Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 678 Mati, 3446 Kes Baru

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
Noradilah_Rani-25_1611567884.jpg

Noradilah Rani bersama anak-anaknya di Pangsapuri Desa Dato' Hajah Hasanah, Johor Bahru. - NSTP/Zain Ahmed

Genap setahun COVID-19, balu mangsa mahu bangkit

JOHOR BAHRU: "Saya sentiasa berdoa wabak COVID-19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu," kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID-19.

Noradilah Rani, 33, berkata selepas kematian suaminya, Mohammad Yusof Haron, 34, pada 17 Mac tahun lalu akibat pendemik COVID-19, tanggungjawab membesarkan enam anak berusia setahun hingga 11 tahun digalas sepenuhnya.

Noradilah yang sebelum ini hanya seorang suri rumah berkata, beliau seperti menerima tamparan hebat apabila suaminya meninggal dunia akibat dijangkiti wabak itu.

Katanya, selain Allahyarham suaminya, beliau bersama empat anaknya, turut dijangkiti wabak itu, namun mereka kembali pulih selepas dikuarantin selama lebih dua minggu.

Beliau kini berniaga ayam gunting dan minuman secara kecil-kecilan di Jalan Antoi, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Jun lalu, juga mahu bangkit bersama semangat baharu bagi membesarkan enam anaknya.

"Walaupun terasa perit kerana kini perlu menjadi nadi keluarga, saya akan terus berusaha meningkatkan pendapatan keluarga dengan sedikit bakat memasak yang dikurniakan Allah.

"Saya tidak menjangka wabak ini akan berlarutan sehingga genap setahun hari ini (semalam) dengan kehidupan kita sudah berubah mengikut norma baharu sepanjang masa.

"Selain berniaga ayam gunting dan minuman secara kecilan, saya juga akan mula menghasilkan biskut dan roti bagi jualan sebagai menambah pendapatan.

"Alhamdulillah, kerajaan Johor ada menyumbang oven dan pembancuh kuih dan roti bagi saya memulakan perniagaan membuat kuih dan roti.

"Saya juga bersyukur kerana permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah diluluskan bagi menambah pendapatan perbelanjaan membesarkan anak-anaknya," katanya ketika dihubungi.

Pada 17 Mac lalu, suami Noradilah, Mohammad Yusof, meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 dan dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bahru.

Mohammad Yusof adalah pesakit COVID-19 pertama meninggal dunia di Johor dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Surau, Kampung Dato' Hajah Hasanah, di sini.

Sementara itu, Noradilah turut berharap masyarakat patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) terutama pemakaian pelitup muka.

Katanya, sebagai bekas mangsa yang pernah dijangkiti COVID-19 bersama empat anaknya, pengalaman berkenaan mengajarnya erti kesabaran selain memastikan SOP sentiasa dipatuhi.

"Saya masih fobia dengan wabak ini dan cukup menjaga anak-anak supaya tidak keluar rumah tanpa pemantauan atau sesuka hati," katanya.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,021
Reaction score
4,386
Points
601
Status Terkini #COVID19, 25 Januari 2021
Kes sembuh=3,638
Jumlah kes sembuh=145,084 kes
Kes baharu positif=3,048 kes (3,040 tempatan, 8 import)
Jumlah positif=186,849
Kes kematian=11
Jumlah kes kematian=689 kes
Kes dirawat di ICU=261 kes
Bantuan Alat Pernafasan=101

EskZvp4U0AInY_L.jpg
 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
12,725
Reaction score
57
Points
130
kalau extend juga pkp ni, sebenarnya takde lah kerajaan rasa sukar sangat utk laksanakan pkp 2.0 ni


pasni buat pkpb pkpd bersasar je
tak perlu buat pkp total lockdown bagai
yes CMM..better tukar ke PKPB dll shj dr PKP sbb mental kita telah di train dr PKP 1.0 adalah total lockdown semua aktiviti xboleh dilaksanakan ddk ajelah di rumah. maybe lah..mcm sy ckplah "maybe be" rakyat xdelah mrh sgt bila bersasar atau pemulihan ke..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register