24.11.2020 - Kuala Lumpur, Enam kanak-kanak adalah antara 141 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Imigresen di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Hentian Kajang, di sini hari ini. Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen Mohamad Fauzi Md Isa berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, pendatang haram yang ditahan berusia antara setahun hingga 50 tahun yang terdiri daripada 77 lelaki, 58 wanita dan bakinya adalah kanak-kanak.
“Seramai 65 warga Indonesia; 59 Myanmar; sembilan Nepal serta lapan warganegara lain ditahan dalam operasi di PKPD Hentian Kajang yang akan berakhir tengah malam ini. Seramai 2,600 orang diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 1,900 adalah warga asing,” katanya ketika ditemui di lokasi PKPD Hentian Kajang hari ini.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih. PKPD Hentian Kajang dilaksanakan pada 28 Okt hingga 10 Nov dan tempoh itu dilanjutkan 14 hari lagi bermula 11 Nov dan dijadual berakhir tengah malam ini.
Pusat Khidmat Hasil Hulu Langat Di Buka Semula Esok
24.11.2020 - Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat di Pusat Hentian Kajang yang ditutup sejak 21 Oktober lalu kembali beroperasi mulai esok dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi semua jenis perkhidmatan iaitu kaunter percukaian, kaunter duti setem dan kaunter Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka dibuka setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.
“Namun, penerimaan bayaran bagi kaunter duti setem adalah hingga 12 tengah hari sahaja,” menurut kenyataan itu.
Kerajaan Pertimbangkan Integrasi Sijil Vaksin Digital Berasaskan Rantaian-Blok Ke MySejahtera
Menjelang tahun 2021, kini ramai pihak yang sedang giat dalam pembangunan vaksin untuk Covid-19, selain pihak kerajaan dalam persiapan dengan peruntukkan dan kaedah yang efektif dalam mevaksin rakyat. Selari dengannya, kini KJ mengatakan kerajaan sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam memudahkan penyediaan dokumen da semakan untuk mereka yang telah menerima vaksin.
Antara kaedah yang dipertimbangkan adalah termasuk menawarkan sijil vaksin berasaskan rantaian-blok kepada pengguna – yang diintegrasikan terus ke MySejahtera. Penggunaan ciri rantaian-blok akan memudahkan semakan dilakukan berkenaan siri vaksin yang diterima oleh seseorang rakyat berkenaan.
KJ turut menekankan yang mana mereka turut sedang mempertimbangkan untuk menyediakan pilihan secara luar-talian untuk mereka yang telah menerima vaksin. Pengesahan penerimaan vaksin ini dijangka akan memainkan peranan penting dalam beberapa industri. Sebagai contoh, pihak Qantas telah mengatakan yang mana penumpang kapal terbang perlu kelak membuktikan mereka telah menerima vaksin Covid-19 untuk penerbangan antarabangsa.
Bagaimana tiba-tiba tiada lagi arahan kuarantin untuk mereka yang pulang dari Sabah, sedangkan kluster Bah Bercham baru berlaku pada Jumaat lepas kerana kegagalan individu pulang dari Sabah untuk kuarantin diri.
DG pun menegaskan bahawa ujian swab yang negatif masih memerlukan mereka kuarantin diri selama 14 hari.
Sebab itu DG sendiri tak pernah sanggup membatalkan prosedur kuarantin ini.
Hanya Menteri, dan orang politik yang sanggup mengubah-ubah peraturan mengikut keperluan politik.