BTC USD 50,968.2 Gold USD 1,776.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral video sikap biadap Norhizam Hassan Exco DAP Melaka

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,936
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,936
Reaction score
22,066
Points
1,671

mlkgaduh091018-04.ashx

yb_1539157078.jpg

image.jpg


DpI4oIYU4AAkZxw.jpg

DpI4pMGUUAAlZo_.jpg

VIDEO Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee bertegang leher dengan penduduk Kampung Pulau Nibong yang tular di media sosial terus mendapat kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan wakil rakyat itu sebagai tidak profesional dan terlalu beremosi dalam menangani masalah rakyat.

Insiden berkenaan berlaku apabila sekumpulan kira-kira 20 wakil penduduk kampung berkenaan, menghampiri dan menyapa Norhizam yang juga EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka.

Ketika itu, Norhizam hadir bagi menjelaskan isu penutupan jalan yang menjadi laluan utama penduduk selepas Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil keputusan menutup laluan itu, pada 2 Oktober lalu.

Isu penutupan dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu, Melaka yang digunakan penduduk Kampung Pulai Nibong sebagai laluan utama.

Dalam rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu, Norhizam dipercayai bercakap secara kasar dengan seorang lelaki warga emas dan beberapa penduduk Kampung Pulau Nibong yang tidak berpuas hati dengan keputusan penutupan jalan berkenaan.

Ada penduduk mendakwa langkah itu akan menyebabkan kesulitan kepada pengguna.

Norhizam bagaimanapun menegaskan keputusan penutupan jalan dibuat atas faktor keselamatan terutama kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain, Norhizam menerusi laman web portal berita Melakakini, semalam, mempersoalkan mengenai video tular yang dikatakan tidak adil buat dirinya.

Justeru, beliau memberikan amaran keras supaya individu berkenaan menarik semula video itu atau mereka berdepan tindakan undang-undang.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/385248/netizen-pakat-kecam-norhizam
 
vid full. nk hantar beca2 pg kursus nak bagi sekolah sikit - yb

Rakaman video Norhizam ‘bergaduh’ dengan pengayuh beca pula tular

image.jpg

Norhizam Hassan Baktee





MELAKA 27 Mac - Satu rakaman video ‘pergaduhan’ membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dengan seorang pengayuh beca tular dalam laman sosial malam ini.

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu dikatakan berlaku di hadapan Menara Taming Sari di Banda Hilir di sini ketika Norhizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri melawat kawasan tersebut.

Sewaktu berbincang dengan beberapa peniaga di kawasan itu, berlaku ‘pergaduhan’ antara Norhizam dengan perakam video tersebut sebelum wakil rakyat itu terpaksa ditenteramkan oleh orang ramai.

Norhizam dalam satu kenyataan malam ini menjelaskan beliau pergi ke Menara Taming Sari pada pukul 7.10 malam tadi kerana dijemput seorang wakil peniaga untuk membincangkan permasalahan di kawasan itu.

“Sewaktu berbincang, saya memaklumkan untuk mengadakan kursus kepada pengayuh beca supaya mereka boleh memberi imej yang terbaik kepada mutu pelancongan negeri tetapi seorang daripada mereka yang merakamkan video itu cuba melakukan provokasi terhadap saya.

“Saya percaya individu itu sengaja berbuat demikian kerana rakaman tersebut cuba memaparkan seolah-olah saya memandang rendah para pengayuh beca di negeri ini sedangkan saya datang ke situ untuk mendengar dan menyelesaikan masalah di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan tersebut malam ini.

Berikutan kejadian itu, Norhizam membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir di sini malam ini supaya penularan rakaman video tersebut tidak menjejaskan imej kerajaan negeri dan kempen Tahun Melawat Melaka 2019. - UTUSAN ONLINE









sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nas...ngayuh-beca-pula-tular-1.871226#ixzz5jOG9bCaq





.


Norhizam jawab ejekan 'cuma ada SPM, drebar van kilang'

Exco Melaka Norhizam Hassan Baktee tidak melihat soal pendidikan merupakan perkara utama dalam mengukur tahap perkhidmatannya terhadap rakyat.


Perkara ini timbul apabila netizen mempersoalkan pekerjaan Norhizam sebelum ini yang dikatakan merupakan pemandu van kilang.

“Soal pendidikan bukan perkara utama sebaliknya bagi saya yang penting adalah kerja. Saya adalah antara exco kerajaan negeri yang kerap turun padang.

“Saya buat kerja dan kalau ada salah guna kuasa saya terus adukan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu turut menyindir pihak tertentu dengan tidak menamakan sesiapa telah menggunakan netizen untuk menghentamnya.

“Bagi saya kalau siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya, kalau dulu dia tidak buat kerja maka bila saya kerap turun padang dia akan anggap saya ini sebagai penghalang jadi sebagai penghalang cara hendak ‘buang’ adalah dengan menggunakan netizen hentam saya,” katanya.

Semalam, Norhizam mengemukakan permohonan maaf atas sikapnya meninggikan suara kepada orang ramai seperti rakaman video yang tular kelmarin.

Norhizam menjelaskan, dia sedar insiden yang tular di media sosial itu telah memberikan imej negatif kepada dirinya sebagai wakil rakyat dan kerajaan Melaka.

Bagaimanapun, katanya, tindakannya itu dibuat atas dasar tanggungjawab bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya di kawasannya sentiasa terjaga.

Melalui laman Facebook, netizen terus menghentam Norhizam, antaranya:

Acoy Danial: Norhizam soal kat pakcik tu kenal saya siapa? kalau aku jadi pakcik tu nak saja aku jawab, kenapa tak kenalnya, dulu kau driver van kilang saja.

Darul Manzil: Letak jawatan saja. Pergi bawa van kilang tu semula. Orang pagan pun tak samseng macam kamu.

Asmar Omar Asmar Omar: Macai van kilang jadi YB. Kejutan budaya baru ada SPM suka-suka saja mem*****kan orang.

Achoi Lalalitamploy : Samanlah Datuk, awakkan sekolah ada SPM. Rakyat ni tak sekolah, mana ada SPM macam Datuk. Datuk pun ada pengalaman bawa van kilang, rakyat ni tak ada. Hahaha.

Sementara itu, Norhizam ketika ditanya adakah akan mengubah pendekatan apabila berurusan dengan penduduk selepas ini berkata, ia bergantung kepada keadaan.

“Kalau berdepan dengan singa atau harimau adakah saya perlu menghadapinya seperti saya berdepan dengan kucing? Jadi tengok keadaan kalau ia dalam lembut maka lembutlah ia dan kalau keras, maka keraslah ia.

“Bukan saya kurang ajar atau biadab. Anda boleh tanya penduduk di Pengkalan Batu adakah saya ini gengster, mereka semua kenal saya,” beliau dilaporkan sebagai berkata. - MK

e66ab269d28a743095b9b19f0c65678c.jpeg

Norhizam janji perbaiki kelemahan diri

maxresdefault.jpg


MELAKA 10 Okt. - Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee memohon maaf dan akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya terutamanya aspek komunikasi apabila berhadapan dengan rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu dan Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu berkata, beliau mengakui kesilapan, kekasaran bahasa serta keterlanjuran kata ketika berkomunikasi dengan rakyat dalam menyelesaikan isu penutupan jalan, semalam.

“Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberi imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili.

“Sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk terutama dalam kawasan saya,” katanya pada sidang akhbar oleh DAP Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong serta penduduk kampung yang terlibat.

Isu penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam di sini menjadi hangat apabila video Norhizam, bersikap kasar terhadap penduduk kampung tersebut tular di laman media sosial.

Sementara itu, Kok Kiew berkata, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan dialog atau perbincangan semula dengan penduduk Taman Akasia, Kampung Pengkalan Batu serta kampung di kawasan itu antaranya Kampung Pulau Nibong, dalam masa terdekat untuk mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata, perbalahan antara Norhizam dan penduduk kampung itu dianggap selesai setelah pihak terlibat bersemuka hari ini.

“Kita selesaikan masalah ini ikut cara orang Malaysia, orang Melaka saling bermaafan, mengaku kesilapan masing-masing kerana kita manusia biasa dan memperbaikinya. Kita akan cari titik keseimbangan dan penyelesaian antara kehendak 180 penduduk taman dan penduduk kampung,” katanya. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/berita/nas...erbaiki-kelemahan-diri-1.764838#ixzz5TXbraXd1


Norhizam mohon maaf

hizam_1539172120.jpg

NORHIZAM (dua dari kiri) bersalaman dengan wakil penduduk, Muhamat Umar (empat dari kiri) sambil diperhatikan Tey (tiga dari kiri) di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

EXCO kerajaan negeri, Norhizam Hassan Baktee yang mencetuskan kemarahan orang ramai berhubung isu video ‘naik suara’ terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong, Pengkalan Batu, Melaka yang tular, semalam tampil membuat permohonan maaf, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu akhirnya mengakui kesilapannya yang bertindak mengikut emosi.

Norhizam berkata, dia sedar insiden yang tular di media sosial memberi imej negatif kepada dirinya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang diwakili.

“Sebagai ADUN, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk, terutama rakyat di kawasan saya.

“Justeru, saya memohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata pada kejadian semalam. Saya akan berusaha perbaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berdepan situasi seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertemuan bersama kira-kira 10 penduduk Kampung Pulau Nibong anjuran DAP negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Pertemuan hampir sejam itu menyaksikan Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri dan penduduk saling memohon maaf dan bersalaman.

Turut hadir, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Tey Kok Kiew, Setiausaha DAP negeri Khoo Poay Tiong dan wakil penduduk yang tular dalam video berkenaan, Md Derus Tompang, 58.

Sementara itu, Poay Tiong berkata, DAP negeri turu kesal dan membuat permohonan maaf selepas mengakui cara serta pertuturan kasar oleh wakil rakyat terbabit.

“Saya menerima baik teguran serta nasihat disampaikan rakyat dan akan memperbaiki segala kelemahan (wakil rakyat) daripada parti kami (DAP),” katanya.

Katanya, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sudah diarah mengadakan perjumpaan semula bersama kira-kira 180 penduduk kampung dan taman perumahan terbabit bagi menyelesaikan isu penutupan jalan alternatif yang menjadi laluan penduduk secara baik.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/385304/saya-mohon-maaf-sebab-teremosi-norhizam

Sponsored Post

cropok

Active Member
Messages
2,316
Joined
Mar 30, 2018
Messages
2,316
Reaction score
639
Points
81
nk tarik mcm mn?sekali post kt whatsapp group..10 org forward kt 10 group berbeza..ha..kira la mcm MLM..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,936
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,936
Reaction score
22,066
Points
1,671
Ketua Menteri mohon maaf

61526266956_AdlyZahari.jpg


KERAJAAN Melaka kesal dan memohon maaf berhubung isu video ‘naik suara’ membabitkan seorang EXCO kerajaan negeri bersama penduduk di Kampung Pulau Nibong semalam sehingga menjadi tular dan kecaman di media sosial.


Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya mengambil maklum kekurangan pengalaman EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee dalam menangani isu itu yang turut dibincangkan dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew sudah diarahkan untuk melihat kembali permasalahan yang dibangkitkan penduduk kampung terbabit menerusi perbincangan lanjut antara pihak berkuasa tempatan (PBT), penduduk taman dan kampung.

“Sebab itu kerajaan negeri komited untuk membawakan usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Melaka (MELCAT) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), November ini.

“Melalui penubuhannya (MELCAT), ia dapat menilai segala amalan membabitkan kecekapan, ketelusan dan kebertanggungjawaban semua penjawat awam, termasuk wakil rakyat, EXCO sehinggalah Ketua Menteri.

“Kita percaya, MELCAT dapat menjadi garis panduan seterusnya meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk menyelesaikan segala isu dan permasalahan rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Seri Negeri.

Mengulas mengenai video itu, Adly berkata, Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu adalah antara wakil rakyat yang rajin turun padang mendepani permasalahan rakyat di negeri ini.

“Yang Berhormat ada kesungguhan besar. Cuma dalam isu video ini, penggunaan bahasa yang digunakan tidak sesuai.

“Walaupun dalam provokasi, sebagai pemimpin kita kena tunjuk contoh terbaik termasuk bahasa kita gunakan kepada masyarakat,” katanya.

Video Norhizam bertegang leher terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong yang tular di media sosial terus mendapat kecaman daripada netizen kerana disifatkan sebagai tidak profesional dan terlalu beremosi dalam menangani masalah rakyat

Rata-rata netizen tidak berpuashati dengan cara wakil rakyat DAP itu menangani persoalan daripada penduduk Kampung Pulau Nibong yang disifatkan sebagai samseng.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/385280/maafkan-kami-exco-kurang-pengalaman-ketua-menteri
 

fms

CG Top Poster Club
Messages
20,802
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,802
Reaction score
414
Points
141
org Melaka biasa laa..
kasau btol..haha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
ada sapa sapa yg ada vid dia dengan penduduk tu, nak tengok jugak :)
thanks in advance
 

no trade

Super Active Member
Messages
9,348
Joined
May 16, 2008
Messages
9,348
Reaction score
401
Points
96
Pailang betul, orang baru dapat jawatan.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,936
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,936
Reaction score
22,066
Points
1,671
 

lats840

Active+ Member
Messages
3,230
Joined
Mar 15, 2009
Messages
3,230
Reaction score
929
Points
81
biadap...
kurang ajor....
tak layak jadi yb...
 

Cytokinesis

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Messages
2,510
Joined
May 4, 2017
Messages
2,510
Reaction score
440
Points
41
Dari menteri, adun sampai la ke pencacai.. akhlak memang sama je tarafnya macam Norhizam ni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register