.
Jika Covid terkawal dalam sesebuah negara, sektor perniagaan dan pelancongan domestik mampu memulih sedikit biarpun kes Covid seluruh dunia masih meningkat.
Tak sabar menanti hari untuk Malaysia pulih sepenuhnya seperti dahulu di mana KLIA merupakan lapangan terbang ke-21 paling sibuk dalam dunia.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Top Glove Tutup Sementara 16 Kilang

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Top Glove Corporation Bhd menutup sementara operasi 16 daripada 28 kilangnya di Klang, Selangor sejak 17 November lalu. Penutupan itu dibuat pada hari sama kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja kilang berkenaan. Dalam satu kenyataan petang tadi, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu berjanji akan membantu mengekang wabak yang menular di kalangan pekerjanya.

Ini selepas kerajaan mengarahkan syarikat itu menutup semua 28 kilangnya di Klang secara berperingkat setelah 1,067 pekerjanya diuji positif Covid-19 semalam. Kluster Teratai yang dikaitkan dengan Top Glove menyaksikan 1,511 kes baru hari ini, menjadikan Selangor negeri dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi.

"Top Glove ingin meyakinkan pihak berkepentingan bahawa kami komited untuk melakukan peranan kami bagi membantu mencegah penyebaran Covid-19 di samping menyokong keperluan pelanggan, pekerja, rakan niaga dan komuniti. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung kilang kami di Meru, Klang dan juga melakukan ujian saringan terhadap tenaga kerja di kilang kami di sana," kata pembuat sarung tangan itu.

Selain menghentikan sementara pengeluaran di 16 kilang di Meru, syarikat itu berkata 12 lagi kilangnya beroperasi dengan kapasiti yang jauh lebih rendah.

"Kami menjangkakan kelewatan dalam beberapa penghantaran sekitar dua hingga empat minggu dan juga jangka masa yang lebih lama untuk pesanan," katanya.

Top Glove menjaka ia akan memberi kesan tiga peratus terhadap jualan tahunan bagi tahun kewangan 2021. Syarikat itu juga mahu meminimumkan impak kepada pelanggannya dengan menghantar pesanan jualan ke kilang-kilang yang tidak terjejas dan menjadualkan semula penghantaran.

"Kami ingin menyatakan kepada pelanggan bahawa kami bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang tempoh ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan berterusan pekerja dan masyarakat setempat, yang tetap menjadi keutamaan kami," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552369
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Petugas PKPD Medan 88 Jalani Saringan Covid-19

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Kesemua 138 petugas daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi dekat Sepang, menjalani saringan COVID-19 hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan berkata daripada jumlah keseluruhan petugas yang menjalani saringan COVID-19 itu, 67 daripadanya adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata mereka yang turut menjalani saringan COVID-19 terdiri daripada 19 petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 16 petugas Jabatan Sukarelawanan Malaysia (RELA), Pejabat Daerah Sepang (13 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (18) dan Jabatan Penerangan (lima).

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.

Katanya, sejak PKPD dilaksanakan pada 12 Nov, seramai 43 penduduk Medan 88 yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu dikenakan PKPD tampil menyerah diri.

Jumlah berkenaan membabitkan 32 lelaki dan 11 wanita, terdiri daripada 14 warga tempatan (11 lelaki dan tiga wanita); 19 warga Indonesia (15 lelaki dan empat wanita); tujuh Thailand (tiga lelaki dan empat wanita) dan masing-masing satu (Myanmar, India dan Nepal).

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552362
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Klang Catat 1,537 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Di Selangor

24.11.2020 - Shah Alam, Klang terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu 1,537 kes pertambahan 390 kes berbanding 1,122 kes semalam. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 1,512 kes dikesan di mukim Kapar sementara 25 lagi mukim Klang. Jabatan itu berkata Petaling merekodkan 31 kes, dengan 16 daripadanya di Damansara, Bukit Raja (11) dan Sungai Buloh dua kes membabitkan warganegara manakala dua lagi kes import.

“Daerah Hulu Langat pula mencatatkan 29 kes iaitu mukim Kajang (20), Ampang dan Cheras masing-masing tiga diikuti Semenyih (dua) dan mukim Hulu Langat satu. Sementara 11 kes di Kuala Langat melibatkan Tanjung Dua Belas (lapan), Batu (dua) dan Telok Panglima Garang (satu),” lapor JKNS menerusi Facebook.

JKNS berkata Gombak pula mencatatkan sembilan kes iaitu empat kes di Batu diikuti Setapak (dua) dan masing-masing satu di Hulu Kelang, Kuang dan Rawang. Selain itu, menurutnya Sepang pula merekodkan empat kes iaitu dua di Labu dan satu kes di Dengkil serta mukim Sepang sementara Kuala Selangor juga mencatatkan dua kes iaitu di Jeram.

Berikut maklumat kes Covid-19 di Selangor pada 24 November 2020 :

Jumlah kes positif: 1,623 (1,621 tempatan, dua import)
Jumlah kes sembuh: 299
Jumlah kes kematian: Tiada

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/klang-catat-1537-kes-baharu-covid-19-tertinggi-di-selangor/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Kes Baharu Covid-19 Meningkat, Terus Patuhi SOP

24.11.2020 - Shah Alam, Dato’ Menteri Besar meminta orang ramai berwaspada dan terus patuhi tatacara operasi piawai (SOP) susulan kes peningkatan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemilik premis juga perlu sentiasa menyediakan kemudahan 3S iaitu sanitasi tangan, suhu diperiksa dan kod imbasan SELangkah bagi memudahkan pengunjung.

“Dengan peningkatan kembali kes baharu Covid-19 di Selangor dan Malaysia, kita harus lebih berwaspada dan mengambil tindakan agar rangkaian jangkitan dapat diturunkan. Pemilik premis harus memaklumkan para pengunjung mereka mengenai SOP ditetapkan agar kesejahteraan terjamin. Penyediaan cecair sanitasi, termometer untuk mengimbas suhu dan kod QR SELangkah wajib disediakan. Bersama kita mampu putuskan rangkaian jangkitan Covid-19,” katanya menerusi Twitter.

Hari ini Selangor mencatatkan kes Covid-19 tertinggi iaitu 1,623 membabitkan 74.2 peratus daripada keseluruhan bilangan 2,128 kes direkodkan di seluruh negara. Kes tertinggi itu dikesan daripada Kluster Teratai berkait pekerja kilang Top Glove dengan mencatatkan 1,522 kes iaitu 93.1 peratus jumlah keseluruhan kes di Selangor. Malaysia merekodkan kes baharu harian tertinggi hari ini iaitu 2,188 berbanding 1,884 semalam.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/mb-kes-baharu-covid-19-meningkat-terus-patuhi-sop/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register