BTC USD 95,081.2 Gold USD 3,329.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Video tular lelaki tumbuk, cakar muka polis adalah kejadian lama

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,290
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,290
Reaction score
1,423
Points
201


Video tular lelaki tumbuk, cakar muka polis adalah kejadian lama

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan video tular berhubung insiden penahanan seorang lelaki selepas bertindak agresif menumbuk dan mencakar muka anggota di pusat bandar ini, sebenarnya kejadian lama yang berlaku pada 1 Januari lalu.


“Kejadian ini berlaku sekitar pukul 12.45 pagi pada 1 Januari lalu di Lebuh Light, ketika sepasukan polis dari Balai Polis Lebuh Pantai menjalankan operasi pencegahan jenayah sempena sambutan ambang tahun baharu.

”Hasil tindakan pantas pihak polis, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun telah ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk dan mencakar muka petugas polis yang cuba meleraikan keadaan kekecohan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video yang memaparkan kekecohan membabitkan seorang lelaki yang bertindak agresif kepada anggota polis.

“Susulan siasatan, lelaki tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret George Town pada 3 Januari 2025 di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

”Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 selepas tertuduh mengaku bersalah,” katanya.


Artikel ➡️ Kosmo
 
Back
Top
Log in Register