GamezStar
CG Top Poster Club
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 30,542
- Reaction score
- 1,384
- Points
- 201
tang mana terkawal nye mcm pak menteri ckp pon mcm dah x nampak da niBagaimanapun buat masa ini kerajaan belum bercadang menggunakan kaedah paksaan sebaliknya meminta KKM dan hospital swasta berbincang bagi membolehkan premis mereka digunakan jika keadaan terdesak.
Enggan rawat pesakit Covid-19, hospital swasta boleh didenda RM5 juta
January 14, 2021 7:01 PM
View attachment 330659
(Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Hospital swasta boleh didenda sehingga RM5 juta jika gagal memberi kerjasama kepada kerajaan unutk menggunakan premis mereka bagi merawat pesakit Covid-19 sepanjang tempoh darurat.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun buat masa ini kerajaan belum bercadang menggunakan kaedah paksaan sebaliknya meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan hospital swasta berbincang bagi membolehkan premis mereka digunakan jika keadaan terdesak.
“Kita bersetuju dengan KKM kalau boleh tidak sampai tahap memaksa lagi, peringkat awal ini kita bincang dengan pihak swasta dan memberi cadangan kerajaan
“Kalau mereka tidak setuju kita boleh guna undang-ubdang, malah denda kalau tak silap saya sehingga RM5 juta dan boleh dipenjara,” katanya pada sidang media.
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan kuasa yang ada bawah darurat berbanding sebelum ini dalam mengekang penularan Covid-19.
![]()
Enggan rawat pesakit Covid-19, hospital swasta boleh didenda RM5 juta
Bagaimanapun buat masa ini kerajaan belum bercadang menggunakan kaedah paksaan sebaliknya meminta KKM dan hospital swasta berbincang bagi membolehkan premis mereka digunakan jika keadaan terdesak.www.freemalaysiatoday.com