BTC USD 28,441.1 Gold USD 1,974.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Video culik viral rupanya suami 'diculik' keluarga isteri sendiri

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
http://www.youtube.com/watch?v=ssEruSibEiQ

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai berstatus Datuk Seri yang berkelahi dengan isterinya 'diculik' oleh ahli keluarga isterinya di luar restoran di Taman Sri Manja di sini, petang Selasa.

Namun, kebimbangan mengenai insiden 'penculikannya' timbul selepas satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkelahi dengan beberapa individu dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta di sebuah restoran, dimuat naik secara dalam talian.

Difahamkan seorang wanita berstatus Datin Seri telah mengarahkan ahli keluarganya untuk membawa suaminya yang berusia 53 tahun pulang ke rumah.

"Dia mahu suaminya pulang supaya perselisihan pendapat antara mereka dapat diselesaikan . Dia mahu mengelak pertelingkahan di tempat awam," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi Abu Kassim.

Malangnya, rancangan itu menjadi tidak keruan selepas seorang pelanggan restoran terbabit memuat naik video rakaman insiden tersebut.

Malah, pelanggan tersebut turut membuat laporan polis bimbang insiden 'penculikan' berlaku.

Video tersebut menjadi viral di laman media sosial.

"Kumpulan penyiasat sedang menghubungi mangsa. Dia kini selamat bersama isteri dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis PJ ditemani isteri dan empat ahli keluarga mereka untuk disoal siasat," kata Azmi.

-- mstar
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
‘Mangsa culik’ disahkan selamat

Petaling Jaya: Polis mengesahkan lelaki ‘mangsa culik' dalam video yang menjadi viral hari ini selamat dan kejadian itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham dengan isterinya sendiri.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Sri Manja Square, Petaling Jaya, pada jam 11.40 pagi tadi.

Katanya, mangsa berusia 53 tahun itu sendiri datang ke balai polis Bandar Baru Bangi, Kajang pada kira-kira jam 4.45 petang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Mangsa membuat laporan polis bahawa ketika kejadian berlaku perselisihan faham dengan isteri sebelum dia dibawa oleh empat lelaki yang juga ahli keluarganya pulang ke rumah.

"Pegawai penyiasat sudah berhubung dengan mangsa dan dia disahkan dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Azmi, mangsa dan isteri serta empat individu yang terbabit di dalam video berkenaan sudah diarahkan untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4747#sthash.E2Huvb2R.dpuf
 
Sponsored Post

Top
Log in Register