VIDEO TULAR: Aktiviti Perniagaan Haram Warga Asing, KPN Jamin Tindakan Tegas

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,399
Reaction score
1,880
Points
201
Tiada bukti pegawai, anggota IPD Sungai Buloh terima rasuah - Ketua Polis Negara
Tiada bukti pegawai, anggota IPD Sungai Buloh terima rasuah - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang laporan membuktikan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terlibat dalam salah laku rasuah.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selepas laporan akhir diterima Jabatan Intergriti Pematuhan Standard (JIPS) minggu lalu.

Ujarnya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang mengenal pasti beberapa fakta tidak tepat mengenai dakwaan kegiatan perjudian dan penjualan rokok putih yang ditularkan pada Ogos lalu.

“Ya saya telah menerima laporan itu daripada pengarah JIPS Bukit Aman dan telah menelitinya… saya mendapati beberapa perkara yang dibangkitkan dalam video tular itu kurang tepat.

“Penguatkuasaan kegiatan judi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dilakukan dengan giatnya, namun ada beberapa kelemahan dikenal pasti dalam kalangan pegawai dan anggota bawahan namun ia bukan kelemahan besar," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid mengakui terdapat kelemahan dari segi tindakan susulan yang didapati kurang mantap dalam mencegah judi haram.

Untuk rekod, sebanyak 400 premis judi haram jelasnya telah diserbu dan diambil tindakan. Bagi tahun ini pula, sebanyak 120 premis lagi diambil tindakan.

“Tetapi ia akan dapat ditangani nanti secara berkesan tanpa masalah, lagipun ia bukan isu besar satu IPD berkenaan ‘korup’.. tidak..,” jelasnya ketika ditemui dalam sidang media di Cheras pada Rabu.

Dalam pada itu, tambah Abdul Hamid, laporan JIPS mendapati Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar telah menjalankan peranannya dengan baik.

Siasatan mendapati, tiada anggota dan pegawai dari IPD terbabit yang memiliki kekayaan luar biasa atau hidup mewah atau diberikan ganjaran dan rasuah.

“Saya juga ambil kira beberapa kesulitan warga PDRM di Sungai Buloh antaranya bangunan pejabat di situ bertaraf balai dan kerja dalam serba kekurangan terutama membabitkan tempat kediaman.

“Hanya 11 pegawai dapat menduduki kuarters kediaman di kawasan berkenaan manakala yang lain 'bertabur' di merata-rata tempat.

“Saya sangat memahami kekangan yang dihadapi anak buah saya dan akan jalankan siasatan seadilnya," kata beliau.

Tambah Abdul hamid, meskipun menerima cacian serta makian diterima anggotanya menerusi media sosial sejak tularnya video berkenaan.

Namun ia tidak meruntuhkan semangat mereka untuk terus berkhidmat dan memperbaiki mutu tugas.
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,460
Reaction score
1,079
Points
151
Nafi la selagi boleh nafi....
 

katod

Fun Poster
Joined
Apr 28, 2007
Messages
831
Reaction score
44
Points
20
Jadi sekarang ni, si Janggut salah tuduh ke hape? Janggut kata dah buat report la segalanya.... So maksudnya Janggut tipu ke? Klu Janggut tak tipu, maksudnya betul la kan? Sapa tipu sapa ni?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,777
Reaction score
11,628
Points
1,906
Malaysia Gazette
30m ·
Politik bukan bidangnya, tetapi sedia membantu pemimpin berkenaan.
#AsriJanggut #malaysiagazette

Asri Janggut dakwa dipelawa sertai parti politik


14 September 2020

MGF14082020_ASRI-JANGGUT-HADIR-BUKIT-AMAN_14-681x454.jpg

Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut

KUALA LUMPUR – Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali dengan nama Asri Janggut mendakwa telah dilamar sebuah parti politik.
Tanpa menamakan parti berkenaan dan pemimpin yang mengajaknya, pengasas Hot Burger Malaysia itu berkata, politik bukan bidang beliau, tetapi bersedia membantu melahirkan usahawan di bawah program ahli politik itu.


“Saya telah dilamar untuk join (sertai) politik, keputusan yang saya ambil ialah menolaknya.
“(Kerana) politik bukanlah bidang saya, saya hanya akan fokus melahirkan 3,000 usahahawan Bumiputera, memberi peluang pekerjaan dan membantu keluarga susah.

“Saya juga sedia membantu mana-mana ahli politik yang ingin melahirkan usahawan di bawah program mereka atau zon mereka,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Pada 8 Ogos lalu, Mohd Asri menggemparkan negara selepas memuat naik dua video siaran langsung yang mendedahkan kewujudan premis perjudian aktif dan penjualan rokok seludup di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Berikutan pendedahan itu, beberapa pegawai penguat kuasa MBSA ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.
Menurut Mohd Asri, bagi mana-mana agensi kerajaan, koperasi, usahawan kecil, peniaga jalanan atau individu yang ingin mendapat khidmat nasihat, beliau sedia membantunya bila-bila masa demi kebaikan untuk negara. – MalaysiaGazette


 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,474
Reaction score
738
Points
121
Lokman adam ni parti mana? Bukan dh kena kick dari umno?
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,399
Reaction score
1,880
Points
201
Abg asri gegar sekolah vernakular kerana pelajar nya ponteng

 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,330
Reaction score
178
Points
33
Asri Janggut dipanggil polis rakam keterangan

asri_janggut_1600312330.jpg


KUALA LUMPUR: Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut mengesahkan dipanggil polis untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada 22 September depan.

Mohd Asri berkata, ia bagi membantu siasatan kes kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh, yang ditularkannya sebelum ini.

"IPK Selangor hubungi saya sebentar tadi. Saya diminta untuk hadir beri keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor.

"Percakapan diambil mengenai kes mesin judi di Sungai Buloh. Saya akan hadir bersama peguam," katanya pada BH, hari ini.

Bulan lalu, Mohd Asri mendedahkan dua rakaman video menerusi laman sosial Facebook, berhubung apa yang didakwanya sebagai aktiviti perjudian, penjualan rokok seludup dan perniagaan haram.


== bharian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register