BTC USD 61,088.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral (Video) Lelaki ‘Nak Jual’ Kambing Tanpa Sebab, Rakaman ‘Seram’ Ini Mungkin Puncanya

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,726
Reaction score
425
Points
91
(Video) Lelaki ‘Nak Jual’ Kambing Tanpa Sebab, Rakaman ‘Seram’ Ini Mungkin Puncanya
FB_IMG_1632203836854.jpg

Pelbagai kejadian yang aneh boleh berlaku di persekitaran kita sama ada disedari ataupun tidak. Disebabkan itu, pelbagai perasaan ataupun emosi boleh bergabung sama ada teruja, bimbang, risau ataupun gembira.

Sekiranya kejadian itu tidak menjejaskan keberanian seseorang mungkin tidak menjadi masalah, tapi bagaimana pula jika sebaliknya? Atau apa yang boleh anda fikirkan sekiranya ternampak gelagat seekor kambing hitam yang berjalan dengan hanya menggunakan dua kaki di belakangnya sahaja.

Situasi sebegitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Alexandre Souza yang memaparkan seekor kambing berwarna hitam seakan berdiri dengan dua kaki dan berjalan memasuki satu ruang.

Pergerakan perlahannya itu sambil diekori oleh seekor ayam menimbulkan pelbagai tanda tanya di dalam kalangan warganet. Merujuk kepada kapsyen yang diturunkan oleh Alexandra Souza, dia mengatakan bahawa ingin menjual kambing tersebut tanpa sebab melainkan ingin jauhkan diri daripada kambing tersebut. Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan sememangnya pemilik haiwan tersebut atau hanya berkongsikan video itu sahaja.

Menariknya, video tersebut telah ditonton lebih 2.8 juta kali, raih 17 ribu tanda suka dan 152 ribu perkongsian.

“Saya ingin menjual kambing. R$ 20,00.shj

Alasan: Tanpa sebab, saya cuma mahu ia jauh daripada saya”

Apabila melihat rakaman ‘seram’ ini, mungkin boleh diketahui alasan mengapa kambing tersebut hendak dijual. Bagaimana pula dengan pendapat anda menerusi rakaman ini ?

Sumber: Alexandre Souza
 
Sponsored Post

yussv

Active Member
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Oct 18, 2008
Messages
2,466
Reaction score
425
Points
51
Haha..mau x seram tgk kambing jln mcm tu.. dah la kaler hitam.. 😅
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,006
Reaction score
1,900
Points
156
Kambing tu kena pukau dengan ayam jantan belakang tu kot.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,005
Reaction score
2,745
Points
201
R$ tu matawang apa? Ringgit brunei ke?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,846
Reaction score
21,823
Points
1,671
Haha lain macam ni. Tu dia masuk bilik nak beradu ke apa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register