Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 642 Mati, 3170 Kes Baru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Lelaki Pesakit Covid-19 Lari Hospital Di Tangkap

23.11.2020 - Tanjung Malim, Polis berjaya menahan semula seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Slim River di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital mengenai seorang lelaki dengan gelang kuarantin berwarna biru muda melarikan diri dari Wad 7 kira-kira 4.48 petang.

Bagaimanapun, lelaki berumur 29 tahun itu berjaya ditemui semula kira-kira 6 petang oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan Bandar Baru Slim River.

“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Sulizmie Affendy berkata berdasarkan maklumat terkini, hasil saringan ujian oleh pihak pejabat kesihatan mengesahkan lelaki itu negatif Covid-19 dan akan dibenarkan keluar wad esok. Hasil semakan polis mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod lampau dan telah ditangkap bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22

Screenshot-3262.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/lelaki-pesakit-covid-19-lari-hospital-ditangkap/
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Kes Terus Naik, Majlis Keselamatan Negeri Mesyuarat Esok

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Majlis Keselamatan Negeri bersidang esok susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar. Menurutnya, persidangan itu meneliti beberapa langkah bagi menangani perkembangan kes baharu berkenaan.

“Hari ini Selangor terus catat kes baru yang tinggi iaitu 603 kes, Kluster Teratai menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 504 kes. 480 kes dari kluster itu dikesan melalui saringan di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dihuni 5,000 individu majoritinya bukan warganegara,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Terdahulu dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kali kedua berturut-turut menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes baharu Covid-19 dengan 603 kes hari ini, berbanding 402 semalam.

Jumlah itu hampir sekali ganda daripada kes di Sabah apabila menjadi negeri kedua tertinggi dengan 311 kes dan Perak sebanyak 55 kes. Sementara itu Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) melaporkan sehingga kini negeri ini mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif iaitu 9,752.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/covid-19-kes-terus-naik-majlis-keselamatan-negeri-mesyuarat-esok/
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
MKN Selangor teliti isu peningkatan mendadak COVID-19

SHAH ALAM: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bersidang hari ini untuk meneliti langkah menangani peningkatan mendadak dalam kes jangkitan baharu COVID-19.

Sehingga 12 tengah hari semalam, negeri ini terus merekodkan peningkatan mendadak kes jangkitan baharu COVID-19 dengan 603 kes.

Jumlah berkenaan adalah tertinggi pernah direkodkan negeri ini selepas 407 kes Khamis lalu dan 402 kes kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata Kluster Teratai adalah penyumbang besar kepada jumlah kes baharu direkodkan semalam, iaitu 504 kes.

"Hari ini (semalam) Selangor terus catat kes baharu tinggi, iaitu 603 kes dan 178 pesakit discaj dari hospital. Kluster Teratai ialah penyumbang terbesar, iaitu sebanyak 504 kes.

"Esok (hari ini) MKN Selangor akan bersidang untuk teliti beberapa langkah bagi menangani perkembangan kes baharu yang meningkat," katanya dalam kenyataan di Twitternya, semalam.

Berdasarkan perkongsian maklumat Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman Facebook, 536 kes baharu berpunca daripada kluster sedia ada.

Selain 504 kes membabitkan Kluster Teratai, 27 kes lagi ialah saringan kontak rapat, saringan lain-lain (39) dan kes import (1) turut direkodkan semalam.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes aktif terkumpul di Selangor ialah 2,634 dan secara keseluruhan 9,752 kes jangkitan COVID-19 direkodkan negeri ini.

Klang terus merekodkan kes aktif tertinggi, iaitu 1,646 kes, diikuti Hulu Langat (418); Petaling (268); Sepang (129); Kuala Langat (81); Gombak (66); Hulu Selangor (9); Kuala Selangor (8), manakala Sabak Bernam bebas daripada kes aktif.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
Presiden China Cadang Kod QR Global Untuk Mudahkan Pergerakan Antara Negara

Presiden China, Xi Jinping kini mencadangkan penggunaan sebuah sistem kod QR pada peringkat global, sekaligus memudahkan pengguna untuk bergerak dari satu negara ke negara lain. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membuka kembali industri pelancongan, selain memudahkan perdagangan antara negara.

Melalui kod QR berkenaan, ia boleh menyertakan sejumlah maklumat, termasuk berkaitan perubatan, ujian Covid-19 dan sejarah perjalanan.

Di China, kaedah ini sedia digunakan di beberapa bandar untuk memudahkan pergerakkan dipantau, dan mengekang penularan dengan lebih pantas.

Apa pun, pengenalan sistem kod QR ini pada peringkat global mungkin akan menghadapi sejumlah cabaran, termasuk piawaian, pengurusan data, dan sebagainya. Tetapi, ia boleh dicapai dengan penyertaan dan perbincangan pelbagai pihak – sekaligus membuka beberapa industri semula.

View attachment 315488
mcm2 bley jd
dh scan msuk dlm phone
jgn di godam nye phone pelancong
mcm2 dpt :censored:
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Lokasi Terkini Kes Positif Covid-19 (23.11.2020)

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.


PERNIAGAAN

Restoran Awiera Tomyam, Raub

- Restoran Awiera Tomyam di Raub ditutup sejak semalam setelah dua pelanggan, yang mengunjungi restoran itu pada 17 Nov diuji positif Covid. Kedua-duanya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
- Pekerja restoran itu akan dikuarantin dan menjalani ujian swab hari ini. Dalam satu kenyataan, pihak restoran itu berkata ia akan menutup operasi sehingga 30 Nov.

Padini, IOI Mall Puchong
- Padini mengesahkan salah seorang pekerjanya di pusat membeli-belah itu positif Covid-19 pada 20 Nov.
- Dalam satu kenyataan, ia berkata kedai itu telah melakukan kerja pembersihan pada 21 Nov dan pasukan kakitangan yang lain telah mengambil alih kedai berkenaan.


KEDIAMAN

Taman Saleng, Kulai

Terdapat satu kes positif Covid-19 di Taman Saleng, Kulai berdasarkan infografik yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan Kulai di laman Facebooknya semalam.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552069
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Majlis Kahwin, Tunang, Kenduri Tak Di Benarkan Di Kelantan - PKPB

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK Tengku Kamaruddin Tengku Alias berkata arahan itu berkuat kuasa mulai semalam hingga PKPB ditamatkan. Bagaimanapun, majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat ditetapkan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah majlis akad nikah dilaksanakan di premis persendirian, masjid, surau atau seumpanya dengan boleh dihadiri oleh 20 orang tetamu sahaja termasuk seorang jurunikah, pengantin, wali dan saksi. Selain itu, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tengku Kamaruddin berkata sebarang arahan atau keperluan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas berkata PKPB dilaksanakan di Kelantan selama dua minggu bermula 21 Nov susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri berkenaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552116
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Kerajaan Kaji Keperluan Lanjut PKPB Hingga Hujung Tahun

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga hujung tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof berkata ini memandangkan PKPB yang dilaksanakan ketika ini berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan di setiap kawasan, dengan mengambil kira jumlah kes positif dan kadar jumlah keberjangkitan dalam lokaliti tersebut.

“Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk mengenakan PKPB sehingga hujung tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes. Pada masa yang sama, tindakan pembendungan perlu kita laksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes-kes Covid-19 kepada seminima yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, PKPB dikuatkuasakan semula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 November lalu, susulan peningkatan kes Covid-19. Ia dikuatkuasakan selama dua minggu, serta dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Dis ini. Selang beberapa hari, perintah sama kemudian dikuatkuasakan di semua negeri kecuali Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak. Ketika sesi penggulungan perbahasan menteri bagi Belanjawan 2021, Mohd Redzuan juga berkata SOP tertentu telah dikeluarkan oleh masyarakat di bawah pengisytiharan kawalan pergerakan itu, bagi mencegah dan memutuskan rantaian wabak itu.

“Meskipun demikian, kerajaan sentiasa ambil maklum akan perit jerih rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi yang sedang dialami dalam Covid-19. Atas sebab itu, SOP ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan ditambah baik dengan bersifat dinamik mengikut keperluan rakyat,” katanya.

Redzuan turut menjawab cadangan dari Ahli Parlimen Langkawi (Dr Mahathir Mohamad), Pandan (Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Jerlun (Mukhriz Mahathir) mengenai potongan gaji dari 10 peratus hingga 30 peratus di kalangan menteri dan timbalan menteri bagi meringankan beban rakyat ketika pandemik Covid-19. Katanya, ia juga telah dilakukan memandangkan mereka tidak mengambil gaji selama dua bulan iaitu kira-kira bersamaan 25 peratus potongan setiap tahun daripada gaji mereka.

“Kalau kita lihat, kerajaan PN telahpun tidak mengambil gaji selama dua bulan. Ini bersamaan lebih kurang 25 peratus potongan setiap tahun. Jadi saya rasa kita amat peka dengan keadaan ekonomi negara dan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita untuk memotong gaji menteri, timbalan menteri juga menteri kanan,” katanya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
IMG_20201123_154149_828.jpg

Amalkan norma baharu seperti mencuci tangan secara kerap dengan air dan sabun agar kita dapat membendung wabak COVID19
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Jangan 'main-main' atau ambil mudah Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di lokasi awam berikutan pihak polis kini ada di mana-mana dengan berpakaian preman. Tanpa membunyikan siren kereta peronda polis, anggota polis ini akan terus menerjah dan mengenakan kompaun kepada pesalah.

Anggota polis Selangor memilih untuk memakai pakaian biasa bagi memudahkan operasi 'serang hendap' terhadap individu yang masih berdegil engkar arahan SOP di lokasi awam. Berdasarkan satu video tular di media sosial, empat lelaki yang sedang asyik menjamu selera di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong diambil tindakan oleh dua anggota polis selepas tidak mematuhi SOP termasuk tidak memakai pelitup muka. Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, Polis Selangor mempunyai pasukan pematuhan yang membuat pemantauan di peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mahupun di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Pasukan ini membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis di Selangor, jadi mereka yang didapati ingkar pada SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diambil tindakan. asukan ini ditubuhkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu sehinggalah ke hari ini. Beliau berkata, pasukan pemantauan tidak semestinya berpakaian beruniform namun perlu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa semasa mengambil tindakan ke atas orang awam yang melanggar SOP.

Screenshot-3268.jpg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Mohd Redzuan berkata, perkara itu akan dilakukan dengan melihat trend peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Kaji keperluan laksana PKPB hingga akhir tahun

23 November 2020


1606117729773.png

Mohd Redzuan pada sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneliti dan mengkaji keperluan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, bagaimanapun perkara itu akan dilakukan dengan melihat trend peningkatan membabitkan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.
“PKPB dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di setiap kawasan terbabit, termasuk mengambil kira jumlah kes positif dan kadar kebolehjangkitan dalam lokaliti berkenaan.


“Pada masa sama, tindakan membendung penularan perlu dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes Covid-19 seminimum yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya dalam sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021, Mohd Redzuan berkata, kerajaan sentiasa mengambil maklum keperitan rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi akibat pandemik itu.
“Oleh itu, prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dikemas kini dari masa ke masa dan ditambah baik mengikut keperluan rakyat,” katanya.


Pada 14 November lalu, kerajaan melaksanakan PKPB selama dua minggu di Lembah Klang berikutan peningkatan kes Covid-19 dan perintah itu dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Disember ini.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register