Viral terkejut dengan gambar pegang botol air di Shell, gadis mohon maaf

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661

NOR Shafila bergambar bersama poster promosi di stesen minyak Shell yang dikatakan mengejutkan segelintir pengunjung. GAMBAR ihsan Nor Shafila

Kuala Lumpur: "Biarpun ada segelintir pihak mengecam dan memberikan reaksi negatif menerusi aplikasi Facebook messenger bahawa foto itu kononnya mengejutkan orang ramai yang mahu mengisi minyak di stesen Shell, saya tidak ambil serius sebaliknya segera memohon maaf kepada mereka.

"Saya tidak menyangka dan terkejut gambar itu menjadi viral di laman sosial.”

Demikian kata Nor Shafila Khairussalleh, 25, yang gambarnya memegang botol air mineral di stesen minyak Shell di beberapa lokasi terpilih di negara ini menjadi viral di Facebook.

Gambar berkenaan turut mendapat lebih 3,000 ribu ‘like’ dan turut dikongsi kira-kira 1,077 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuatnaik pada awal November lalu.

Nor Shafila ketika dihubungi Harian Metro berkata, gambar itu diambil selepas dia menyertai satu pertandingan membabitkan staf servis di stesen minyak Shell di seluruh Malaysia.

"Ketika itu saya dipilih untuk menjalani penggambaran dan rakaman video untuk jadi penghias muka depan ‘Training Pack’ staf servis.

"Berikutan itu, pada September lalu saya dipanggil oleh pihak Shell untuk menjalani satu penggambaran iklan mempromosikan kempen penebusan mata ganjaran BonusLink," katanya.

Menurutnya, gambar itu adalah inisiatif Shell untuk menarik pelanggan mendapatkan tawaran hebat daripada syarikat itu.

"Saya harap gambar itu sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan lagi produk Shell di negara ini," katanya yang sudah lebih tiga tahun menjadi staf servis di stesen minyak Shell.

Katanya, ada juga segelinitr pihak yang memberikan reaksi positif termasuk mengucapkan terima kasih kerana membuat mereka ceria ketika mengisi minyak di stesen minyak Shell.

"Saya sungguh tidak menyangka ia akan viral sehingga hampir setiap hari saya terima komen dan kawan baru di Facebook," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Runcit , Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Ben Mahmud berkata, pihaknya gembira bahawa paparan kreatif mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

"Ia adalah paparan kreatif dilancarkan pada awal November lalu. Paparan itu untuk menyerlahkan persembahan kempen BonusLink kami yang membuktikan betapa mudahnya untuk membuat penebusan dan kempen ini dikenali sebagai ‘Moments Bright Setiap Hari.’

"Kempen ini menunjukkan bahawa setiap hari di jalan raya boleh menjadi lebih bermakna dengan penebusan 100 mata ganjaran melalui BonusLink," katanya.





http://www.hmetro.com.my/node/183564
 
Najib kesal



Saya kesal dengan peristiwa imej poster gadis iklan syarikat minyak yang menjadi tular baru-baru ini.


Tindakan mereka yang terlibat, membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita.

Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek.

Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.

Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik?

Saya harap masyarakat kita kembali berpegang kepada prinsip Rukunegara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk kita terus hidup bersama secara aman dan damai.

Islam juga mengajar kita untuk untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di https://www.najibrazak.com/bm/blog/kehebatan-tokoh-tokoh-wanita-dalam-sejarah-islam/


https://www.najibrazak.com/bm/blog/hormati-kaum-wanita/

Lelaki cium poster gadis Shell minta maaf



PETALING JAYA: Salah seorang lelaki yang terpalit dengan kontroversi poster model iklan Shell memohon maaf kepada gadis berkenaan.


Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Shahril Abdul Shukor membuat permohonan maaf melalui rakaman video di Facebook. Dalam imej yang tular di internet, beliau individu yang mencium poster itu.

Dalam permohonan maafnya, Shahril mengakui bertindak di luar batasan dan sedia bertemu dengan model poster, Nor Shafila Khairusalleh, 25 dan suami bagi memohon maaf.

“Saya dengan rendah diri ingin minta ampun, maaf atas tingkah laku saya terhadap Nur Shafila…Saya minta maaf kepada Syafila terutamanya suami beliau.

“Kalau perlu berunding, saya akan menghadap Syafila, keluarga Syafila sendiri bersemuka bagi memohon maaf atas tingkah laku ini,” katanya dalam rakaman video itu, hari ini.

Semalam, Shell mengarahkan poster Nor Syafila di semua stesennya ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Ia selepas gambar perbuatan tidak senonoh terhadap poster itu menjadi tular, memaparkan beberapa orang lelaki mencium pipi dan menyentuh dada poster gadis itu.

Shahril turut meminta maaf kepada Shell kerana perbuatannya menyebabkan syarikat minyak itu terpaksa menarik iklan berkenaan.

Beliau menjelaskan ia sekadar gurauan bersama rakan semasa mengisi minyak namun tidak menyangka ia menjadi tular.

“Pada dasarnya untuk tujuan bergurau…gambar ini dihantar ke kumpulan Whatsapp. Saya tidak tahu gambar ini menjadi begitu viral,” katanya.

Beliau mengaku tertekan dengan kecaman orang ramai yang menuduhnya lelaki lucah.

Shafila dilaporkan berkata suaminya turut terkesan dengan perbuatan tidak senonoh itu kerana seolah-olah mencabul maruah isterinya.

Shafila bagaimanapun tidak merancang untuk menyaman mana-mana individu yang tidak senonoh itu.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/04/lelaki-cium-poster-model-shell-minta-maaf/

Shell tarik balik semua poster gadis Shell



PETALING JAYA: Shell pada Isnin memutuskan untuk menarik balik semua papan poster yang memaparkan seorang wanita mempromosikan bahan api dari rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.


Keputusan itu susulan gambar-gambar menunjukkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap model wanita pada poster berkenaan sehingga tular di media sosial.

Shell dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu, yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,” menurut syarikat minyak itu.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/03/poster-gadis-shell-dikeluarkan/#Q71JoeiX2mshAPSp.99

Lelaki cabul 'gadis Shell' minta maaf



PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang 'mencabul' model wanita pada posternya di stesen minyak tampil memohon maaf di atas tindakannya yang keterlaluan itu.


“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya menerusi paparan skrin akaun Instagram ‘_nasrulazmi’ yang dikongsikan di Facebook Mualim Mohd Fadhli pada Ahad.

Bagaimanapun, mStar Online cuba mencari akaun instagram tersebut namun ia kini tidak lagi aktif atau berkemungkinan sudah bertukar nama.

Pengguna Facebook yang berkongsi permohonan maaf lelaki yang dikenali dengan nama ‘Nasrul Azmi’ itu adalah Mohd Fadhli Othman seorang aktivis Pertubuhan Ikram Malaysia, sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap kehidupan masyarakat termasuk menangani isu pornografi.

Menurut Nasrul Azmi, beliau berterima kasih di atas kecaman orang ramai berhubung sikapnya itu kerana ia telah membuatkan dirinya insaf.

“Semoga Allah dan kamu semua memaafkan kesilapan saya. Terima kasih atas kecaman yang membuatkan saya sedar.

“Sekali lagi, saya Nasrul Azmi memohon maaf kepada semua, harap perkara ini tidak diperbesarkan lagi. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya.

Pada Ahad, mStar Online melaporkan model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Walaupun ia hanya dilakukan pada papan poster dirinya, gambar-gambar yang menjadi tular itu telah mengundang kemarahan netizen kerana menganggap ia satu bentuk pencabulan, walaupun tidak dilakukan pada empuya diri sebenar.

Nor Shafila mula dikenali selepas papan posternya bersaiz separuh badan sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Tidak lama kemudian, Nor Shafila 'muncul' sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/03/lelaki-cabul-awek-shell/#2fSlxoc7bGrJXEuF.99

Suami tak selesa poster isteri 'dicabul'
PETALING JAYA, 2 Julai — Suami wanita yang menjadi model poster popular Shell kurang selesa melihat imej isterinya itu “dicabul”.


Namun Nor Shafila Khairusalleh, 25, bersyukur kerana suaminya memahami situasi sebenar yang harus ditempuhinya, lapor mStar Online hari ini.

Beliau tidak kisah sangat dengan aksi “nakal” pelanggan-pelanggan lelaki, termasuk cium dan peluk tetapi bimbang dengan aksi keterlaluan.

“Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster.

“...tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya kepada portal itu.

Namun Nor Shafila, atau dikenali Ila sahaja, yang bertugas sebagai penyelia di sebuah stesen Shell di Perak, tidak bercadang menyaman “pencabul” poster itu.

“Tapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu,” katanya.

Nor Shafila dikenali selepas papan posternya memegang air mineral. Poster terbarunya mempromosi bahan api Shell mendapat perhatian di stesen minyak.


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/poster-isteri-dicabul-suami-model-shell-tidak-selesa


Gadis Shell kembali dengan iklan terbaru


Gambar gadis tersebut kini juga semakin tular di laman Facebook.

MASIH ingatkan lagi anda dengan fenomena 'gadis Shell' yang memeranjatkan ramai orang satu ketika dahulu?

Dahulu, Shell muncul dengan idea kreatif menggunakan gambar yang dilekatkan di belakang pam minyak menyebabkan ramai orang terperanjat.

Kemudiannya, kelibat gadis tersebut hilang dan digantikan pula dengan tanda 'Maaf jika terkejut'.

Kini kembali dengan cara pemasaran yang sama, 'gadis Shell' tersebut nyata lebih berani apabila menunjukkan lebih banyak tubuh badannya berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, kemunculan semula beliau disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya mengatakan rindu untuk 'dikejutkan' olehnya.

Seorang pengguna Facebook Youyoon Armani berkongsi kisah beliau mengenai 'gadis Shell' ini.

"Tadi sis isi minyak, ada 'gadis Shell' baru lalu berkata di dalam hati ' oh..guna marketing method sama'.

"Kemudian, rakan pula telefon kata 'perempuan' tu dah ada balik, sebelum ni dah tiada," tulisnya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Wan Dean Hj Ismail pula turut mendakwa terkejut dengan kemunculan iklan 'gadis Shell' ini.

"Dia kembali lagi, sebelum ini iklan pasal nak bagi air, lepas itu jadi 'hollow girl' sekejap dan sekarang muncul di tengah-tengah mesin untuk iklan lain pula.

"Siap puji kita lagi tau, terkejut abang tadi. Hehehe," tulisnya pula.

Bagi Fazeli Ftc pula, dia memuji kaedah promosi yang digunakan Shell.

"Terperanjat saya pagi ini, 'gadis Shell' kembali. Sebelum ini gambar lain tetapi sekarang sudah satu badan.

"Apa pun terbaik Shell sebab menggunakan kaedah promosi yang jimat dan menguntungkan, tular dari mulut ke mulut, satu kaedah sistematik pemasaran yang menjimatkan kos," tulisnya.




http://www.sinarharian.com.my/bisnes/gadis-shell-kembali-dengan-iklan-terbaru-1.677744

Gadis Shell merajuk.



Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226
Boleh tahan jugak tuan badan
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
24,973
Reaction score
46
Points
120
cuba letak gamba najib ke ...masalan ke ...kekeke
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
878
Points
161
macam dah takde ape2 lagi untuk dijadikan bahan berita.. kesian metro
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,454
Reaction score
1,108
Points
206
cubo letak gmbr perut den terjojol kuar dgn tgn pegang botol...

tapi sapolah den nk jadi model iklan huhuhuhu sedih
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,666
Reaction score
951
Points
161
comel lg yg live dr versi "terkejut"...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register