BTC USD 50,968.2 Gold USD 1,776.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral video sikap biadap Norhizam Hassan Exco DAP Melaka

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,463
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,463
Reaction score
1,783
Points
596
nampak dia tak takut leh sound direct ja
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,936
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,936
Reaction score
22,066
Points
1,671
Speaker beri gelaran 'juara tembak babi'

EJ9c_EBU4AAlaMg


AYER KEROH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar, hari ini menjelaskan gelaran diberikannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai ‘juara tembak babi’, bukan bermaksud menghina.


Sebaliknya, beliau berkata, kenyataannya pada persidangan DUN semalam, merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangga Batu yang juga Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu sebagai wira atau seorang yang hebat dalam menjalankan tugas.

Omar turut mengesahkan, tiada maklumat mengenai adanya unsur protes daripada Kerajaan Indonesia terhadap kenyataan Norhizam mengenai migrasi babi hutan dari Sumatera seperti didakwa oleh Datuk Seri Idris Haron (BN- Sungai Udang).

Semalam, persidangan DUN Melaka ‘panas’ dengan isu babi hutan menyebabkan sesi terpaksa ditangguhkan sebelum rehat.

Ia bermula sebelum Norhizam menjawab soalan tambahan Datuk Gue Teck (PH-Klebang) yang bertanya bila operasi menembak babi hutan selesai, sekali gus menyebabkan beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) mencelah dan mendakwa soalan tambahan berkenaan tiada kaitan dengan soalan asal.

Keadaan semakin panas apabila Idris yang juga Ketua Pembangkang DUN Melaka, mendesak kerajaan negeri lebih sensitif berhubung itu berkenaan sambil mendakwa kenyataan Norhizam sebelum ini, membangkitkan kemarahan Indonesia.

Norhizam bagaimanapun tetap mempertahankan dakwaan wujud migrasi haiwan liar itu ke Melaka dan mendedahkan sebanyak 479 babi hutan berjaya ditembak dalam operasi yang dijalankan secara berkala, sejak Januari hingga Oktober lalu.

Susulan isu sama juga, Ketua Menteri, Adly Zahari pada sidang media di luar DUN hari ini, meminta semua ADUN Melaka berhujah dan berbahas menggunakan fakta bagi mengelakkan tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri.

Beliau kecewa kerana segelintir ADUN berhujah tanpa mengemukakan fakta, lebih-lebih lagi dalam isu hubungan baik dengan negara luar yang disifatkannya boleh menimbulkan fitnah semata-mata.

“Contohnya, kenyataan ADUN Sungai Udang bahawa isu itu (babi hutan) menimbulkan kemarahan Indonesia, adalah tidak berasas dan tiada fakta atau bukti. Kita (Melaka) membina hubungan baik dengan Kerajaan Indonesia, malah mereka tidak menimbulkan apa-apa isu.

“Tiada fakta yang menyokong hujah ADUN Sungai Udang dan ia boleh menjadi fitnah,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri sudah melakukan siasatan, penyelidikan dan mendapatkan pengesahan dalam isu migrasi babi hutan itu dan bertanggung jawab dengan tindakan yang diambil.

Idris sebelum ini turut mendakwa beliau dimaklumkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) bahawa Norhizam bertindak memburu babi tanpa mengambil kira pandangan pelbagai pihak terlebih dahulu, sekali gus disifatkan tindakan zalim kepada binatang.

Sementara itu, Adly berkata, kerajaan negeri menghargai usaha Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri yang menggandakan usaha sebanyak empat kali ganda dalam tempoh setahun berbanding 2017 bagi menangani isu babi hutan di Melaka.

Katanya, tindakan proaktif itu berjaya memastikan aktiviti pertanian dapat diteruskan dengan selamat serta menjamin keselamatan rakyat.

 

azham

Super Active Member
Messages
7,320
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,320
Reaction score
2,013
Points
156
Maharaja Lawak Mega malam ni menyindir Datuk Norhizam melalui peserta Jborn. 😛
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,936
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,936
Reaction score
22,066
Points
1,671
Najib Razak
3 hrs ·

Ini 'beliau' ke?

MLM.......over to you.

Lawak tak habis-habis.

 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81
Bab mulut dia kena ubah, kerja dh ok br lengkap
Hehe..utk rakyat mcm kita ni mgkin kita fikir mcm tu.. tp kalau utk politik xtau la.. tgk parlimen dah tau.. jelutong, pasir salak.. mulut puaka masing2 tu.. tp tiap2 kali pilihanraya dia je menang..
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,540
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,540
Reaction score
2,978
Points
201
Hizam buat keje ok
Org kawasan suka dia
Mulut puaka tu biase le
Org melakau
Sultan melaka pun mcm tu jg hehe

Buat apa mulut acah2 suci
Tp kije pun kelaut
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register