Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 630 Mati, 4008 Kes Baru

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Malaysiakini (BM Version)



4m ·

Ismail Sabri berkata jika PKPD dilaksanakan sekalipun, ia adalah secara bersasar iaitu berdasarkan lokaliti terlibat penularan Covid-19.

1600425749560.png


Tiada keperluan PKPD seluruh Tawau, Lahad Datu
Diterbitkan Hari ini 6:32 pm

Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Tawau dan Lahad Datu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sekiranya PKPD dilaksanakan sekalipun, ia akan dilakukan secara bersasar iaitu berdasarkan lokaliti terlibat penularan Covid-19.

“Dahulu mungkin jika ada beberapa kes di Sabah, kita tutup seluruh Sabah, jika kes berlaku di Tawau kita tutup seluruh daerah, namun kini ia tidak adil kerana kita tidak ada kes Covid-19 di Kota Kinabalu dan Sepanggar, jadi takkan kita nak buat lockdown juga.

“Kini kita fokus kepada lokaliti terlibat, contohnya jika kes Covid-19 di penjara Tawau, kita laksana PKPD di lokaliti berkenaan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia peringkat Sabah kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau perkembangan kes di Tawau serta Lahad Datu dan sekiranya situasi meruncing di beberapa kampung, PKPD bersasar akan dilaksanakan seperti di Kedah ketika pengawalan kluster Sivagangga.

KKM, katanya, melakukan saringan setiap hari dan keputusan juga diperoleh setiap hari yang menyebabkan jangkitan kes Covid-19 di kawasan itu kelihatan banyak.
“KKM dah kenal pasti mana-mana individu yang positif Covid-19 termasuk kontak rapat mereka serta sudah mengesan lokaliti bagi tujuan saringan dilaksanakan.

“Mana-mana individu yang dikesan positif Covid-19 akan dibawa terus ke pusat rawatan,” katanya.

Ismail Sabri berkata menerusi nasihat KKM, kawasan zon hijau dan kuning juga sentiasa dipantau dan tindakan sewajarnya akan segera diambil sekiranya bertukar menjadi zon merah.

Bermula dengan Kluster Benteng LD yang diumumkan pada 1 Sept, tiga lagi kluster di Lahad Datu dan Tawau ialah Kluster Laut (Kunak, Sabah), Kluster Pulau (Kunak, Sabah) dan terbaharu Kluster Selamat (Semporna, Sabah).
- Bernama

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Covid-19: 8 SJR polis di Tawau, Kalabakan

Antara lokasi SJR di Tawau yang dijalankan bermula hari ini bagi mengekang penularan Covid-19. FOTO ihsan polis

Antara lokasi SJR di Tawau yang dijalankan bermula hari ini bagi mengekang penularan Covid-19. FOTO ihsan polis


Tawau: Polis mengaktifkan lapan sekatan jalan raya (SJR) 24 jam di beberapa kawasan sekitar daerah ini dan Kalabakan berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, langkah itu diambil berikutan situasi semasa Covid-19 di sini yang mewujudkan kes sporadik sehingga menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau memutuskan melaksanakan SJR itu sebagai satu inisiatif bagi membendung penularan pandemik terbabit.

Katanya, enam lokasi SJR di Tawau iaitu masing-masing di Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna, Batu 8 Jalan Apas, Batu 2 Jalan Apas, Jalan Kuhara, Jalan Chong Thien Vun dan Jalan Tanjung Batu.
"Di Kalabakan pula membabitkan Jalan Merotai-Kalabakan dan Road Check Point Kalabakan," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, keseluruhan penugasan kesemua SJR itu membabitkan seramai 341 anggota yang dibantu agensi berkaitan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pada masa sama, beliau turut menggesa orang ramai supaya dapat memberi kerjasama dan mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 7:57 PM
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
1600439660127.png


3 kluster di Sabah terus catat peningkatan
Bernama
Diterbitkan Hari ini 7:37 pm

Tiga daripada empat kluster Covid-19 aktif di Sabah terus mencatatkan peningkatan kes baru, dengan Kluster Benteng Lahad Datu (LD) merekodkan kes tertinggi iaitu 76 daripada keseluruhan 95 kes baru hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif bagi kluster itu meningkat kepada 550, dengan sejumlah 7,814 individu disaring dalam tempoh 24 jam lepas.
Memperinicikan kluster tersebut beliau berkata, seramai 2,009 individu disaring di Lahad Datu, 5,804 individu disaring di Tawau dan satu kes disaring serta didapati positif di Sandakan.

“Bagi Lahad Datu, 151 kes dikesan positif dengan sembilan kes baru, 1,306 individu negatif dan 552 individu menunggu keputusan.

"Di Tawau, daripada 5,804 individu disaring, 398 kes dikesan positif dengan 66 kes baru, 4,120 individu negatif dan 1,286 individu menunggu keputusan.

“Daripada jumlah 550 kes positif, 271 adalah dalam kalangan warga Malaysia, manakala 279 bukan warganegara melibatkan rakyat Filipina (185 kes) dan Indonesia (94 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, bagi Kluster Pulau di Sabah, terdapat empat kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif kluster itu meningkat kepada 14 dengan sejumlah 345 individu disaring setakat hari ini.

“Di Kunak, seramai 342 individu disaring dan 11 didapati positif, 63 negatif dan 268 individu menunggu keputusan. Di Semporna, ketiga-tiga saringan yang dilakukan dikesan positif.
"Daripada 14 kes positif kluster ini, 13 ialah warga Malaysia manakala seorang warga Filipina,” katanya.

Mengenai Kluster Selamat juga di Sabah yang dikesan semalam, terdapat tiga kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak lima kes dengan 137 individu disaring.

Daripada jumlah tersebut, lima kes dikesan positif manakala 132 individu masih menunggu keputusan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Kluster Bunga di Negeri Sembilan, Noor Hisham berkata terdapat satu kes baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif kluster itu meningkat kepada 11 kes.
“Sehingga hari ini pukul 12 tengah hari, sejumlah 59 individu disaring dalam kluster ini.

"Pecahan jumlah saringan mengikut negeri: Di Selangor seramai 10 individu disaring dengan empat kes dikesan positif; di Negeri Sembilan, seramai 45 individu disaring dengan tujuh kes positif; di Terengganu keempat-empat individu yang disaring didapati negatif.

“Daripada jumlah saringan dalam kluster ini, 45 adalah warga tempatan dan 14 bukan warganegara yang terdiri daripada negara India enam individu; Filipina enam individu; Singapura dan Ghana masing-masing satu kes,” katanya.

Jelas Noor Hisham lagi, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi keempat-empat kluster tersebut masih diteruskan.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Noor Hisham Abdullah



3j ·

SITUASI TERKINI KLUSTER SELAMAT

Terdapat 3 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak lima (5) kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
• Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
• 132 individu masih menunggu keputusan.

Situasi terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

1600439756670.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Noor Hisham Abdullah



3j ·

TERKINI KLUSTER PULAU
4 kes baru pd hari ini. Jumlah kes positif kluster adalah 14 kes. Sejumlah 345 individu telah disaring
a) Kunak (342 disaring):
• 11 positif (1 kes baru)
• 63 negatif
• 268 pending
b) Semporna - 3 saringan semua positif

Daripada jumlah 14 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan WN & 1 adalah BWN, Filipina.

1600439818869.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
STATUS TERKINI KLUSTER BUNGA

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bunga pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

a) Selangor (10 disaring);
• Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
• Enam (6) individu negatif.

b) Negeri Sembilan (45 disaring);
• Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
• 38 individu negatif.

c) Terengganu (4 disaring); dan
• Empat (4) individu negatif.

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;
• India: Enam (6) individu;
• Filipina: Enam (6) individu;
• Singapura: Satu (1) individu; dan
• Ghana: Satu (1) individu.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi keempat-empat kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

1600439888236.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
2 anggota komuniti Bajau Laut di Lahad Datu positif Covid-19
Bernama
-
September 18, 2020 10:19 PM

Bajau-Laut-children_sabah-email-pic-15022020-1.jpg

Kanak-kanak Bajau Laut dilihat bermain di pancuran air di Kota Kinabalu Februari lepas.

LAHAD DATU: Polis mengesahkan 2 individu dalam kalangan komuniti Pala’u atau Bajau Laut di daerah ini positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Nasri Mansor berkata, seorang daripada mereka disahkan positif beberapa hari lepas sementara seorang lagi dikesan positif hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat agar menjarakkan diri daripada komuniti berkenaan, termasuk menghentikan pemberian sumbangan kepada mereka bagi mengelakkan penularan Covid-19.
“Pihak polis juga akan mengambil tindakan untuk mengekang mereka ini ke kawasan bandar bagi tujuan meminta sedekah,” katanya hari ini.



Lahad Datu mencatatkan 12 kes positif Covid-19 baru hari ini.
Komuniti Pala’u sering dilihat meminta sedekah di kawasan bandar dengan tumpuan di sekitar lampu isyarat, bank dan premis perniagaan.
Sementara itu, Nasri menafikan Lahad Datu kini dikenakan sekatan pergerakan seperti yang ditularkan menerusi media sosial.
Sebaliknya kata beliau, larangan cuma melibatkan aktiviti rekreasi di tempat awam.

Polis juga melaksanakan 4 sekatan jalan raya serta penutupan 3 laluan jalan bagi mengawal pergerakan orang ramai ke bandar, sekali gus mencegah penularan Covid-19, katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Free Malaysia Today



11m ·

Pada gelang tersebut akan dicatatkan tempat dan tarikh saringan perubatan dibuat dan pemakainya dikehendaki berada di rumah sehinga tempoh pengasingan 14 hari tamat.


Gelang kuarantin ada banyak warna, kata KP Kesihatan

September 18, 2020 10:57 PM

quarantine-wristband-120820-KKM.jpg

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang kuarantin mungkin berwarna putih, biru, merah atau kuning.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berkata, “gelang kuarantin” mempunyai banyak warna, bukan hanya merah jambu seperti dipercayai umum.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang itu mungkin berwarna putih, biru, merah atau kuning.

“Warnanya tertakluk kepada stok yang ada di sesuatu kawasan dan ditentukan oleh pegawai kesihatan daerah berkenaan,” katanya di Twitter.

“Pejabat Kesihatan Daerah akan menanggalkan gelang tersebut apabila tempoh kuarantin tamat,” katanya.

Noor Hisham berkata, laporan polis hendaklah dibuat terhadap mana-mana orang yang didapati melanggar prosedur bagi menyekat jangkitan.

Pada Ogos, seorang wanita berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 selepas gambar menunjukkan beliau, yang memakai gelang berkenaan, makan di sebuah restoran tular.

Beliau mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah.
Pada gelang tersebut akan dicatatkan tempat dan tarikh saringan perubatan dibuat. Pemakainya dikehendaki berada di rumah sehinga tempoh pengasingan kendiri selama 14 hari tamat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,017
Reaction score
11,666
Points
1,906
Kampung Selamat Lengang Akibat Penularan Covid-19

18 September 2020
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-2.jpg
Penduduk melintasi jambatan atas air dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SEKATAN-JALAN-RAYA-2-1.jpg
Anggota Polis Daerah Tawau membuat sekatan jalan raya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan jalan Tawau ke Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SEKATAN-JALAN-RAYA-5.jpg
Anggota Polis Daerah Tawau dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membuat sekatan jalan raya mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan jalan Tawau ke Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-1-1.jpg
Suasana di kampung atas air yang merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-7.jpg
Kelihatan penduduk sedang duduk berehat di luar rumahnya berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
MGF18092020_SUASANA-KAMPUNG-SELAMAT-5.jpg
Penduduk melintasi jambatan atas air dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan kampung tersebut merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register