BTC USD 60,933.8 Gold USD 1,793.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Volkswagen lancar model baru Beetle

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal0


(Dari Kiri) Ricky Tay, Pengarah Urusan Komersial ASEAN dan Ketua Bahagian Operasi Komersial Volkswagen, Armin Keller dan Pengarah Urusan China/Asean Volkswagen Group China, Weiming Soh pada pelancaran model terbaru Volkswagen.
Kuala Lumpur: Volkswagen Group Malaysia (VGM) melancarkan model baru Beetle, kereta yang menjadi ikon Volkswagen, pada pameran auto Volkswagen Das 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Berbanding model lama, Beetle keluaran terbaru itu menawarkan ruang kepala, kaki dan but yang lebih besar.

Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay, berkata sebagai satu ikon budaya yang popular, Beetle menekankan falsafah jenama Volkswagen yang eksklusif kepada pengguna.
“Volkswagen mendidik mereka mengenai falsafah, teknologi dan inovasi yang diterapkan dalam kumpulan kejuruteraan Jerman.

Rekaan lebih berani

“Pasukan rekaan yang diketuai oleh Ketua Rekaan VW, Walter De Silva dan Klaus Bischoff menghasilkan Beetle yang lebih berani, dinamik dan gagah berbanding model lama,” katanya pelancaran model berkenaan di sini semalam.

Tambahnya, Beetle mula memasuki pasaran Malaysia sejak tahun 1950-an dan ia masih menjadi pilihan penggemar kereta klasik dan peminat Beetle di negara ini.
Pada peringkat global, Beetle kali pertama diperkenalkan kepada dunia pada 1938 dan sejak itu, sebanyak 22.5 juta unit sudah terjual.

Tay berkata model baru itu didatangkan dengan suntikan 1.2 liter TSI yang mengepam kuasa 105PS dan 175Nm tork pada antara 1,550 hingga 4,100 rpm.

“Ia membolehkan kereta itu mencapai kelajuan 100km sejam dalam 10.9 saat dengan kelajuan tertinggi sehingga 180km sejam.

“Di sebalik prestasi pecutan yang cemerlang, ia juga memberikan penjimatan penggunaan bahan api yang luar biasa pada kadar 5.9 liter bagi 100km,” katanya.

Varian berkenaan dilengkapi dengan kotak gear tujuh kelajuan peralihan langsung (DSG) yang membantu untuk menyampaikan kecekapan bahan api

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VolkswagenlancarmodelbaruBeetle/Article/
 
Sponsored Post

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
design ni memang comel
 

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
nice.. dlm kepala tgh pk nk beli nih...
sb minat sgt2... tp brape RM erk??
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register