BTC USD 35,509.8 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Viral Masakan India Berbahasa Melayu, Sugu Pavithra Terima Hadiah Dari PM

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,233
Reaction score
216
Points
38
Bini nya akaun masak, laki punya akaun pasal menoreh @ menyawit @ ladang2...

Lepas nie geng ladang mantoppp! :p

ini mcm kalu suami bleh pencen kojo di ladang, atau suami buek channel YT baru & rakam xtvt ladang & mcm2 tips berladang dsb

2 acc adsense laki bini = masyuksssssssssssssssssss kachinggggg!🤑🤑
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,392
Reaction score
2,826
Points
206
obj22531959_1589682053.jpg


PASANGAN YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra' menunjukkan tripod yang diterima daripada Perdana Menteri. FOTO Sharul Hafiz Zam

Ibu kepada dua anak ini berkata, dia mula terbabit sebagai Youtuber pada 28 Januari lalu, sejak itu dia memuat naik demonstrasi masakan dan sehingga kini sudah mempunyai 473,000 peminat.

"Saya hanya ingin membantu suami yang hanya bekerja di ladang, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, jika ditolak komitmen bulanan kami hanya mempunyai kurang RM800 untuk perbelanjaan, sebab itu saya nekad membantunya.

"Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu," katanya.

Menurutnya, banyak cara untuk membaiki taraf kehidupan dan ia bergantung kepada keinginan dan kerja keras.

adsense ni memang potensi tinggi.
even artis pun dah start buat channel sendiri.

kalau rasa ada conent yang boleh pergi jauh jangan buang masa.
buat cepat-cepat sebelum orang lain sakau.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,794
Reaction score
21,195
Points
1,671
kita penah ada menteri ppaduan

EYLJNNMUMAEhLqe.png
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,794
Reaction score
21,195
Points
1,671
mmg rezeki viral. tiba2 550k

amik cth bob yp bape pyh die balun video baru nk dpt 450k
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,794
Reaction score
21,195
Points
1,671
Sugu Pavithra terima 'Silver Play Button’ daripada YouTube

764751.png


IPOH - Pasangan YouTuber sensasi, Sugu dan Pavithra yang berkongsi kemahiran memasak kini menerima anugerah 'Silver Play Button’ oleh laman web perkongsian video itu.


Pavithra, 28, berkongsi kegembiraan menerusi satu video terbaharunya yang memaparkan dia menerima bungkusan yang mengandungi 'Silver Play Button’ daripada YouTube.

Terkenal dengan bakat dalam bidang masakan dan kefasihannya berbahasa Melayu yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia, anugerah itu disampaikan atas kejayaan saluran YouTube Sugu Pavithra mendapat lebih 100,000 langganan.

Pavithra sudah menerima bayaran bulanan daripada YouTube selepas video-video mereka melepasi angka tontonan yang telah ditetapkan.

Menerusi video 11 minit 13 saat, Pavithra bersama suami, M Sugu, 29, anak-anak, ibu serta jiran meraikan kejayaan itu.

"Seperti mana yang anda tahu, orang pertama yang saya nak ucapkan terima kasih ialah untuk kakak Seri sebab dialah orang pertama yang memperkenalkan YouTube kepada saya dan ajar saya macam mana nak buat video dan upload dalam YouTube dan semuanya lah," ucapnya.

Dalam bungkusan ‘Silver Play Button’ yang diterima turut tertera nama Sugu Pavithra serta diselitkan satu sijil daripada YouTube.

Pencapaian dikecapi Sugu Pavithra menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 160,000 tontonan dan jumlah keseluruhan langganan sebanyak 772,000.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,384
Reaction score
12,843
Points
1,906
Video terbaru Sugu Pavithra tampil kelainan
02 Mac 2021



1614658021576.png

Paparan saluran YouTube Sugu Pavithra.


SHAH ALAM - Selepas menyepi hampir enam bulan, pasangan suami isteri, M Sugu dan S Pavithra kembali menemui peminat menerusi video masakan terbaharu di YouTube pada minggu lalu.

Masih mengekalkan sikap bersahaja dan bertutur dalam bahasa kebangsaan, Pavithra dilihat gembira menyediakan masakan bersama ahli keluarganya.
Video kali ini memberi kelainan, apabila mereka dilihat berkelah di tepi sungai di mana Sugu dilihat menunjukkan kemahiran menangkap ikan menggunakan jala berbanding sebelum ini mereka hanya berada dalam rumah.
Konsep santai yang ditunjukkan keluarga ini pastinya menarik lebih ramai pengikut baharu di saluran Sugu Pavithra yang kini sudah mencecah 818,000 pelanggan.
Warga maya turut melahirkan rasa gembira melihat video terbaharu pasangan tular ini selain memberi kata-kata positif.

Kata Latiffar Ahmat, "Wah bagusnya, Sugu pandai jala ikan, isterinya pandai masak. Salam dari Singapura".

Ujar Azlan Charles pula, "Suka tengok kelainan video pada kali ini, teruskan menghasilkan vlog yang menarik Sugu dan Pavithra, terbaik!!!

Marissa Hanna sempat memuji perkakas masakan Pavithra dengan mengatakan kuali itu bersih dan berkilat.

Malah, Double SYA dan Manimaran juga teruja selepas melihat video terbaharu mereka dan berharap pasangan ini terus berkongsi masakan yang mudah, namun menyelerakan selain memberi beberapa tips atau petua masakan.

Pasangan dikenali sebagai Sugu Pavithra mula menjadi perhatian apabila video masakan mereka yang dimuat naik di YouTube menjadi tontonan ramai.

Pasangan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila Sugu ditahan polis kerana memukul isterinya pada 21 Julai tahun lalu menyebabkan mereka bertindak memadam semua video masakan sekitar Oktober 2020.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,560
Reaction score
12,775
Points
2,376
Video terbaru Sugu Pavithra tampil kelainan
02 Mac 2021



View attachment 347993
Paparan saluran YouTube Sugu Pavithra.


SHAH ALAM - Selepas menyepi hampir enam bulan, pasangan suami isteri, M Sugu dan S Pavithra kembali menemui peminat menerusi video masakan terbaharu di YouTube pada minggu lalu.

Masih mengekalkan sikap bersahaja dan bertutur dalam bahasa kebangsaan, Pavithra dilihat gembira menyediakan masakan bersama ahli keluarganya.
Video kali ini memberi kelainan, apabila mereka dilihat berkelah di tepi sungai di mana Sugu dilihat menunjukkan kemahiran menangkap ikan menggunakan jala berbanding sebelum ini mereka hanya berada dalam rumah.
Konsep santai yang ditunjukkan keluarga ini pastinya menarik lebih ramai pengikut baharu di saluran Sugu Pavithra yang kini sudah mencecah 818,000 pelanggan.
Warga maya turut melahirkan rasa gembira melihat video terbaharu pasangan tular ini selain memberi kata-kata positif.

Kata Latiffar Ahmat, "Wah bagusnya, Sugu pandai jala ikan, isterinya pandai masak. Salam dari Singapura".

Ujar Azlan Charles pula, "Suka tengok kelainan video pada kali ini, teruskan menghasilkan vlog yang menarik Sugu dan Pavithra, terbaik!!!

Marissa Hanna sempat memuji perkakas masakan Pavithra dengan mengatakan kuali itu bersih dan berkilat.

Malah, Double SYA dan Manimaran juga teruja selepas melihat video terbaharu mereka dan berharap pasangan ini terus berkongsi masakan yang mudah, namun menyelerakan selain memberi beberapa tips atau petua masakan.

Pasangan dikenali sebagai Sugu Pavithra mula menjadi perhatian apabila video masakan mereka yang dimuat naik di YouTube menjadi tontonan ramai.

Pasangan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila Sugu ditahan polis kerana memukul isterinya pada 21 Julai tahun lalu menyebabkan mereka bertindak memadam semua video masakan sekitar Oktober 2020.


Lama Sugu tak hasilkan video
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register