Virus selesema burung H5N8 |Russia kesan kes pertama pada manusia

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,356
Reaction score
4,423
Points
601
Varian baharu virus selesema burung H5N8 dikesan di Hong Kong

w_51706132_1610785966.jpg

Gambar fail menunjukkan penyelidik melakukan pemeriksaan berikutan penularan wabak selesema burung. - Foto EPA

HONG KONG: Pihak berkuasa meningkatkan kesiapsiagaan terhadap wabak selesema burung selepas virus H5N8, jenis varian baharu patogen itu dikesan di Hong Kong buat pertama kali.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan Hong Kong memaklumkan, dua sampel najis burung yang diambil dari rizab alam sekitar Mai Po oleh penyelidik universiti Rabu lalu disahkan positif virus H5N8.

Mai Po adalah kawasan tanah lembap terbesar di Hong Kong dan diiktiraf antarabangsa atas kepentingan globalnya sebagai habitat persinggahan puluhan ribu burung dari serata dunia.

Menurut jabatan terbabit, tiada ladang penternakan di kesan dalam lingkungan tiga kilometer (km) dari kawasan itu, namun mengingatkan penternak, pemilik kedai burung dan pemilik haiwan berdaftar untuk berjaga-jaga terhadap selesema burung.


Sementara itu, Jabatan Makanan dan Kebersihan Persekitaran Hong Kong memaklumkan akan terus mengawasi gerai menjual haiwan ternakan seperti ayam, itik dan angsa.

Profesor Leo Poon Lit-man, yang terbabit dalam pasukan penyelidik itu, berkata ini adalah kali pertama virus H5N8 dikesan di Hong Kong.

"Ia tidak mengejutkan kerana virus ini sudah tersebar luas di kawasan lain dan ia mungkin dibawa masuk ke Hong Kong oleh burung yang berhijrah ke sini," katanya.

Tambah beliau, lebih banyak ujian akan dijalankan bagi mengenal pasti sumber virus itu dan menggerakkan usaha mengekang penularan.

Penularan virus H5N8 dikesan pada peringkat global membabitkan burung liar dan ladang ternakan di China dan beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, Jerman dan Perancis, menyebabkan penakaian jutaan ayam.

Lit-man berkata, walaupun belum ada rekod manusia dijangkiti virus itu, kemungkinan itu masih boleh diketepikan sepenuhnya.

"Risiko manusia dijangkiti adalah rendah, namun mungkin ada pengecualian bagi kes tertentu, khususnya bagi individu memiliki sistem imunisasi yang lemah dan kemungkinan ini tidak boleh diketepikan," katanya.

Beberpa kes membabitkan manusia dijangkiti virus selesema burung seperti H5N1 dan H7N9 sebelum ini menyebabkan sejumlah besar kematian.

Sementara itu, Kementerian Perikanan dan Penternakan Haiwan India, dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan penularan selesema burung di 11 negeri.

Negeri terbabit ialah Kerala, Rajasthan, Madhya Pradesh, Himachal Pradesh, Haryana, Gujarat, Uttar Pradesh, Maharashtra, Delhi, Uttarakhand dan Chhattisgarh.

"Setakat 15 Januari, selesema burung membabitkan gagak dan merpati direkodkan di daerah Burhanpur, Rajgarh, Dindori, Chhindwara, Mandla, Harda, Dhar, Sagar dan Satna di Madhya Pradesh.

"Jangkitan sama ditemui pada burung gagak dan layang-layang di daerah Dehradun di Uttarakhand, Rohini di Delhi (gagak) dan pada spesies itik serta burung botak hitam di Zoo Jaipur di Rajasthan.

"Kes dalam kalangan haiwan ternakan turut direkodkan di daerah Harda di Madhya Pradesh dan daerah Balod di Chhattisgarh," menurut kenyataan itu.

Tambah kementerian itu, virus terbabit mudah dihapuskan pada suhu 70 darjah Celsius, bermakna haiwan dan produk ternakan yang dimasak dengan baik adalah selamat dimakan manusia. - AGENSI

 
Last edited:
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,011
Reaction score
742
Points
121
ok apa lagi game selepas ni.

teruskan amalkan SOP je la.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,356
Reaction score
4,423
Points
601
Selesema burung di Republik Czechs

PRAGUE: Pihak berkuasa Republik Czechs berkata mereka menemui virus selesema burung H5N8 yang sangat mudah berjangkit dalam dua ekor angsa mati, di selatan negara itu.

Virus berkenaan membawa maut kepada burung tetapi belum ada kes jangkitan kepada manusia.

Itu kes pertama menjangkit burung liar di Republik Chechs sejak 2017, walaupun virus berkenaan dikesan di ladang ternak kecil tahun lalu yang mengakibatkan 137,000 ayam dimusnahkan.

"Kami menasihat penternak kecil mengurung haiwan mereka bagi mengelakkan bercampur dengan burung liar," kata Pengarah Veterinar Kebangsaan, Zbynek Semerad dalam kenyataan pada Khamis.

Virus itu kini merebak di beberapa negara Eropah, termasuk di Perancis dengan beribu-ribu ayam dimusnahkan bagi mengelakkan wabak.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,356
Reaction score
4,423
Points
601
Bird Flu Symptoms, Causes, & Prevention || How should we cook Eggs and Chicken? || Practo

 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,099
Reaction score
2,649
Points
201
Klo ayam problem..
Dengan daging ntah halal ke tak..
Rakyat akan start bising..
harap gov dh ada plan..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,356
Reaction score
4,423
Points
601
Algeria isytihar darurat wabak selesema burung H5N8

ALGIERS (ALGERIA): Algeria mengisytiharkan darurat selepas Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengumumkan penularan wabak selesema burung, H5N8 melanda kawasan timur negara ini, lapor Agensi Anadolu.

"Sumber virus ini daripada burung yang berhijrah dan kami (Algeria) telah mengeluarkan amaran kepada semua wilayah untuk mematuhi arahan darurat.

"Wabak itu dikesan di bandar kota, Ain Fakroun," kata Menteri Pertanian, Abdelhamid Hamdani, pada sidang media, semalam.

Semalam, OIE mengesan kawasan panas yang menjadi lokasi penularan wabak di Ain Fakroun, iaitu Oum El Bouaghi.

Analisis makmal menunjukkan wabak di bandar itu sudah menjangkiti 51,200 ayam. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,356
Reaction score
4,423
Points
601
%28FILE%29_POLAND_RUSSIA_BIRD_FLU_1613827717.jpg

Russia menyatakan saintisnya telah mengesan kes pertama penularan virus selesema burung H5N8 kepada manusia. - Foto EPA


Russia kesan kes pertama selesema burung H5N8 pada manusia

MOSCOW: Russia hari ini menyatakan bahawa saintisnya telah mengesan kes pertama penularan virus selesema burung H5N8 kepada manusia dan telah memberi amaran kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Maklumat mengenai kes pertama penularan virus selesema burung di dunia (H5N8) kepada manusia telah dimaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia," kata ketua pengawas kesihatan Russia, Rospotrebnadzor, Anna Popova, dalam kenyataan di televisyen. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register