Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 601 Mati, 3339 Kes Baru

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,780
Reaction score
11,628
Points
1,906
Kerajaan sebelum ini mengumumkan majoriti perniagaan di kawasan PKP dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.

21 Ahli Parlimen pembangkang gesa Putrajaya lanjut masa operasi kedai makan




January 18, 2021 9:21 AM


MAMAK_SHOP_TAMAN_DESA_FMT_03052020-1-Blurred.jpg

Pembangkang berkata, membenarkan peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang menggesa Putrajaya mengkaji semula masa operasi premis makanan dan minuman agar tidak lagi terhad sehingga jam 8 malam seperti ditetapkan dalam SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

21 Ahli Parlimen berkenaan berkata, masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang menyusahkan anggota masyarakat yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja.
“Membenarkan peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah.
“Hal ini kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja,” kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.



21 Ahli Parlimen tersebut ialah Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut), Yeo Bee Yin (Bakri), Baru Bian (Selangau), R Sivarasa (Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Kulai), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Maria Chin (Petaling Jaya), Wong Shu Qi (Kluang), Teresa Kok (Seputeh), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Lee Boon Chye (Gopeng), Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) dan Nor Azrina Surip (Merbok).

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan majoriti perniagaan di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
Ini termasuk kedai runcit dan serbaneka, penjaja tepi jalan, medan selera dan restoran.
Beliau juga menegaskan, pelanggan tidak boleh makan di dalam premis, dan hanya perkhidmatan penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu dibenarkan.

Tambah Ahli Parlimen terbabit, keputusan MKN mengehadkan tempoh masa perniagaan memberi kesan ke atas peniaga yang bergantung pada pendapatan harian mereka.
Ia sekali gus menggesa kerajaan turut melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank peniaga bagi membantu golongan itu bertahan dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Kami juga menggesa kerajaan melanjutkan moratorium (pinjaman) sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi.

“Berbanding semasa PKP fasa pertama, peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini.
“Ini kerana mereka juga terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini,” katanya.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,780
Reaction score
11,628
Points
1,906
Bersetuju dengan cadangan pakar-pakar untuk membentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik Covid-19 yang memberi nasihat kepada kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan pengurusan pandemik Covid-19.
https://www.utusan.com.my/.../kumpulan-penasihat.../

Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik Covid-19 dibentuk
MUHYIDDIN-YASSIN-resize.jpg
MUHYIDDIN YASSIN
  • Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
  • 18 Januari 2021, 12:33 pm



PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia bertemu wakil dari 46 pakar kesihatan yang menandatangani surat terbuka kepadanya 7 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan balas kepada surat berkenaan, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu akan diatur bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Penasihat Khas Kesihatan Awam, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dan pegawai kanan berkaitan untuk mempertimbang segala isu yang dibangkitkan bagi mengatasi kadar jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Beliau memberi jaminan bersikap terbuka mendengar nasihat dan idea mereka agar semua pihak dapat menyumbang secara kolektif bagi mengurangkan jumlah jangkitan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Pada masa sama, beliau bersetuju dengan cadangan pakar-pakar itu untuk membentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik Covid-19 yang memberi nasihat kepada kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan pengurusan pandemik berkenaan.

“Saya menggesa anda mencalonkan nama yang sesuai menganggotai kumpulan penasihat ini.

“Saya memberi jaminan bahawa fokus utama pentadbiran adalah menguruskan wabak ini dan mengurangkan kesannya terhadap sosial dan ekonomi. Saya telah dan akan terus meminta usaha bersama.

“Saya akan terus mengetepikan politik dalam usaha menamatkan wabak ini dengan kerjasama seluruh masyarakat untuk mengakhirinya melalui usaha pemulihan yang harus diikuti,” katanya, malam tadi.

Pada 7 Januari lalu, seramai 46 pakar kesihatan menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri merayu supaya satu strategi baharu diwujudkan bagi mengatasi kadar jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Antara pakar yang menandatangani surat itu ialah bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman; bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Christopher Lee dan Profesor Perubatan Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman.

Mereka menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan serius bagi mengurus beban ke atas sistem kesihatan negara susulan peningkatan kes dengan mengemukakan 10 cadangan kritikal sebelum negara memasuki ‘unit rawatan rapi’ Covid-19.

Muhydiin berkata, beliau menghargai hasrat kumpulan pakar itu menyokong kerajaan dalam usaha memerangi pandemik dan mengalu-alukan penglibatan mereka bersama.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan pernah menjemput lima pakar kesihatan luar yang juga sebahagian dari penandatangan surat berkenaan untuk berkongsi pandangan dan nasihat bersama menteri dan pegawai kanan kerajaan melibatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri dan Bank Negara Malaysia.

Kata beliau, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah memberi maklum balas terhadap beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pakar-pakar berkenaan dan mengesahkan banyak kebimbangan serta cadangan yang dikemukakan telah atau sedang dalam proses tindakan.

Berhubung pendekatan ujian saringan Covid-19 yang dibangkitkan dalam surat berkenaan, Perdana Menteri berkata, sejak Jun tahun lalu, Kementerian Kesihatan telah menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dalam komuniti.

Pada masa itu, katanya, Malaysia salah satu daripada negara terawal menggunakan kaedah ujian berkenaan yang dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan ia mematuhi standard diperlukan dan kemudian diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.

Sejajar dengan garis panduan WHO, jelas Perdana Menteri, ujian RTK-Ag digunakan apabila penularan Covid-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

“Ujian RTK-Ag digunakan di Sabah sejak 5 Oktober tahun lalu malah Kementerian Kesihatan menyediakan lima pusat ujian RTK-Ag di negeri itu untuk meningkatkan kapasiti ujian RTK-Ag.

“Sehingga 14 Januari lalu, sejumlah 365,740 ujian RTK-Ag dengan kadar positif 3.75 peratus yang membantu Kementerian Kesihatan dalam mengurus penularan wabak itu di Sabah.

“Kementerian juga berupaya mengenal pasti kes positif lebih awal, mengasingkan dan merawat mereka serta mempercepat aktiviti pengesanan kontak bagi mengurangkan penularan penyakit itu di dalam komuniti,” katanya.

Berhubung penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing, Perdana Menteri berkata, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk melaksanakan saringan secara besar-besaran menggunakan kaedah RTK-Ag sekali gus mampu mengesan kes positif lebih awal dan dikuarantinkan.

Katanya, sehingga 13 Januari lalu, sebanyak 146,083 ujian RTK-Ag dilaksanakan ke atas pekerja asing di bawah Program Saringan Perkeso dengan kadar positif 2.0 peratus dan membuat pengasingan seterusnya.

Menurut Perdana Menteri, tahap keupayaan makmal ditingkatkan sehingga 60,000 ujian sehari dengan penyertaan makmal swasta yang dipantau rapat oleh Kementerian Kesihatan, menggunakan kedua-dua kaedah, iaitu ujian PCR dan RTK-Ag.

Makmal tersebut juga menjalankan ujian rutin untuk mengenal pasti varian baharu strain Covid-19 di negara ini sekali gus membolehkan Kementerian Kesihatan menambah baik pengurusan strategi.

“Kementerian juga sedang menyelidik kaedah saringan alternatif sebagai contoh ujian air liur dan kaedah-kaedah baharu yang ada di dalam pasaran.

“Tindakan lain yang diambil ialah pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak berisiko tinggi boleh melakukan kuarantin kendiri di rumah selepas menilai keadaan risiko kediaman bagi memastikan persekiran bersesuaian dan kondusif,” katanya.

Perdana Menteri pada masa sama memberi jaminan keputusan untuk memindahkan sementara pesakit Covid-19 ke hospital swasta juga akan mengurangkan bebanan tugas di hospital kerajaan.

Buat permulaan, kata beliau, Menteri Kewangan, Ketua Pengarah Kesihatan dan pegawai kanan kerajaan lain telah mengadakan satu perbincangan dengan pengurusan kanan hospital swasta yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memulakan inisiatif pemindahan pesakit itu.

“Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan mengadakan perbincangan dengan pengurusan kanan lain-lain hospital swasta menerusi panggilan video dan disertai hampir 400 peserta untuk memulakan inisiatif itu. Saya rasa terharu dengan sokongan segera yang diterima daripada hospital swasta,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,492
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20210118_125306_126.jpg

IMG_20210118_125307_914.jpg


Hotline Bilik Gerakan​
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,780
Reaction score
11,628
Points
1,906
#BHNasional Makmal berkaitan perlu berdaftar dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) di bawah atau secara bersama klinik atau hospital swasta.
https://bit.ly/35QIMOf

Makmal tanpa klinik, hospital tidak boleh buat ujian calitan



Januari 18, 2021 @ 12:36pm


mal1_1610945252.jpg


KUALA LUMPUR: Makmal persendirian tanpa klinik atau hospital tidak dibenarkan menawarkan khidmat ujian calitan COVID-19 kepada orang ramai termasuk menerusi kaedah pandu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi BH berkata makmal yang menawarkan khidmat sedemikian hanya dibenarkan beroperasi, sekiranya memenuhi syarat tertentu.

"Makmal sepatutnya tidak menjalankan swab test (ujian calitan) secara pandu lalu, melainkan makmal berkaitan berdaftar dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) di bawah atau secara bersama klinik atau hospital swasta.

"Makmal persendirian tanpa klinik atau hospital adalah tidak dibenarkan," katanya, hari ini.


CKAPS ditubuhkan pada Februari 2003 bagi memantau, mengawal dan mengawal selia kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
Pengoperasian cawangan itu berlandaskan penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan akta-akta yang berkaitan, dengan kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, dari semasa ke semasa.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr M Subramaniam, semalam menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat makmal persendirian yang menawarkan khidmat ujian saringan COVID-19, secara pandu lalu.

Tindakan itu perlu kerana kerana makmal persendirian berkenaan didakwa bukan kemudahan kesihatan dan berbeza dengan hospital kerajaan serta swasta.
Media sebelum ini melaporkan seorang pesakit COVID-19 berusia 49 tahun, yang disahkan positif pada 5 Januari lalu, selepas menjalani ujian saringan secara pandu lalu, kendalian makmal swasta.

Laporan itu menyebut, selain wanita berkenaan, lima lagi ahli keluarganya termasuk ibu dan bapa mentuanya yang berusia 78 tahun turut disahkan positif.
Bagaimanapun, selama tiga hari selepas disahkan positif, tiada petugas kesihatan menghubungi keluarga terbabit, selain mereka tidak menerima sebarang panduan atau dihubungi semula pihak swasta yang menjalankan ujian pandu lalu berkenaan.

Perkhidmatan ambulans bagi membawa ahli keluarga yang disahkan positif dan mempunyai gejala COVID-19 juga tidak dihantar ke kediaman mereka.

Semakan BH di laman web rasmi KKM mendapati aktiviti penguatkuasaan, mencakupi aspek pendaftaran dan pelesenan kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan swasta boleh dijalankan CKAPS yang bernaung dengan kementerian.

Ia memandangkan tanggungjawab pentadbiran berhubung aspek itu yang sebelum ini dijalankan Cawangan Mediko Legal, dikembalikan semula ke CKAPS pada 5 Januari 2009.

 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,330
Reaction score
178
Points
33
Hanya Cameron Highlands zon hijau di Semenanjung

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Kuala Lumpur: Hanya Cameron Highlands masih berada dalam kategori zon hijau di Semenanjung Malaysia apabila tiada kes positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Daerah Betong, Mukah, Serian, Lundu, Lawas, Pakan, Tatau, Baram, Bau, Belaga, Daro, Matu, Song, Saratok di Sarawak juga kekal zon hijau sehingga tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik pergerakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), seluruh daerah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Selangor, Melaka dan Pulau Pinang berada dalam zon merah sepanjang tempoh 4 Januari hingga 17 Januari.

Setakat 12 tengah hari semalam, Kuala Lumpur merekodkan 3,858 kes positif Covid-19, Putrajaya (258 kes), Labuan (179 kes), Selangor (12,339 kes), Melaka (548 kes) dan Pulau Pinang (2,134 kes).

Johor, Kelantan dan Sabah turut tersenarai dalam kategori zon merah walaupun masih terdapat beberapa daerah masih zon kuning dan zon jingga.

Sebanyak 38 daerah masih lagi dikategorikan sebagai zon kuning ketika ini, iaitu Tampin, Negeri Sembilan; Tangkak, Johor; Jerantut, Pekan, Bera, Lipis, Raub dan Rompin di Pahang; Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu di Terengganu serta Jeli di Kelantan; Padang Terap, Langkawi, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Perak Tengah, Hulu Perak, Batang Padang dan Kampar di Perak.

Selain itu Tongod dan Telupid di Sabah serta Limbang, Sarikei, Kota Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Kapit, Meradong, Asajaya, Dalat, Selangau, Julau, Kanowit, Lubok Antu dan Beluru di Sarawak turut dikategorikan sebagai zon kuning.

Sementara itu, 14 daerah dikategori zon jingga iaitu Rembau, Jempol dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Maran, Pahang; Pasir Mas, Kelantan; Pendang dan Yan di Kedah; Kangar, Perlis; Manjung dan Kuala Kangsar di Perak; Nabawan, Kuala Penyu dan Beluran di Sabah serta Bintulu di Sarawak.


== hmetro
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,330
Reaction score
178
Points
33
2 warga Bangladesh positif Covid-19 cuba naik pesawat di KLIA

944054.jpg


Dua warga Bangladesh yang ditahan selepas didapati ujian saringannya positif dan cuba menaiki penerbangan ke Dhaka di KLIA, Sepang, pada Ahad.

SEPANG - Dua warga Bangladesh ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Ahad selepas cuba menaiki penerbangan pulang ke negara mereka biar pun slip ujian saringan Covid-19 adalah positif.

Tindakan dua lelaki itu sekali gus merisikokan petugas yang menjaga pintu masuk di KLIA.

Difahamkan, warga Bangladesh itu akan menaiki penerbangan akhir Malindo Air untuk pulang ke Dhaka.

Bagaimanapun, ketika dua lelaki terbabit hendak mendaftar masuk penerbangan kira-kira jam 9 malam, semakan petugas di kaunter mendapati mendapati slip ujian keputusan saringan yang dibawa lelaki itu adalah positif (detected).

Menurut sumber, ia adalah prosedur untuk penerbangan antarabangsa di mana penumpang diwajibkan menyertakan keputusan ujian saringan Covid-19.

"Bagi kes ini, kedua-dua warga Bangladesh itu telah menyerahkan slip ujian yang positif hasil saringan di sebuah klinik swasta," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, anggota polis yang membuat rondaan kemudian telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan dua lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu.

"Tidak beberapa lama kemudian, sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

"Kedua-dua warga Bangladesh itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya.


== sinar harian
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,330
Reaction score
178
Points
33
Wartawan selami tugas getir petugas KKM kesan kontak rapat

GAMBAR hiasan


Batu Pahat: Setiap kali berhadapan dengan kes positif Covid-19, antara perkara paling mencabar ialah mengesan kontak rapat pesakit, yang adakalanya mencecah ribuan orang bermula hanya dari seorang pesakit.

Bagaimanapun, menjadi tugas dan langkah awal yang penting untuk dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak itu daripada menjadi lebih teruk lagi.

Hakikat ini diakui sendiri oleh petugas kesihatan yang terbabit dengan Kluster Batu 7 di sini, membabitkan lebih 400 pesakit dimasukkan ke hospital dan lebih 6,000 kontak menjalani saringan dalam proses kawalan dan pencegahan penularan wabak Covid-19.

Bernama baru-baru ini berpeluang melihat sendiri kesungguhan dan komitmen tinggi petugas kesihatan ketika mengendalikan pengesanan dan kerja-kerja awal membabitkan Kluster Batu 7 ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, yang juga Pegawai Kesihatan Daerah di Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat (PKDBP), Dr Shahril Azian Masrom berkata, lebih 100 anggota akan terbabit dalam sesuatu hari bagi menguruskan kes wabak Covid-19.

Ia bermula dengan anggota Bilik Gerakan menguruskan data, mengatur pergerakan pesakit dan kontak serta menyelaras pergerakan pasukan di lapangan seperti pasukan siasatan, penguatkuasaan, pengambilan sampel serta promosi kesihatan.

Menurut Dr Shahril lagi, umum tidak mengetahui apabila berlaku sesuatu wabak, secara tidak langsung anggota dan petugas KKM tidak akan dapat bercuti malah perlu sentiasa dalam keadaan siapsiaga andai kata perkhidmatan mereka diperlukan.

"Jika sebelum ini, memang ada pesakit yang disahkan menghidap wabak Covid-19 di daerah Batu Pahat ini, tetapi ia tidak membabitkan jumlah yang ramai sehingga bantuan pasukan lapangan dari luar daerah diperlukan seperti Kluang, Muar, Pontian, Kota Tinggi dan Segamat bertujuan membantu proses penyiasatan kes, menjejaki kontak rapat serta di dalam aktiviti pensampelan," katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif baru-baru ini.

Bilik gerakan berkenaan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pegawai Epidemiologi PKDBP, Dr Akashah Abdullah, adalah unit yang paling sibuk kerana memerlukan mereka bekerja sehingga 24 jam bagi mencari kontak rapat setiap pesakit yang terdiri daripada isi rumah, rakan sekerja, penduduk berhampiran serta individu yang pernah bertemu dengan pesakit.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Unit Penyakit Berjangkit PKDBP, Dr Nur Akma Anis Tajuddin yang membantu Dr Akashah berkata, mereka perlu mencari kontak rapat bagi setiap pesakit yang adakalanya terdiri daripada puluhan malah mencecah ratusan individu bagi satu-satu pesakit yang disahkan positif Covid-19.

Kakitangan PKDBP yang bertugas di unit berkenaan perlu menghubungi setiap kontak rapat terbabit untuk mereka menghadirkan diri ke Klinik Kesihatan Batu Pahat (KKBP) bagi menjalani ujian pensampelan dengan melakukan 'swab test' RT-PCR.

Menurut Dr Nur Akma, mereka terpaksa bekerja siang dan malam dan mengorbankan masa untuk keluarga demi memastikan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan.

"Pada waktu siang kami menyiasat, mencari dan menghubungi kontak rapat kepada pesakit, manakala pada waktu malam pula kami memasukkan setiap data dari hasil siasatan.

"Adakalanya pada waktu malam kami perlu menyemak data daripada rekod aplikasi MySejahtera bagi mengesan lokasi atau premis yang dikunjungi oleh setiap pesakit serta kontak rapat mereka," katanya.

Antara cabaran yang perlu ditempuhi mereka adalah apabila sebahagian pesakit dan kontak rapat terbabit enggan melakukan ujian pensampelan serta merahsiakan gejala wabak Covid-19 yang dihidapi.

Tambahnya lagi, tugas mereka tidak berakhir begitu sahaja, malah dengan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka akan memantau setiap kontak rapat yang diarah menjalani proses kuarantin di rumah.

Bagi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKDBP, Mohd Ubaidilah Shamsuddin, yang bertugas membuat pensampelan, beliau berkata, sejak kerja mengesan kluster berkenaan bermula, beliau diwajibkan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi melindungi diri daripada terdedah kepada virus itu.

Katanya, beliau perlu memakai PPE yang meliputi keseluruhan tubuhnya hampir tujuh hingga lapan jam setiap hari, selain perlu bertugas di lapangan bertemu dengan individu yang menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 ini.

"Antara cabaran di dalam menguruskan proses persampelan apabila mengenakan sut PPE ini adalah bermula daripada awal pemakaian dan ketika menanggalkannya di mana ia perlu mengikut prosedur ketat (SOP) yang ditetapkan.

"Dengan peluh 'lencun' di tubuh masing-masing, kami perlu menahannya sehingga tugasan kami ini selesai, yang mana perlu menguruskan proses pensampelan yang mencecah 600 orang setiap hari," katanya.

Menurut Ubaidillah, beliau perlu membersihkan diri dahulu selepas selesai menjalankan tugas pensampelan, sebelum pulang ke rumah atau singgah ke mana-mana.

Dalam pada itu, unit yang berperanan sama penting dalam usaha PKDBP memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini adalah Unit Promosi Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan Irene Faridah Ismail.

Menurut Irene, pihaknya berperanan untuk menghebahkan maklumat mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, Unit Bergerak Promosi Kesihatan Daerah Batu Pahat akan menyampaikan maklumat pencegahan apabila turun ke lapangan di kawasan PKPB.

"Unit ini mempunyai risiko tersendiri terutamanya semasa anggota menggantungkan bahan pameran seperti banner dan bunting serta mengedarkan poster serta risalah kepada umum. Namun, anggota dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan tugas.

"Kami turut mendapat kerjasama dari Unit Bergerak Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Batu Pahat dalam menyalurkan hebahan siaraya akan keadaan semasa dan menguar-uarkan pematuhan SOP, amalan normal baharu dan minda sihat bagi mengurangkan tekanan emosi semasa PKP di kawasan yang mempunyai risiko penularan wabak COVID-19," katanya.

Selain Unit Bergerak, infografik dan saluran maklumat disebarkan melalui saluran media sosial iaitu di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Johor Health Promotion (JOHEP) dan Pejabat Kesihatan Batu Pahat sebagai saluran rasmi.

Sepanjang dua hari bersama petugas KKM di daerah Batu Pahat ini, wartawan Bernama turut berpeluang merasai sendiri bagaimana rasanya tugasan yang dilakukan oleh mereka termasuklah memakai sut khas PPE selama kira-kira 1 jam.

Ternyata, tugas mereka sangat mencabar dan setiap hari mereka melakukannya dengan ikhlas demi mengekang penularan wabak ini.


== hmetro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,492
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20210118_143209_355.jpg

Saksikan siaran langsung Pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas pukul 4 petang ini di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,492
Reaction score
11,914
Points
2,376
IMG_20210118_175947_316.jpg


PKP Di Daerah Seremban & Port Dickson
19 Jan - 1 Feb​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register