BTC USD 56,376.5 Gold USD 1,777.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco VoLTE Akhirnya Di Tawarkan Untuk Pengguna Maxis, Ini Senarai Telefonnya

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,303
Reaction score
3,816
Points
236
VoLTE Kini Tersedia Untuk Pelanggan Pascabayar

Maxis kini berkongsi mengatakan mereka telah mengaktifkan ciri VoLTE sejak daripada Oktober 2020 yang lepas, dan kini ciri panggilan berkenaan tersedia untuk pelanggan pascabayar Maxis dan Hotlink.

Dengan menggunakan ciri VoLTE, ia menjanjikan sokongan panggilan suara yang lebih berkualiti, hubungan panggilan yang lebih pantas, tidak menganggu rangkaian data ketika melakukan panggilan suara, disamping memudahkan anda berubah dari panggilan suara ke video dengan serta-merta.

Bagi para pengguna Maxis, anda boleh menyemak laman rasmi Maxis untuk melihat peranti anda sama ada menyokong rangkaian VoLTE atau sebaliknya. Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri VoLTE ini akan diperkenalkan untuk pelanggan prabayar Hotlink.

Rujukan https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/maxis-network/volte/
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register