Covid-19 Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP 18/3/20 - 31/3/21, 594 Mati, 4029 Kes Baru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
KKM Rangka Pelan Tindakan Lindungi Zon Hijau

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merangka kriteria dan pelan tindakan untuk melindungi kawasan zon hijau daripada dijangkiti virus Covid-19 dari zon merah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelan tindakan tersebut akan merangkumi garis panduan mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan merebak di zon hijau pada peringkat daerah dan negeri.

“Di Sarawak misalnya, sekatan jalan raya digunakan bagi menghalang penduduk dari Kuching yang merupakan zon merah untuk pergi ke daerah lain,” katanya pada sidang media Covid-19 hari ini.

Jika boleh, Dr Noor Hisham juga menasihatkan orang ramai agar tidak ‘balik kampung’ kerana kadang kala seseorang itu tidak mengetahui jika dia dijangkiti Covid-19 atau tidak. Beliau berkata, tindakan ‘tidak balik kampung’ pada masa ini juga merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi warga tua yang merupakan kumpulan berisiko tinggi. Golongan tua dan mereka yang mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis juga tidak mempunyai antibodi yang kuat seperti golongan muda, katanya.

Beliau berkata salah satu langkah yang boleh digunakan untuk melindungi zon hijau adalah melaksanakan ujian saringan termasuk menggunakan ujian antigen Rapid Test Kit (RTK). Ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar kilang Top Glove di Klang, Selangor berikutan peningkatan mendadak kes positif dalam kalangan pekerja kilang itu, Dr Noor Hisham memberi jaminan pihaknya kini menjalankan pengesanan aktif kontak rapat.

“Ini bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kes baharu dalam kalangan bukan pekerja kilang sarung tangan itu. Kilang juga diarahkan tutup secara berperingkat dan kita (KKM) akan jalankan saringan ke atas 13,000 pekerja Top Glove. Kita harap dapat kawal penularan jangkitan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan keadaan masih terkawal di kilang tersebut ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 17 Nov lalu di lokaliti tersebut.

“Semua kes positif dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka dikuarantin bagi mengelak jangkitan kepada pekerja lain,” kata Dr Noor Hisham.

Ditanya mengenai langkah pencegahan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir, beliau berkata KKM membangunkan Panduan Pencegahan dan Pengurusan Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir bagi mengelakkan berlakunya jangkitan wabak. Katanya, saringan Covid-19 dilakukan sekiranya terdapat kes positif atau yang melibatkan kontak rapat.

“KKM ingin ingatkan semua mangsa kena patuh tatacara operasi piawai (SOP) walaupun dalam keadaan banjir. Antara tindakan KKM bagi mengelak jangkitan Covid-19 di PPS, antaranya penggunaan penghadang yang diletakkan dalam jarak dua meter, ada tempat mencuci tangan, pemakaian pelitup muka serta kena jaga kebersihan semasa banjir.

“Saringan akan dijalankan kalau ada indikasi ataupun ada gejala tetapi bukan keseluruhan. KKM akan menjalankan saringan sekiranya ada kes seperti kontak rapat atau kes positif,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/covid-19-kkm-rangka-pelan-tindakan-lindungi-zon-hijau/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
LZS Sahkan Seorang Kakitangan Positif Covid-19

23.11.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan seorang warga kerjanya di ibu pejabat institusi itu di Seksyen 13 positif Covid-19. LZS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, petugas itu disahkan positif Covid-19 semalam selepas menjalani ujian saringan pada Khamis lepas dan sedang menjalani rawatan di hospital.

Menurut kenyataan itu, petugas berkenaan sebelum ini dikesan sebagai kontak rapat kepada keluarganya yang terdekat dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah sejak 11 Nov lepas.

“Sepanjang tempoh kuarantin, kakitangan berkenaan tidak hadir ke pejabat dan tidak berurusan dengan mana-mana warga kerja lain serta pelanggan. LZS bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua tindakan bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 dilaksanakan segera,” menurut kenyataan itu.

LZS juga memaklumkan, proses disinfeksi secara menyeluruh dilaksanakan di kawasan kerja yang terlibat mengikut garis panduan ditetapkan. Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan yang berurusan di LZS dinasihatkan mematuhi tatacara operasi piawai ditetapkan di semua cawangan premis institusi berkenaan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/lzs-sahkan-seorang-kakitangan-positif-covid-19/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
ADN Meru Rayu Putrajaya Henti Operasi Kilang Top Glove

23.11.2020 - Shah Alam, Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru meminta kerajaan persekutuan menghentikan sementara operasi kilang Top Glove susulan kes peningkatan ketara kes Covid-19. Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata keselamatan penduduk sekitar paling utama buat masa kini berbanding keuntungan kilang sarung tangan itu.

“Memandangkan kes kluster Jalan Teratai di Meru semakin memburukkan keadaan dan amat membimbangkan semua warga Meru dan pekerja tempatan di Top Glove sendiri. Keselamatan penduduk Meru lebih utama sekarang daripada keuntungan kilang,” katanya menerusi Facebook.

Pada 16 November, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di asrama pekerja kilang terbabit susulan pengesanan 215 kes positif Covid-19. Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 28 kilang Top Glove di Klang diarah ditutup secara berperingkat susulan 1,067 kes positif wabak dilaporkan di kawasan itu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/adn-meru-rayu-putrajaya-henti-operasi-kilang-top-glove/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Top Glove Beri Kerjasama Penuh

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi melaksanakan penutupan sementara secara berperingkat kilangnya di Meru, Klang, susulan peningkatan drastik kes positif COVID-19 dalam kalangan tenaga kerja di kilang berkenaan. Top Glove dalam kenyataan hari ini berkata sejak 18 Nov lepas sehingga kini, pihaknya telah menghentikan sementara pengeluaran di 16 kilangnya di Meru, Klang, manakala baki 12 lagi kilangnya telah beroperasi dengan kapasiti yang dikurangkan.

“Dengan bimbingan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami telah selesai melaksanakan proses saringan penuh kira-kira 5,700 pekerja di asrama mereka. Kami komited untuk meneruskan ujian saringan COVID-19 sebagaimana yang disyorkan KKM keatas baki pekerja dan petugas di kilang-kilang kami di Meru, Klang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menekankan bahawa aspek keselamatan dan kebajikan para pekerja serta komuniti tempatan adalah keutamaan tertinggi pihaknya dalam mengawal keadaan, dan melandaikan lengkung COVID-19. Sehubungan itu Top Glove juga akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan ketat.

“Langkah disinfeksi di premis serta kemudahan penginapan kami juga akan dijalankan dengan kerap, dengan pelaksanaan semua langkah pencegahan yang perlu,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 28 kilang Top Glove di Klang akan ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerjanya menjalani saringan dan kuarantin. Beliau berkata pelaksanaan arahan itu akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan Selangor, dengan kerjasama pengurusan syarikat.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1904516
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Top Glove Di Arah Tutup 28 Kilang, Lebih 1,000 Pekerja Di Jangkiti COVID-19

Noah Lee dan Nisha David
Kuala Lumpur
2020-11-23


image.jpg

Pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang memasuki Taman Daya Maju untuk menjalankan
ujian COVID-19 terhadap penduduk dan penghuni asrama pekerja Top Glove di Meru, Klang pada 17 Nov 2020.

Malaysia pada hari Isnin mengarahkan syarikat pembuat sarung tangan getah terbesar dunia Top Glove menghentikan operasi 28 kilangnya selepas lebih 1,000 jangkitan baharu coronavirus dikesan dalam kalangan pekerjanya di Klang, yang terletak 36 kilometer dari Kuala Lumpur. Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Malaysia memberitahu sidang media pada Isnin bahawa kerajaan memutuskan untuk menutup kilang Top Glove secara berperingkat selepas mendapat nasihat dan syor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, mesyuarat khas hari ini telah bersetuju bahawa 28 kilang Top Glove ditutup secara berperingkat untuk membolehkan pekerjanya disaring dan melalui proses kuarantin,” katanya.

Keputusan itu dibuat pada hari sama KKM mengumumkan bahawa sebanyak 1,067 jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerja Top Glove. Peningkatan mendadak itu telah melonjakkan kes membabitkan syarikat tersebut kepada 2,524 kata Ketua Pengarah KKM Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kenaikan itu adalah berikutan keputusan ujian secara bersasar terhadap pekerja yang menghuni asrama yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehingga kini 1,067 kes dikesan dalam kalangan pekerja berkaitan dengan kilang itu dan jumlah setakat ini ialah 2,524. Daripada jumlah itu, 2,453 atau 97.2 peratus adalah pekerja kilang manakala selebihnya adalah kontak rapat,” kata Noor Hisham dalam sidang media di Putrajaya.

Menurutnya jangkitan dalam kalangan pekerja asing adalah yang tertinggi dengan 2,360 kes manakala 164 melibatkan pekerja tempatan dan ahli keluarga mereka. Mengulas perintah kerajaan untuk menutup sementara kilang milik Top Glove, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk menjalankan ujian COVID-19 terhadap 13,000 pekerja syarikat itu.

“Apa yang lebih penting ialah situasi di kilang-kilang tersebut terkawal dan kami berharap untuk selesaikan proses saringan terhadap semua 13,000 dan mengasingkan kes positif,” katanya.

Peningkatan mendadak kes positif dalam kalangan pekerja Top Glove telah melonjakkan jumlah jangkitan harian di Malaysia kepada 1,884. Sebelum ini, kes tertinggi harian ialah pada 6 Nov iaitu 1,755. Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di dua kawasan di Meru yang menempatkan beberapa asrama pekerja selama 14 hari bermula 17 Nov sehingga 30 Nov bagi membendung penularan COVID-19 yang ketika itu menjangkiti 215 pekerja. Arahan kerajaan itu melibatkan 5,000 pekerja yang menghuni asrama dan 1,200 penduduk setempat. Top Glove dalam kenyataannya hari ini memaklumkan ia akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan untuk melaksanakan arahan itu secara berperingkat. Menurut syarikat itu, mereka sudahpun menutup operasi di 16 premis sejak 18 Nov manakala 12 lagi beroperasi dengan kapasiti yang amat rendah.

“Dengan bimbingan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kami sudahpun menyempurnakan saringan penuh terhadap 5,700 pekerja di asrama kami. Kami komited untuk meneruskan rekomendasi ujian saringan COVID-19 untuk pekerja dan staf kami yang selebihnya di kilang-kilang di Meru, Klang,” katanya.

Usaha BeritaBenar untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat itu, termasuk mengenai kesan penutupan kilang terhadap pengeluaran sarung tangan yang memainkan peranan penting dalam usaha memerangi COVID-19 di peringkat global, bagaimanapun menemui kegagalan. Hantaran mesej dan panggilan ke telefon bimbit pegawai media dan Pengarah Urusan Top Glove Lee KM tidak berjawab. Insiden yang menimpa Top Glove bagaimanapun gagal meraih simpati Ahli Parlimen terutama bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kenyataan Ahli Parlimen Muar itu yang dimuat naik di laman Facebooknya menyelar Top Glove yang didakwa gagal melindungi pekerjanya.

“Kluster Teratai mula dikesan sejak 2 Nov tetapi kilang-kilangnya tidak ditutup langsung. Inilah sebabnya saya tidak ada rasa simpati kepada syarikat besar. Mereka dapat keuntungan besar, abaikan pekerja mereka dan mengamalkan buruh paksa,” kata Syed Saddiq merujuk kepada kluster jangkitan yang mempunyai kaitan dengan Top Glove.

Beliau turut mengulangi gesaannya yang sebelum ini dibuat di Parlimen agar kerajaan mengenakan cukai durian runtuh sebanyak RM4.8 bilion (US$1.17 bilion) terhadap Top Glove dan mendakwa syarikat itu meraih keuntungan luar biasa ketika penularan COVID-19 dalam negara.

“Mereka membuat keuntungan di Malaysia, jadi mereka ada tanggungjawab untuk membantu negara terutama pada ketika ini. Saya tidak akan mempertahankan syarikat kaya. Mereka telah menikmati keuntungan berbilion-bilion ringgit tetapi hanya menderma RM400 juta (US$97.74 juta) kepada negara,” katanya.

Kerajaan turut memutuskan pada Jumaat bahawa sejumlah 1,615,834 juta pekerja asing di enam negeri dan wilayah persekutuan iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan wajib menjalani ujian COVID-19 setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Sumber Manusia dan KKM dalam mesyuarat sebelum ini. Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) akan membiayai 50 peratus daripada kos ujian bagi mereka yang mendaftar dengan organisasi itu manakala separuh lagi ditanggung oleh majikan dan bagi yang tidak mendaftar, kos perlu dibiayai sepenuhnya oleh majikan.

Artikel asal BenarNews.MY
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,527
Reaction score
1,381
Points
201
Tg tetap untung.. harga sarong tangan dianorg da naik sampai rm18. Sekotak
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,322
Reaction score
11,897
Points
2,376
IMG_20201124_131226_018.jpg


Gelembung Perjalanan Domestik​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,322
Reaction score
11,897
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,322
Reaction score
11,897
Points
2,376
IMG_20201124_161825_031.jpg

IMG_20201124_161826_894.jpg

IMG_20201124_161828_539.jpg

Kenyataan Akhbar Menteri Kanan Pertahanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-252 Dan Hari Ke-168 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (24 November 2020)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register