Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 601 Mati, 3339 Kes Baru

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,202
Reaction score
1,779
Points
206
Covid-19: Lagi sekolah ditutup di Negeri Sembilan
SYAMILAH ZULKIFLI | | 22 Oktober 2020
860189.jpg

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan (SMK DUHA) ditutup mulai esok hingga 29 Oktober ini berikutan salah seorang daripada pelajarnya disahkan positif koronavirus (Covid-19) hari ini. Gambar hiasan.

REMBAU – Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan (SMK DUHA) ditutup mulai esok hingga 29 Oktober ini berikutan salah seorang daripada pelajarnya disahkan positif koronavirus (Covid-19) hari ini.

Menurut sumber, semua pelajar asrama diminta pulang ke rumah masing-masing kecuali mereka yang berada di zon merah atau perlu rentas negeri.

Difahamkan menerusi makluman yang diberitahu kepada ibu bapa, mereka diarahkan menjemput anak-anak di asrama sebelum jam 6 petang ini.

"Semua guru dan kakitangan sekolah kecuali pekerja pembersihan dan keselamatan diminta berada di rumah masing-masing dan menjalani kuarantin kendiri sehingga tarikh tersebut.

"Manakala pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab oleh Kementerian Kesihatan (KKM) petang ini," katanya.

Sementara itu, Sekolah Agama Rakyat (SAR) An-Nur Springhill di Port Dickson turut diarahkan tutup setelah menerima pengesahan kes jangkitan Covid-19.

Arahan itu dikeluarkan menerusi satu surat rasmi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli kepada Guru Besar semalam.

Menurut surat berkenaan, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan bahawa mana-mana sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM.

“Berdasarkan surat bertarikh 21 Oktober yang mengesahkan terdapat jangkitan Covid-19 di sekolah SAR An-Nur Springhill, sekolah diarah tutup mulai hari ini sehingga 28 Oktober ini.

“Guru-guru perlu bekerja dari rumah dan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di rumah berdasarkan kesesuaian serta keupayaan akses murid sepanjang penutupan sekolah,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan SMK Tunku Besar Tampin ditutup sehingga 28 Oktober ini manakala sekolah swasta Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Senawang pula diarah ditutup hari ini berikutan terdapat kes pelajarnya positif Covid-19.

 
Sponsored Post

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,487
Reaction score
461
Points
131
dah bosan pasal covid

shoping mall ada kes boleh bukak

masjid yang takde apa..alih alih kena tutup.

dah la saf takleh rapat ...

virus tu ada..tahap keganasan dia tu sekarang dah curious dah aku.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
dah bosan pasal covid

shoping mall ada kes boleh bukak

masjid yang takde apa..alih alih kena tutup.

dah la saf takleh rapat ...

virus tu ada..tahap keganasan dia tu sekarang dah curious dah aku.
trpkse la kita ikut pemerintah
diorg lebey bijak pndai ;)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,438
Reaction score
11,911
Points
2,376
PKPD di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu berkuat kuasa 24 Okt hingga 6 Nov - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,815
Reaction score
4,384
Points
601
Esok sembilan penjara bakal dilaksanakan PKPD
19bh05l2_1603357545.jpg


KUALA LUMPUR: Sembilan penjara iaitu lima di utara tanah air dan empat di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula esok hingga 4 November ini.

Penjara yang terbabit di utara Semenanjung ialah Pusat Koreksional Perlis, Penjara Sungai Petani, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah.

Penjara di Selangor pula ialah Penjara Reman Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Pusat Koreksional Puncak Alam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD itu dibuat berikutan risiko yang tinggi berlakunya jangkitan COVID-19 di penjara.

"Pada peringkat awal, kes ini berlaku Penjara Tawau, Sabah namun ia akhirnya merebak dan menjangkiti warden penjara yang keluar masuk penjara.

"Disebabkan itulah kita melaksanakan perintah ketat dengan melakukan PKPD di penjara," katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, sepanjang tempoh PKPD itu, ahli keluarga banduan tidak dibenarkan melawat.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,202
Reaction score
1,779
Points
206

Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Separuh pesakit Covid-19 tidak bergejala ketika dikesan positif
by Norrasyidah ArshadOctober 22, 2020 4:51 pm


SHAH ALAM, 22 OKT: Lebih separuh iaitu 50.2 peratus individu tidak mengalami gejala batuk, demam dan sakit tekak ketika dikesan positif Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata keputusan diperoleh Institut Penyelidikan Klinikal selepas menjalankan kajian melibatkan 5,889 pesakit pandemik itu.
“Satu daripada dua pesakit Covid-19 adalah tanpa gejala pada masa mereka dikesan positif.

“31.6 peratus kes bergejala tidak mengalami radang paru-paru, 13.6 peratus menghidapi radang namun tidak sesak nafas dan 3.5 peratus pula kedua-duanya. Terdapat 1.1 peratus pesakit tenat ketika dikesan positif wabak itu,” katanya menerusi Facebook.

Susulan itu, KKM meminta masyarakat yang mendekati pesakit Covid-19 supaya menghubungi pihaknya atau berjumpa doktor berhampiran bagi tindakan lanjut.

“Sila pakai pelitup muka di tempat awam supaya dapat mengelakkan jangkitan virus itu,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,733
Reaction score
11,620
Points
1,906
Kes sembuh=486
Jumlah kes sembuh=15,417 kes
Kes baharu positif=847
(kes import=5, kes tempatan=842)
Jumlah positif=23,804 kes
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=204 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=29 kes

1603361072880.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,733
Reaction score
11,620
Points
1,906
486 kes sembuh dilaporkan hari ini. Terima kasih petugas kesihatan! Dengan angka kes sembuh hari ini, jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 15,417.

Rakyat Malaysia mendoakan agar para petugas kesihatan dan semua barisan hadapan yang lain terus diberkati dan mendapat pahala berlipat ganda atas pengorbanan mereka ini, amin!

Kes sembuh mengikut negeri

Sabah-250
Selangor-109
Kedah-67
P.Pinang-30
Perak-13
Johor-9
Sarawak-6
Terengganu-2

1603361124399.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,733
Reaction score
11,620
Points
1,906
Sebanyak 847 kes baharu #COVID19 iaitu 842 kes tempatan dan 5 import.
Antaranya Sabah (578), Selangor (137), N. Sembilan (38 termasuk 33 pelajar tahfiz di Senawang), Labuan (29) dan KL (23).

486 pesakit sembuh dan 5 kematian baharu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,733
Reaction score
11,620
Points
1,906
PERINCIAN KES BAHARU (847)

SABAH-578
223 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Tinusa dan Sauh (baharu)
210 saringan kontak rapat
145 lain-lain saringan

SELANGOR-137
59 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Jambu (baharu)
55 dari saringan kontak rapat
8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
10 lain-lain saringan COVID-19
4 import dari India
1 import dari Amerika Syarikat

N.SEMBILAN-38
33 dari kluster Sofi (baharu)
4 kontak rapat
1 lain-lain saringan COVID-19

LABUAN-29
25 dari kluster-kluster sedia ada
4 saringan kontak rapat

KL-23
9 dari kluster-kluster sedia ada termasuk 1 kluster Bah Mutiara (baharu)
7 saringan kontak rapat
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 lain-lain saringan COVID-19

PERAK-14
6 kluster-kluster sedia ada
6 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

P.PINANG-10
8 dari kluster-kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat

PUTRAJAYA-4
3 dari kluster sedia ada
1 lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-3
3 dari kluster sedia ada

MELAKA-3
2 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Umboo (baharu)
1 saringan kontak rapat

KELANTAN-3
2 saringan kontak rapat
1 dari kluster sedia ada

PAHANG-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 dari kluster sedia ada

TERENGGANU-1
1 lain-lain saringan COVID-19

JOHOR-1
1 lain-lain saringan COVID-19

SARAWAK-1
1 saringan kontak rapat

1603361567972.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register