Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 601 Mati, 3339 Kes Baru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
3 Kluster Baru Di Kenalpasti, 4 Di Isytihar Tamat - KP Kesihatan

22.11.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu hari ini, manakala empat kluster diisytihar tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tiga kluster baharu berkenaan ialah Kluster Pengkalan Barat, Kluster Bakti dan Kluster Bayam Indah.

Dr Noor Hisham berkata empat kluster diisytihar tamat adalah Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Memperincikan kluster baharu itu, Dr Noor Hisham berkata Kluster Pengkalan Barat melibatkan Daerah Barat Daya di Pulau Pinang serta Daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak dengan kes indeks (kes ke-42,002) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 10 Nov lepas.

"Sehingga hari ini sejumlah 251 individu telah disaring, dengan 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini," katanya dalam satu kenyataan media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Kluster Bakti pula melibatkan sebuah penjara dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan dengan kes indeks (kes ke-54,624) merupakan seorang banduan yang dilaporkan positif COVID-19 melalui saringan kemasukan tahanan ke penjara.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini sejumlah 481 individu telah disaring, dengan 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu. Beliau berkata Kluster Bayam Indah pula melibatkan Daerah Kulim dan Kuala Muda di Kedah dengan sejumlah 70 individu telah disaring dengan 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini setakat hari ini.

"Kes indeks (kes ke-53,580) bagi Kluster Bayam Indah dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala semalam," katanya.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster, dengan 54 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1904030
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,965
Reaction score
21,122
Points
1,671
naik teruk top glove punya kes
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
MMA Gesa Semak Semula SOP Saringan COVID-19 Pekerja Asing

22.11.2020 - Kuala Lumpur, Saringan COVID-19 yang diwajibkan ke atas pekerja asing merupakan langkah yang bagus, namun Kementerian Kesihatan (KKM) harus terlebih dahulu menyelesaikan isu prosedur operasi standard (SOP) bagi ujian calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang dihadapi oleh doktor, kata Persatuan Perubatan Malaysia. Presidennya Prof Datuk Dr M Subramaniam berkata ini bagi membolehkan ujian berskala besar dijalankan dengan lancar.

Selain itu, SOP yang menetapkan agar sampel positif COVID-19 dihantar ke hospital yang berkenaan menyebabkan berlaku kelewatan dan menambah kerenah birokrasi kerana pesakit yang dikesan positif menerusi RTK-Ag masih perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) di hospital tersebut, katanya dalam kenyataan. Pada 20 Nov lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju agar saringan kesihatan diwajibkan ke atas semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan menggunakan kaedah RTK-Ag.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata SOP agar pesakit positif COVID-19 diasingkan di klinik sementara menunggu ketibaan ambulans atau pegawai kesihatan daerah juga tidak praktikal kerana ada kes pesakit terpaksa menunggu lama, justeru sistem pengangkutan khusus untuk mereka perlu disediakan. Beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang pengkomersilan saringan COVID-19 yang meluas berikutan ada organisasi tidak berdaftar dengan pihak berkuasa menawarkan ujian itu.

“Ramai orang tengah dan ejen tidak berkaitan penjagaan kesihatan terlibat dalam saringan selain ujian dijalankan di fasiliti yang tidak mengisytiharkan aktiviti itu kepada KKM. Ujian mesti dijalankan oleh petugas kesihatan terlatih bagi mengelakkan pesakit berdepan risiko kecederaan, menghadapi isu kesihatan atau mendapat keputusan negatif palsu,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1904021
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
381 Individu Di Tahan Kerana Ingkar Arahan PKPP

22.11.2020 - Kuala Lumpur, Seramai 381 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 377 daripadanya dikompaun manakala empat individu direman, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, antara kesalahan mereka ialah berkenaan aktiviti di pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (57), rentas negeri/daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (33) dan lain-lain (46).

Beliau berkata dalam kenyataan di sini, hari ini, semalam Operasi Benteng berjaya menahan 20 pendatang tanpa izin, tiga penyeludup serta merampas sembilan kenderaan darat. Sementara itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai lepas sehingga semalam seramai 72,182 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 74 hotel serta 18 Institut Latihan Awam dan institut pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 9,855 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 404 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 61,923 individu telah discaj dan dibenarkan pulang,” katanya sambil menambah kesemua mereka pulang dari 36 negara.

Berkaitan pemantauan barang keperluan asas, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 673 premis perniagaan termasuk 482 peruncit, 160 pemborong dan 31 pengilang. Ismail Sabri berkata pegawai penguat kuasa KPDNHEP turut melakukan 1,045 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati kesemua premis yang diperiksa mematuhi arahan ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau menggesa pengusaha dan orang ramai agar mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya ketika menjalankan aktiviti jual beli barangan keperluan harian. Berhubung Ops Sanitasi Awam COVID-19 semalam, katanya sebanyak 35 operasi sanitasi meliputi sembilan zon merah, tiga zon jingga, enam zon kuning dan sembilan zon hijau melibatkan 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan kecuali Putrajaya, Sarawak dan Terengganu.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1903998
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
Masih Ramai Dakwa Tidak Mengetahui PKPB Di Kelantan - Polis

22.11.2020 - Kota Bharu, Polis Kelantan mendapati pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan bermula semalam, masih ramai penduduk negeri ini mendakwa masih tidak mengetahui mengenai perkara tersebut. Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata keadaan itu mungkin disebabkan pengumuman PKPB dilakukan pada hari cuti umum di Kelantan.

Katanya, berikutan pelaksanaan perintah tersebut, rakyat negeri ini perlu mendapatkan surat kebenaran daripada majikan, surat rentas daerah daripada pihak polis dan lain-lain sebelum memulakan sebarang perjalanan merentas daerah atau negeri.

Beliau berkata, pihak polis juga menyarankan supaya mereka sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan bersabar ketika melalui sekatan jalan raya yang mungkin akan mengambil sedikit masa.

"Pihak polis terpaksa membuat pemeriksaan ke atas setiap kenderaan yang hendak rentas daerah bagi memutuskan rantaian COVID-19. PDRM juga menyediakan lorong khas kepada petugas hadapan dan kecemasan dalam setiap sekatan jalan raya yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1904016
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,297
Reaction score
2,389
Points
206
ecace9a56f0ca779c32ee67f98943da0f2951f48-kluster-bakti-n9.jpeg


KLUSTER BAKTI

Kluster ini melibatkan sebuah penjara dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-54624) merupakan seorang banduan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 melalui saringan kemasukan tahanan ke penjara. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
PKPB Daerah Kuching Di Lanjut Hingga 27 Nov - JPBN Sarawak

22.11.2020 - Kuching Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching dilanjutkan lima hari lagi sehingga 27 Nov ini, menurut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini. Pemangku Pengerusi JPBN Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata keputusan itu dibuat kerana dalam tempoh 14 hari lepas masih terdapat 58 kes penularan tempatan positif COVID-19 dalam daerah itu.

"Taburan kes jangkitan ini tidak tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Oleh yang demikian setelah membuat penilaian risiko, tempoh PKPB di daerah Kuching dilanjutkan sehingga 27 Nov ini," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini.

Menurut beliau, sekiranya JBPN Sarawak mendapati dalam tempoh lanjutan PKPB tidak ada lagi keperluan untuk menguatkuasakan perintah berkenaan, tempoh pelaksanaan itu boleh dipendekkan pada bila-bila masa. Selain itu, katanya, tatacara kemasukan dan tempoh pelaksanaan kuarantin selama 14 hari apabila masuk ke Sarawak juga dilanjutkan sehingga diberitahu kelak.

Katanya, pergerakan keluar masuk merentasi daerah Kuching juga tidak dibenarkan kecuali untuk tugas rasmi dan tujuan bekerja dengan menunjukkan surat serta pas kerja daripada ketua jabatan atau majikan, sementara bagi kes kecemasan, ia dibenarkan tetapi perlu memohon permit daripada polis.

Masing, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata pembukaan taska dan tadika di zon merah dan zon kuning adalah dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KKWKPK) Sarawak.

Bagaimanapun, pengusaha taska dan tadika perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan dan wajib memaklumkan kepada KKWKPK sebelum memulakan operasi. Sementara itu, Masing berkata jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan dan tidak lagi terhad kepada tiga orang sahaja. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri masih kekal dengan keputusan hanya membiayai kos kuarantin bagi rakyat Sarawak manakala individu bukan rakyat Sarawak perlu menanggung sendiri kos itu.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1904048
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
Presiden China Cadang Kod QR Global Untuk Mudahkan Pergerakan Antara Negara

Presiden China, Xi Jinping kini mencadangkan penggunaan sebuah sistem kod QR pada peringkat global, sekaligus memudahkan pengguna untuk bergerak dari satu negara ke negara lain. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membuka kembali industri pelancongan, selain memudahkan perdagangan antara negara.

Melalui kod QR berkenaan, ia boleh menyertakan sejumlah maklumat, termasuk berkaitan perubatan, ujian Covid-19 dan sejarah perjalanan.

Di China, kaedah ini sedia digunakan di beberapa bandar untuk memudahkan pergerakkan dipantau, dan mengekang penularan dengan lebih pantas.

Apa pun, pengenalan sistem kod QR ini pada peringkat global mungkin akan menghadapi sejumlah cabaran, termasuk piawaian, pengurusan data, dan sebagainya. Tetapi, ia boleh dicapai dengan penyertaan dan perbincangan pelbagai pihak – sekaligus membuka beberapa industri semula.

Screenshot-3257.jpg
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,208
Reaction score
1,781
Points
206
22.11.2020 - Kuala Lumpur, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 27 November 2020.
Bagaimanapun, tempoh ini boleh dipendekkan pada bila-bila masa melihat kepada keadaan semasa.
Perinciannya dalam #AWANISarawak 7 malam di @501Awani


View attachment 315374

Pautan asal https://i.postimg.cc/3r1kFjTL/1.jpg
adohh letihla mcm ni... ingat nk habih dah, tengok2 kejap2 sambung, apo kato alang2 gomen trus panjangkan pkpb sampai 27 November 2021?

rakyat takyah tertunggu2 dah ekekekekeke
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,738
Reaction score
3,779
Points
236
Lapan individu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam pemeriksaan di Plaza Perbandaran Taiping, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pemeriksaan dijalankan antara jam 8.45 hingga 11.45 pagi, melibatkan seorang pegawai dan 11 anggota polis dibantu empat anggota Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Menurutnya, hasil pemeriksaan didapati seramai lapan individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita gagal mengikut SOP PKPB yang telah ditetapkan.

“Antaranya tidak menggunakan aplikasi My Sejahtera atau menulis secara manual kehadiran ke pasar Plaza Perbandaran Taiping,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau memberitahu, kesemua mereka berumur antara 44 hingga 73 tahun. Beliau mengulas mengenai hantaran yang tular di media sosial kononnya seramai 44 orang telah dikompaun di dalam pemeriksaan itu. Sehubungan itu, Osman menasihatkan orang awam supaya jangan memberi maklumat tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran orang ramai.

“Operasi akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan orang ramai agar patuh SOP PKPB. Amalkan norma baharu yang sering diingatkan oleh kerajaan demi memastikan rantaian COVID-19 terputus,” ujarnya.

Screenshot-3260.jpg


Screenshot-3259.jpg


Screenshot-3258.jpg

#SuaraPerak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register