VIDEO TULAR: Aktiviti Perniagaan Haram Warga Asing, KPN Jamin Tindakan Tegas

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,255
Reaction score
1,537
Points
201
#KualaLumpur "Sebelum ini, saya pernah beritahu siasatan sudah dijalankan dan ramai individu ditahan," kata Azam.
https://www.hmetro.com.my/.../tiada-cover-dalam-kes-asri...

'Tiada 'cover up dalam kes video Asri Janggut' - Azam Baki


AZAM Baki. FOTO Mohd Yusni Ariffin

AZAM Baki. FOTO Mohd Yusni Ariffin


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir bagi melengkapkan siasatan berhubung kes rasuah membabitkan premis perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menunggu sedikit masa bagi menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.
"Dalam kes ini, kena sabar sikit. Sebelum ini, saya pernah beritahu siasatan sudah dijalankan dan ramai individu ditahan. Kini, ia berada di peringkat hujung untuk diselesaikan dan menunggu sedikit masa sebelum dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Tindakan pantas oleh SPRM berjaya menghentikan kemelut ini kerana masyarakat masih terbelenggu dengan isu-isu penguatkuasaan di negara ini.
"Saya beri jaminan tidak ada sebarang 'cover up' dalam kes ini," katanya dalam temu bual secara langsung pada slot 'SPRM 360' di MACCfm, hari ini.

Pada Ogos lalu, Harian Metro melaporkan tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjudian di sekitar Sungai Buloh.

Tindakan itu diambil susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang oleh pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut.

Selain itu, terdapat juga kegiatan rasuah dipercayai daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh dalam pendedahan berkenaan.

Mengulas mengenai stigma masyarakat terhadap pegawai dan anggota penguat kuasa, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu negatif terhadap semua agensi penguat kuasa.
"Orang ramai kena yakin pada mereka. Ramai lagi mereka yang menjalankan tugas dengan berintegriti.

"Jika ada maklumat berhubung salah laku atau rasuah membabitkan mereka (penguat kuasa), orang ramai boleh tampil kepada kami dengan mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan itu bagi membolehkan tindakan diambil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 2:33 PM

Mcm da jd lipatan sejarah je
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,809
Reaction score
12,043
Points
1,906
Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan

12m ·

Ada netizen hantar maklumat ini dan harap PDRM siasat kes ini dengan telus dan terperinci.
Dulu Asri Janggut dedah aktiviti judi di Sungai Buloh dan jutaan rakyat Malaysia pelik & tertanya-tanya berapa ramai tauke judi ditangkap hingga harini?
Kes Sungai Buloh jadi begitu viral, ada sesiapa tahu berapa ramai tauke judi ditangkap?
Kalau kami dedahkan aktiviti judi di Sungai Buloh, adakah Ketua Polis Daerah Sungai Buloh dan IGP KONTRAK berani letak jawatan serta merta?

1610611349189.png

1610611358621.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register