BTC USD 35,768.0 Gold USD 1,840.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Volvo Guna Keluli Bebas Fosil Pertama Dunia Untuk Kenderaan Elektrik

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Volvo akan menawarkan kenderaan elektrik sahaja menjelang 2025 dan memastikan rantaian bekalan neutral karbon menjelang 2050. Tetapi ramai menyedari menghasilkan kenderaan masih lagi mencemarkan dunia kerana keperluan melombong logam, sumber nadir bumi dan litium. Langkah pertama mengurangkan impak di sini dilakukan dengan menggunakan keluli ‘bebas fosil’.

Volvo menjadi pelanggan pertama Svenskt Stål AB (SSAB) yang menggunakan keluli bebas fosil menerusi teknologi baharu yang diberi nama HYBRIT. Bebas fosil di sini ialah proses menghasilkan keluli yang tidak langsung menggunakan sebarang bahan api fosil sepanjang proses menghasilkannya.

Logam besi diambil dari sumber yang melombong secara sifar bahan api fosil. Semasa besi diproses menjadi keluli, coke (dari arang batu) digantikan dengan pula dengan hidrogen dan akhir sekali relau pula adalah elektrik sepenuhnya tanpa membakar bahan api fosil. Hasilnya ialah keluli yang sama dengan keluli biasa cuma dengan impak ke atas alam sekitar yang lebih rendah.

Perbezaan hanyalah terletak pada kos yang lebih tinggi tetapi SSAB percaya dengan pengeluaran pada skala lebih besar menjelang 2026, kos akan lebih kompetitif dengan proses sedia ada. Volvo akan menggunakan keluli bebas fosil ini pada lori elektrik keluaran mereka.
1629880828627.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register