Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 667 Mati, 4275 Kes Baru

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,656
Reaction score
1,400
Points
201
Kilang dragon
Sekor melayu pun tak brani kacau

Kilang haram pon sah2 x bayar cukai apa semua pon berpuluh tahun baru nak amik tindakan.. nikan plak kilang halal sumbagan cukai beratus juta .. sape brani
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Sujita Soorian

7m ·

TERKINI: Seorang lagi pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau IIUM kampus gombak didapati positif COVID19 semalam.
Sebelum ini kes dilaporkan pada 30 Oktober yang lalu. Situasi di universiti terkawal dan langkah pencegahan dan berjaga-jaga telah diambil.
 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,485
Reaction score
211
Points
43
Kilang dragon
Sekor melayu pun tak brani kacau

Adun Meru call nak bercakap dengan pengurusan TG pasal isu kluster depa tak layan..
Penduduk sampai naik kain rentang & buat petisyen baru pkpd nak buat..
Nak kate bagi banyak sumbangan kat penduduk Meru tak perasan ape dia..
Bile sembang ngan NGo Ngo dalam meru paling2 TG bagi glove bila mintak sumbangan

Kilang Kossan yang kecik tu tokey ye rajin bagi beras & kewangan bile NGO mintak sumbangan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
1606281610302.png


ULASAN | Kenapa kes Covid-19 masih tinggi walaupun PKPB?
Chew Kah Teik
Diterbitkan Hari ini 1:08 pm

Dikemaskini Hari ini 1:09 pm



Malaysia secara rasminya mencatat sebanyak 58,847 kes Covid-19, setakat semalam (24 Nov).
Negara kita yang pernah isytihar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara negara yang berjaya mengawal penularan Covid-19 pada Mac 2020, nampaknya tidak berjaya dalam pengawalan gelombang ketiga.
Persoalanya, apakah punca utama yang menyebabkan kita gagal dalam usaha memerangi pandemik tersebut?

Pastinya kebanyakan kita berpendapat pilihan raya Sabah merupakan faktor utama penularan gelombang Covid-19 di negara kita.
Oleh yang demikian, kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 14 Oktober di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan seterusnya di semua negeri di semenanjung pada 9 November (kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang).

Namun begitu, kes-kes Covid-19 masih berleluasa, dan telah mencatat rekod jumlah kes harian tertinggi, sebanyak 2,188 kes pada 24 Nov!

Apa yang telah berlaku sehingga kes Covid-19 semakin tinggi walaupun kita masih dalam PKPB? Adakah masyarakat telah leka?

Terdapat segelintir masyarakat yang mula mempersoalkan keberkesanan PKPB mengawal penularan Covid-19.
Pada pendapat saya, dua faktor utama yang menyumbangkan kepada penularan Covid-19, iaitu kekurangan kesedaran tanggunjawab individu dan kekurangan keberkesanan pihak penguat kuasa.

1. Kurangan kesedaran terhadap tanggungjawab individu
Setiap individu memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penularan pandemik ini.

Kesedaran tanggungjawab dan disiplin diri yang tinggi perlu dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat kita, dan merupakan pengerak utama masyarakat mematuhi peraturan dan standard operasi piawai (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pentadbir.

Namun, masyarakat kita nampaknya kekurangan kesedaran tanggungjawab dan disiplin individu yang tinggi.

Setiap hari, ratusan individu yang didenda sebab melanggar peraturan atau SOP. Ini merupakan punca utama kegagalan kita memutuskan rantai jangkitan Covid-19 di negara kita.

Sebagai contoh, masih terdapat segelintir individu yang enggan memakai pelitup muka walaupun mereka memahami tentang kepentingannya dalam usaha mencegah jangkitan Covid-19.

PKPB telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai usaha memilih titik keseimbangan antara kesihatan rakyat, kebebasan individu dan ekonomi negara.

Tetapi, ramai yang telah menyalahgunakan kebebasan yang diberikan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Kesemua ini berpunca daripada kekurangan kesedaran tanggungjawab individu. Ini telah menyebabkan PKPB gagal mengawal pergerakan individu dan justeru itu gagal mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sepatutnya setiap pelosok masyarakat harus mamahami dan ikut nasihat ketua pengarah kesihatan yang sentiasa menyeru kita duduk di rumah, dan hanya keluar apabila ada urusan penting sahaja; dan mematuhi SOP apabila berada di tempat awam.

Dengan ini, pastinya kita akan berjaya memutuskan rantai jangkitan Covid-19 di negara kita. Namun, adakah setiap rakyat mengikuti nasihat tersebut?

Kegagalan individu mematuhi SOP di tempat kerja merupakan faktor utama penularan kes Covid-19 di kalangan masyarakat kita.

Kesemua ini berpunca daripada tiada disiplin dan tanggunjawab individu.

Setakat ini, sebanyak 119 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja dan 89 masih aktif sehingga kini. Kesemua kluster tersebut melibatkan kumulatif kes seramai 12,079 kes.

Sekiranya kluster yang berkaitan dengan tempat kerja tidak berlaku, pastinya kumulatif kes Covid-19 negara akan rendah.

2. Kekurangan keberkesanan pihak penguat kuasa

Keberkesanan pihak penguat kuasa adalah penting dalam usaha mencegah penularan pandemik ini, terutamanya di kalangan masyarakat kita yang kekurangan kesedaran tanggungjawab dan disiplin individu.

Namun, terdapat banyak kekurangan pihak penguat kuasa kita yang menyebabkan kegagalan usaha kita memutuskan rantai jangkitan pandemik.

Pihak penguat kuasa yang memilih kasih dan tidak tegas merupakan faktor utama yang menyumbang kepada ketidakberkesanan penguat kuasa peraturan yang telah ditetapkan.

Terdapat individu yang bertaraf VIP telah diberi kelonggaran tertentu, seumpamanya terlepas kuarantin yang sepatutnya dilaksanakan.

Ini memberi suatu teladan yang tidak baik dan gagal memberi pengajaran yang sewajarnya kepada masyarakat kita.

Persoalannya, adakan rakyat akan mematuhi peraturan dan SOP sekiranya terdapat double standard dalam penguatkusasaan undang-undang?

Kegagalan pihak penguat kuasa mengenal pasti potensi penularan jangkitan Covid-19 di kluster Teratai menyumbang kepada peningkatan kes.

Kuster tersebut telah dikenal pasti pada 7 November dan langkah yang tegas tidak diambil dengan sewajarnya.

Setakat kini, seramai 4,036 kes dikesan positif daripada 5,777 saringan daripada kluster tersebut.

Sepatutnya tindakan yang lebih tegas perlu diambil dari awal, seperti PKPD, saringan lebih awal pekerja industri yang terlibat, dan mengetatkan SOP industri tersebut.

Semoga kita dapat memutuskan rantai jangkitan Covid-19 dengan azam yang kuat, dengan syarat setiap pelapis masyarakat memainkan peranan masing-masing dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

Semoga segala pengorbanan masa dan tenaga barisan hadapan, terutamanya barisan penjaga kesihatan, dapat diberkati oleh hasil kejayaan memutuskan rantai jangkitan Covid-19 di negara kita.

DR CHEW KAH TEIK ialah pensyarah perubatan dan pakar obstetrik dan ginekologi daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Koperal Baharuddin Selamat Di Semadikan

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.


KEDIAMAN

Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Sabah

- Mereka yang hadir ke acara memperingati si mati pada 15 November dan pengkebumian pada 17 Nov di kampung ini digesa membuat ujian saringna.
- Saringan percuma akan dibuat Kementerian Kesihatan di dewan komuniti bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, hari ini.

Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah
- Mereka yang hadir ke kenduri arwah di kampung ini pada 17 Nov digesa membuat ujian saringan.
- Saringan percuma akan dibuat Kementerian Kesihatan di dewan komuniti bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, hari ini.

Menara Duta, Taman Desa Segambut, Kuala Lumpur
- Satu kes positif dikesan di kondominium ini, menurut notis pihak pengurusan Ahad lalu.
- Semua kawasan umum telah dibersihkan dan perkumpulan tidak lagi dibenarkan di kawasan kolam renang dan kafe.

Kondominium Royal Ragent, Jalan Kuching, Kuala Lumpur
- Seorang penduduk Blok A disahkan positif pada 23 Nov, menurut notis pihak pengurusan.
- Kerja pembersihan dan nyahkuman telah dibuat di kawasan umum dan pihak pengurusan akan mengambil khidmat pembersihan profesional untuk pembersihan selanjutnya.


PUSAT REKREASI

Royal Lake Club, Kuala Lumpur

- Seorang peserta kelas yoga yang dibuat antara jam 6.15 petang hingga 7.15 petang pada 17 Nov disahkan positif pada 23 Nov, kata kelab itu.
- Pada hari itu, individu itu tiba di kelab pada 5.30 petang dan menggunakan bilik persalinan perempuan dan mengambil tuala pada pukul enam petang.
- Selepas kelas tamat, dia memesan sate di laluan pejalan kaki, makan bersama jurulatih dan beredar pada pukul 8.15 malam. Itu kali terakhir dia ke sana.
- Setakat ini, dua lagi peserta telah dikesan positif manakala seorang lagi peserta dan jurulatih sedang menunggu keputusan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552448
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Kebanyakan yang hadir dalam majlis sosial itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Exco Johor

Kenduri, program rumah ibadat punca Covid-19 meningkat di Johor

25 November 2020



1606289194006.png

Kebanyakan yang hadir dalam majlis sosial itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Gambar hiasan. Gambar kecil:R Vidyananthan


JOHOR BAHRU - Kebanyakan kes positif koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan di Johor kebelakangan ini tersebar menerusi majlis sosial seperti kenduri dan program di rumah ibadat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, kebanyakan yang hadir dalam majlis sosial itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kita dapati mereka tidak lagi mengelakkan 3S iaitu mengelakkan pergaulan di kawasan sempit, mengelakkan keadaan sesak dan mengelakkan sembang rapat.



"Situasi Covid-19 masih lagi membimbangkan, masyarakat dinasihatkan kurangkan aktiviti sosial tidak mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko penularan dalam kalangan keluarga dan kenalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, peningkatan kes yang dilaporkan sehingga kini masih lagi disebabkan pencarian kes secara aktif (ACD) dan pemerhatian aktiviti ACD mendapati kerap berlaku kes bergejala tidak mendapatkan rawatan dengan segera.
"Terdapat 19 kes baharu dilaporkan semalam di negeri ini iaitu lima kes daripada kluster sedia ada, sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan lima kes daripada lain-lain saringan.


"Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 1,119 kes, manakala 952 kes pulih iaitu 85 peratus daripada jumlah keseluruhan kes selain 132 kes aktif yang kini diberikan rawatan di hospital," katanya.
Katanya, terdapat satu kluster baharu dilaporkan di Johor sejak kelmarin iaitu Kluster Kobena yang melibatkan daerah ini.
"Kes indeks adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang dilaporkan positif pada 20 November lalu dan sehingga semalam 150 individu disaring termasuk 15 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
"Ini menjadikan 10 kluster yang aktif di Johor sehingga semalam melibatkan Kluster Kobena (mukim Tebrau), Kluster Kota Kecil (mukim Kota Tinggi), Kluster Makmur (mukim Kulai), Kluster Kiambang (mukim Tenggaroh) dan Kluster Parit Kassan (mukim Grisek).
"Termasuk Kluster Jeri (mukim Sedili Besar), Kluster Meldrum (mukim Kota Tinggi), Kluster Bayu (mukim Bandar), Kluster Kempas (mukim Tebrau) dan Kluster Padang (mukim Ulu Sungai Johor)," katanya.


Vidyananthan berkata, pengesanan kontak rapat dan ujian Covid-19 masih lagi giat dijalankan pejabat kesihatan daerah terlibat.
Sementara itu, menurutnya, seramai 2,437 menggunakan skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan 14,227 menggunakan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi kemasukan dari Singapura sehingga semalam.
"Jumlah kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pengguna skim itu kekal sebanyak tiga kes," katanya.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Asrama Pekerja Top Glove Teruk, Akan Ambil Tindakan

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Sumber Manusia M Saravanan menyifatkan keadaan asrama pekerja yang disediakan syarikat sarung tengan Top Glove adalah teruk. Saravanan berikrar untuk mengambil tindakan tegas dan “semuanya” bakal diselesaikan dalam masa seminggu.

“Saya sudah ke asrama dan keadaan amat teruk. Pegawai saya diarah untuk bertindak secara sepenuhnya (full force) kerana ini perkara besar, (melibatkan) koloni pekerja warga asing yang mudah terjejas. Jika kita tidak bertindak, kluster ini mungkin jadi tidak terkawal. Jabatan Tenaga Kerja akan memastikan majikan bertanggungjawab atas keadaan tempat tinggal pekerjanya dan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang,” katanya seperti dipetik The Star.

Portal tersebut melaporkan bahawa Saravanan turut berkongsi beberapa gambar dan video asrama yang nampak sesak dan tidak bersih. Dia juga ke kediaman pekerja tersebut beberapa hari lalu bersama pihak Jabatan Tenaga Kerja. Asrama pekerja dan kilang tersebut di Meru, Selangor merupakan punca kluster Teratai yang pada semalam saja mencatatkan 1,511 kes positif.

Setakat ini, terdapat 4,036 kes positif dalam kluster itu. Terdahulu, Saravanan telah mengunjungi tempat tinggal pekerja Top Glove pada Ogos lalu. Pada bulan sebelumnya, dia menyatakan ada beberapa kelemahan berhubung tempat tinggal mereka yang boleh ditambah baik. Ia susulan arahan sekatan import yang dikeluarkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) terhadap Top Glove, antaranya atas asas keadaan tempat tinggal pekerja.

Top Glove kemudian menyatakan komitmen akan menangani perkara itu. Susulan peningkatan kes positif secara mendadak dalam kluster Teratai, syarikat itu juga bersetuju untuk menutup 16 kilangnya - atas arahan pihak berkuasa - dan membendung wabak tersebut.

img]https://i.postimg.cc/sggRzxmw/Screenshot-3343.jpg[/img]

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552431
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,193
Reaction score
11,718
Points
1,906
Kanak-kanak mungkin akan termasuk ke dalam 30% rakyat Malaysia yang dijangka tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 pada tahun depan, kata menteri.
#MNowNews #DewanRakyat #kanakkanak #pandemik #vaksin #COVID19 #Malaysia

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dijangka tidak terima vaksin Covid-19

Tiada vaksin Covid-19 sedang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal yang menjalankan ujian keberkesanan dan kesannya terhadap kanak-kanak.

Nov 25, 2020 3:40 PM





covid19-vaccine-AFP-181120-2.jpg

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah termasuk ke dalam 30% rakyat Malaysia mungkin dijangka tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 pada tahun depan. Gambar: AFP






Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dijangka tidak tersenarai sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19 yang bakal diberikan secara percuma kepada 70% daripada populasi rakyat Malaysia, pada tahun depan kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata ini kerana tiada satu pun vaksin Covid-19 sedang dibangunkan oleh pelbagai syarikat farmaseutikal yang menjalankan ujian keberkesanan dan kesannya terhadap kanak-kanak.
“Jadi mereka mungkin akan termasuk ke dalam 30% rakyat Malaysia yang dijangka tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 pada tahun depan.

“Justeru, kita akan memberikan lebih tumpuan kepada golongan dewasa bagi mencapai tahap imuniti kelompok (herd community) yang saya maksudkan tadi,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Khairy menjelaskan kerajaan sebelum ini menetapkan sasaran imunisasi kebangsaan bagi tujuan imuniti kelompok bagi Covid-19 adalah sehingga 70% daripada jumlah populasi rakyat Malaysia.
Katanya, berdasarkan kepada sasaran ini pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sudah menjalankan simulasi anggaran peruntukan yang diperlukan dengan mengambil kira jangka harga purata vaksin sedang dibangunkan serta serta peratusan perolehan wajar bagi setiap satu jenis vaksin daripada pelbagai syarikat farmaseutikal.
“Jadi mereka mungkin akan termasuk ke dalam 30% rakyat Malaysia yang dijangka tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 pada tahun depan.
“Menerusi simulasi ini, anggaran jumlah yang diperlukan bagi memenuhi sasaran 70% populasi negara yang menerima vaksin Covid-19 adalah sekitar RM3 bilion.
“Walaupun begitu, jumlah RM3 bilion ini masih lagi tertakluk kepada perubahan memandangkan harga akhir vaksin yang akan diperolehi kelak masih di peringkat rundingan dan perbincangan.”
Dalam pada itu, Khairy juga menjelaskan buat masa ini Malaysia tidak mempunyai fasiliti lengkap untuk pembuatan vaksin bagi kegunaan kesihatan manusia.
“Menyedari keadaan semasa memerlukan suatu tindakan proaktif, mesyuarat Majlis Sains Negara baru-baru ini bersetuju agar suatu Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dibangunkan dengan objektif menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. Roadmap ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2021.

“Selain daripada pembangunan roadmap ini, Mosti juga menawarkan skim dana baru iaitu Mosti Combating Covid-19 Fund yang menggalakkan projek R&D & C&I dalam memerangi dan mengawal wabak Covid-19.”
Katanya Mosti meluluskan satu projek menerusi tabung ini berjumlah RM2.1 juta kepada Universiti Malaya (UM) bagi pembangunan vaksin Covid-19.
“Mosti berharap inisiatif MCCOF ini menjadi satu platform bagi penciptaan vaksin tempatan seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan bekalan vaksin dari luar negara.

“Selain itu, kerajaan juga turut memasukkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran menerusi rundingan yang sedang dibuat bagi tujuan perolehan vaksin daripada negara atau syarikat farmaseutikal luar negara.

“Sebagai contoh, perjanjian kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China yang ditandatangani pada minggu lepas turut bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan vaksin pada masa hadapan.
“Begitu juga perbincangan awal saya dengan pihak Rusia, tidak terhad kepada kemungkinan pembelian vaksin Sputnik tetapi juga pemindahan kepakaran membangunkan vaksin Covid-19 dan untuk virus lain di Malaysia.”


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Top Glove Komited Kerjasama Dengan Semua Agensi, Cegah Covid-19

25.11.2020 - Shah Alam, Kilang pengeluar sarung tangan terkenal, Top Glove komited menjalin kerjasama dengan semua agensi bagi membendung penularan Covid-19 demi keselamatan pekerja dan penduduk setempat. Pengarah urusannya berkata antara tindakan segera diambil ialah menutup 20 kilang termasuk asrama pekerja di Jalan Teratai pada 17 November susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Hanya lapan kilang masih beroperasi membabitkan 10 peratus daripada operasi keseluruhan. Lebih mustahak kami turut memastikan semua kakitangan menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu pekerja tempatan dan warga asing. Selain itu, kerja nyahkuman turut dijalankan dan langkah tatacara operasi piawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi,” kata Dato’ Lee Kim Meow kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menerima notis arahan penutupan tujuh kilang Top Glove oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bermula hari ini hingga 8 Disember depan. Hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed; Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.

Pada 23 November, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 28 kilang Top Glove diarahkan ditutup secara berperingkat. Setakat semalam, 4,036 orang disahkan positif Covid-19 bagi Kluster Teratai dengan majoriti ialah pekerja kilang tersebut termasuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Daripada jumlah berkenaan, 3,846 individu yang positif bukan warganegara daripada 5,777 disaring.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/top-glove-komited-kerjasama-dengan-semua-agensi-cegah-covid-19/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register