Telco VoLTE Akhirnya Di Tawarkan Untuk Pengguna Maxis, Ini Senarai Telefonnya

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Terkini, Maxis telah menawarkan fungsi VoLTE untuk pengguna di Malaysia bermula hari ini. Untuk makluman, dengan VoLTE, ia membolehkan panggilan dibuat melalui rangkaian 4G LTE. Signifikannya, panggilan suara akan menjadi lebih jelas dan sambungan lebih pantas.

Walau bagaimanapun, bukan kesemua telefon pintar menyokong VoLTE Maxis. Akan tetapi jumlah senarai telefon yang menyokongnya boleh dikatakan agak banyak berbanding sesetengah rangkaian lain yang hanya menyokong telefon iPhone sahaja.

Ini merupakan senarai 36 telefon pintar yang menyokong fungsi VoLTE untuk Maxis termasuklah dari jenama iPhone, Xiaomi, OPPO, ZTE, Huawei, Samsung dan juga vivo. Senarai ini belum lagi muktamad disebabkan Maxis akan menambah lebih banyak lagi model telefon pintar pada masa akan datang.

volte.png

201016-maxis-volte-support.jpg
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,882
Reaction score
2,043
Points
206
volte tu short form voice over LTE.
telco lain takde offer ke?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
volte tu short form voice over LTE.
telco lain takde offer ke?
Celcom ngan DiGi ada, tapi kena set manually .. kalo DiGi, muat-turun MyDiGi -> Settings -> My Subscription dan aktifkan penanda vo-LTE (tapi pastikan telefon sokong vo-LTE)

Maxis start tahun depan fungsi vo-LTE

Celcom saya tak pasti settingnya sebab saya guna DiGi dan Maxis sahaja :D
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,882
Reaction score
2,043
Points
206
Celcom ngan DiGi ada, tapi kena set manually .. kalo DiGi, muat-turun MyDiGi -> Settings -> My Subscription dan aktifkan penanda vo-LTE (tapi pastikan telefon sokong vo-LTE)

Maxis start tahun depan fungsi vo-LTE

Celcom saya tak pasti settingnya sebab saya guna DiGi dan Maxis sahaja :D
kalau redone ikut celcom ke bro?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
kalau redone ikut celcom ke bro?
yup .. redone ngan XOX pakai tower celcom tapi khidmat vo-LTE bergantung pada model telefon tertentu .. telefon yang ada fungsi vo-LTE boleh guna, tapi saya dah backout dari redone sbb dah x bawak Grab lagi dah :D
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,882
Reaction score
2,043
Points
206
yup .. redone ngan XOX pakai tower celcom tapi khidmat vo-LTE bergantung pada model telefon tertentu .. telefon yang ada fungsi vo-LTE boleh guna, tapi saya dah backout dari redone sbb dah x bawak Grab lagi dah :D
redone jimat bro. sekarang ada redsocial lagi banyak jimat.
tapi semenjak wfh ni memang tak luak data sebab pakai unifi je.
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,388
Reaction score
592
Points
171
kalau aku.. aku boikot jer,, cukup laa. org mereka nak buang topi raja kita
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Maxis VoLTE Untuk Sejumlah Peranti - Menjanjikan Panggilan Lebih Berkualiti

Maxis
kini telah pun memperkenalkan sokongan panggilan VoLTE untuk pengguna mereka, sekaligus menjanjikan kualiti panggilan yang lebih baik berbanding kebiasaan. Dengan menggunakan ciri VoLTE, ia menjanjikan sokongan panggilan suara yang lebih berkualiti, hubungan panggilan yang lebih pantas, tidak menganggu rangkaian data ketika melakukan panggilan suara, disamping memudahkan anda berubah dari panggilan suara ke video dengan serta-merta.

Buat masa ini, hanya sejumlah peranti yang disokong, dan Maxis sendiri mengaktifkan ciri ini kepada para pengguna secara berperingkat sedikit demi sedikit. Antara peranti yang disokong adalah peranti keluaran
  • Apple (iPhone SE, iPhone 11, iPhone XS, iPhone X, iPhone XR, iPhone 8 dan iPhone 7)
  • Xiaomi (Mi 10T Pro, Mi 10T, Poco F2 Pro, Mi 10 Pro, Mi 10, Note 10 Lite, Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9)
  • Oppo (Reno 4 Pro, Reno 4, A93, Reno 3, dan A53)
  • Samsung (Note 20, Note 20 5G, Note 20 Ultra 5G)
  • Vivo (X50 Pro, X50, S1 Pro)
  • Huawei (Nova 7)
Anda yang menggunakan peranti ini, boleh ke halaman tetapan, dan pada bahagian Mobile Network > Mobile Data, pilih Enable VoLTE.

Sumber rujukan https://www.maxis.com.my/about-maxis/maxis-network/volte/
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,444
Reaction score
301
Points
131
volte tu short form voice over LTE.
telco lain takde offer ke?
Unifi pon ade..
smalam baru aku prasan sbb nak test bole tak phone Doogee N20 support sim Unifi utk network 4G..
rupanya mmg bole dan siap ade VOLTE lagi..Tunetalk plak xde..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register