Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 605 Mati, 3306 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
Statistik Covid19
Kemaskini Negeri Sehingga 22 November 2020


View attachment 315398
Salam Sejahtera dan Salam Hormat,

Disertakan ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐——๐—ฎ๐˜†๐˜€ ๐— ๐—ผ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜ yang menunjukkan bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari iaitu mulai 09 November 2020 hingga 22 November 2020 mengikut mukim di daerah dalam negeri Pulau Pinang.

Ringkasan Kumulatif Kes COVID-19 hingga 22 November 2020, jam 12.00 tengah hari di negeri Pulau Pinang ;

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Pulau Pinang : 1767
Kes baru dilaporkan hari ini : 15
Kes sembuh : 1577
Kes Aktif : 155
Jumlah keseluruhan kes kematian : 3

Perincian mukim adalah seperti lampiran di bawah :-

https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
Statistik Covid19
Kemaskini Negeri Sehingga 22 November 2020

View attachment 315399
IMG_20201122_194931_211.jpg

IMG_20201122_194934_061.jpg

KEMASKINI STATUS TERKINI KES COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 22 NOVEMBER 2020, 12.00 tengah hari

NEGERI KELANTAN MENCATATKAN 8 KES BAHARU:
-----> 5 kes di Tanah Merah
-----> 1 kes di Pasir Mas
-----> 1 kes di Machang
-----> 1 kes di Kota Bharu

Perincian Kes adalah seperti berikut:

-----> Kes ke-272 (Mukim Pangkal Meleret, Machang) merupakan Kontak Rapat Kluster Mengketil

-----> Kes ke-273 (Mukim Kubang Sepat, Pasir Mas) merupakan Kontak Rapat Kluster Mengketil

-----> Kes ke-274, 275, 276, 277 & 278 (Mukim Kusial, Tanah Merah) merupakan Kontak Rapat Kluster Kaya

-----> Kes ke-279 (Mukim Kadok, Kota Bharu) merupakan Saringan Survelan COVID-19 (SARI)

DUA (2) KES SEMBUH DAN DISCAJ DILAPORKAN.
-----> Kes ke-234 & 235
-----> Jumlah Kes Dalam Rawatan ialah 77 orang termasuk SATU (1) Kes dirawat di ICU (Kes ke-265)

---------------------------------------------------------

TERDAPAT DUA (2) ZON JINGGA:
-----> Daerah Kota Bharu (33 kes tempatan)
-----> Daerah Machang (27 kes tempatan)

TERDAPAT EMPAT (4) ZON KUNING:
-----> Daerah Tanah Merah (18 kes tempatan)
-----> Daerah Pasir Mas (6 kes tempatan)
-----> Daerah Jeli (2 kes tempatan)
-----> Daerah Kuala Krai (1 kes tempatan)

TERDAPAT EMPAT (4) ZON HIJAU:
-----> Daerah Tumpat
-----> Daerah Bachok
-----> Daerah Pasir Puteh
-----> Daerah Gua Musang

DUA (2) KES TAMAT TEMPOH 14 HARI.
-----> Kes ke-185 (Mukim Kubang Gadong, Pasir Mas)
-----> Kes ke-186 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu)

-----------------------------------------------------------

TERDAPAT ENAM (6) KES IMPORT B (Jangkitan dari Luar Kelantan) :

-----> Daerah Pasir Puteh (1 kes) iaitu Kontak Rapat Kluster Cergas, Negeri Sembilan
-----> Daerah Jeli (2 kes) iaitu Saringan Berisiko Dari Sabah
-----> Daerah Tumpat (2 kes) iaitu Saringan Berisiko Dari Sabah
-----> Daerah Tumpat (1 kes) iaitu Saringan Berisiko Dari Johor

-------------------------------------------------------------

RINGKASAN:
JUMLAH KES KESELURUHAN: 279 KES
JUMLAH KES AKTIF DALAM TEMPOH 14 HARI: 93 KES
JUMLAH KES TAMAT TEMPOH 14 HARI: 183 KES
JUMLAH KEMATIAN: 3 KES

---------------------------------------------------------------

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19:

-----> Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

-----> Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

-----> Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;

-----> Amalkan etika batuk dan bersin;

-----> Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

-----> Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

-----> Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

-----> Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);

O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

#kitajagakitastaysafe
#Ambonoksihat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
Statistik Covid19
Kemaskini Negeri Sehingga 22 November 2020

View attachment 315402
IMG_20201122_195059_793.jpg

IMG_20201122_195100_707.jpg

IMG_20201122_195105_505.jpg

SITUASI COVID-19 DI NEGERI SEMBILAN
(22 NOVEMBER 2020 @ 12.00 Tengah Hari)

Sehingga 22 November 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat 29 KES BARU Positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 3,944 kes. Dari jumlah tersebut, 3,127 kes telah sembuh dan discaj, 809 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan (8) kes telah meninggal dunia.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 1,326 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari KLUSTER CERGAS, 541 kes dari KLUSTER KAYA, 265 kes dari KLUSTER LENGKUK, 61 kes dari KLUSTER TAMAN BUNGA dan 19 kes dari Kluster OAD.

Definisi kes di dalam laporan ini diklasifikasikan seperti berikut:

a) Kes Tempatan
b) Kes Import A (Luar Negara)
c) Kes Import B (Merentasi Negeri - mendapat jangkitan di negeri lain).
d) Kes Import C (Merentasi Daerah - mendapat jangkitan di daerah lain).

Terdapat 1,825 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195235_189.jpg

Situasi Semasa Wabak Covid 19 Mengikut Mukim di Kedah Sehingga 22/11/2020

16 KES BARU DILAPORKAN

Amalkan NORMA BAHARU dalam kehidupan seharian kita seperti sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan, jaga penjarakan fizikal dan menggunakan aplikasi MySejahtera di setiap premis yang dikunjungi.

JADILAH PEMUTUS BUKAN PENCETUS RANTAIAN COVID-19

Teruskan like|comment|share ramaiยฒ page ini untuk ikuti info terkini kesihatan. Terima kasih semua.๐Ÿ’
#COVID19
#maipakatsihat
#prayforkedah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195312_086.jpg

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 311 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,193 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 398 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 311 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 102 kes (32.80%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195342_779.jpg

IMG_20201122_195345_780.jpg

Salam Sejahtera

Taburan Data COVID-19 Bagi Seluruh Negeri ๐Ÿ”ด๐Ÿ”ตJohor Sehingga 22 November 2020 Jam 12.00๐Ÿ•›Tengahari
_______________________________________
JOHOR 9๏ธโƒฃ Kes Dilaporkan Hari Ini
_______________________________________

โšซ Local (Kes Tempatan) - 8๏ธโƒฃ Kes
โ–ชDaerah Johor Bahru : 1kes
โ€ข Bandar - 1

โ–ชDaerah Batu Pahat : 2 Kes
โ€ข Linau - 1
โ€ข Sri Gading - 1

โ–ชDaerah Kota Tinggi : 1 Kes
โ€ข Kota Tinggi - 1

โ–ชDaerah Kulai : 4 Kes
โ€ข Kulai - 4

โšซ Import A (Luar Negara) - 1๏ธโƒฃ Kes
โ–ชDaerah Johor Bahru - 1 Kes
โ€ข Import A - 1
_______________________________________

1๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ Kes SEMBUH Dilaporkan Hari Ini
_______________________________________

_______________________________________

๐Ÿ”˜ Amalkan 3W : (Wash/Cuci, Wear/Pakai, Warn/Amaran)
๐Ÿ”˜ Elak 3S/3C : (Sesak/Crowded places, Sempit dan tertutup/Confined Spaces, Sembang dekat2/Close Conversation)

LAMAN SOSIAL RASMI JKNJ :
Facebook : https://www.facebook.com/jabatankesihatannegerijohor/

Instagram : @jknjohor

Subscribe You Tube : Jabatan Kesihatan Negeri Johor

#FightCovid19
#JknJohor
#KamiSediaMembantu
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195427_278.jpg

IMG_20201122_195429_150.jpg

Salam Sejahtera!

Untuk Makluman
Sehingga 22 NOVEMBER 2020
---------------------------------------------------------------
5 KES POSITIF BARU dilaporkan hari ini.
---------------------------------------------------------------
Daerah : Alor Gajah
Mukim : Belimbing
โ–ช๏ธŽ1 Kes Jangkitan Tempatan
โ–ช๏ธŽSaringan kontak
โ–ช๏ธŽUmur 34 tahun
โ–ช๏ธŽ(Kluster Berendam)

Mukim : Masjid Tanah
โ–ช๏ธŽ1 Kes [ Import B ]
โ–ช๏ธŽSaringan kontak rapat kluster sedia ada
โ–ช๏ธŽUmur 28 Tahun
โ–ช๏ธŽ(Kluster Putra-18)
--------------------------------------------------------------
Daerah : Jasin
Mukim : Ayer Panas
โ–ช๏ธŽ3 Kes Jangkitan Tempatan
โ–ช๏ธŽKes dari Saringan kontak rapat
โ–ช๏ธŽUmur 5 tahun , 7 tahun dan 9 bulan
--------------------------------------------------------------
34 kes Positif COVID masih di rawat hospital Melaka termasuk;

TIADA KES DI ICU

--------------------------------------------------------------
7 Kes Sembuh dilaporkan hari ini.
*Data yang dipaparkan dilaman ini
adalah data realtime CPRC Melaka
--------------------------------------------------------------
Tiada Kes Kematian Dilaporkan
--------------------------------------------------------------

๐ŸŸจ 12 ZON KUNING DI NEGERI
MELAKA

๐ŸŸก AYER MOLEK
๐ŸŸก TANJUNG MINYAK
๐ŸŸก BATU BERENDAM
๐ŸŸก DURIAN TUNGGAL
๐ŸŸก AYER PANAS + 3
๐ŸŸก MERLIMAU
๐ŸŸก BUKIT RAMBAI
๐ŸŸก BUKIT KATIL
๐ŸŸก RIM
๐ŸŸก BALAI PANJANG
๐ŸŸก BACHANG
๐ŸŸก BELIMBING + 1

Sama sama kita jaga
Sama sama kita hijaukan Melaka
------------------------------------------------------
Beringat Sentiasa
Patuh SOP di mana sahaja

โ–ช๏ธŽMask wajib di tempat awam
โ–ช๏ธŽElak tempat sesak dan sempit
โ–ช๏ธŽJaga Jarak Fizikal
โ–ช๏ธŽJaga Kebersihan Tangan sentiasa

Subscribe Telegram Rasmi JKN Melaka
Di t.me/OfficialJKNMelaka
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195511_462.jpg

3 kluster baharu dilaporkan hari ni.

Jumlah kes positif dalam kesemua kluster adalah 45.

#kkm
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195552_432.jpg

IMG_20201122_195553_840.jpg

IMG_20201122_195556_148.jpg

Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 22 November 2020, 12.00 tengahari)

Nota: Saringan Lain-lain: Saringan berterusan bagi pengesanan awal jangkitan COVID-19 di kalangan komuniti

2) Infografik 2
Kes COVID-19 Kes Daftar Semasa (9 November โ€“ 22 November 2020)
(dikemaskini sehingga 22 November 2020, 12.00 tengahari)

NOTA: Hanya melibatkan daftar kes sahaja. Tidak termasuk kes discaj/ sembuh dan kes kematian sepanjang tempoh tersebut.

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 22 November 2020, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

PERINCIAN KES

55 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (22 November 2020) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 55 kes adalah jangkitan tempatan.

a) Daerah Hilir Perak (33 kes)

33 kes dari saringan kontak dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 305 kes.

b) Daerah Kinta (15 kes)

6 kes dari saringan kontak dari kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar adalah 163 kes.

7 kes dari saringan kontak rapat kes positif COVID19. Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan kontak dari kluster sedia ada iaitu Kluster Enggor. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Enggor adalah 14 kes.

1 kes dari saringan Influenza Like Illness (ILI). Kes adalah jangkitan tempatan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

c) Daerah Larut Matang Selama (3 kes)

3 kes dari saringan kontak dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 308 kes.

d) Daerah Kuala Kangsar (1 kes)

1 kes dari saringan kontak dari kluster sedia ada iaitu Kluster Rengas. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rengas adalah 128 kes.

e) Daerah Kerian (3 kes)

2 kes dari saringan lain-lain (saringan Orang Kena Tahan). Kes adalah jangkitan tempatan. Punca jangkitan dalam siasatan.

1 kes dari saringan kontak rapat dari kluster baharu iaitu Kluster Pengkalan Barat. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Pengkalan Barat adalah 18 kes.

#penjarakanfizikal
#normabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,500
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20201122_195647_945.jpg

๐๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ— ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฅ๐จ๐ค๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera warga Putrajaya yang dikasihi

Berikut adalah ringkasan COVID-19 di WP Putrajaya:

Kes sembuh (tamat 14 hari)= 2 kes
Jumlah keseluruhan kes sembuh= 172 kes

Kes positif baharu= 1 kes
Jumlah kes aktif = 24 kes
Jumlah keseluruhan kes positif= 197 kes

Kes kematian baharu = 0 kes
Jumlah keseluruhan kes kematian= 1 kes

Kes dirawat di ICU= 1 kes
Kes dengan bantuan alat pernafasan= 0 kes

---------------------------------------------
 
Sponsored Post
Top
Log in Register