Video | Budak 9 tahun lawan perogol ibu, mati ditetak dgn sabit

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,611
Reaction score
4,320
Points
201
pkosaacehtmr_1602679847.jpg

Anggota polis di kawasan kediaman mangsa di Birem Bayeun, Aceh Timur. - Foto Istimewa/Serambi Indonesia

ACEH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditetak sehingga mati apabila cuba melawan seorang suspek mahu memperkosa ibunya yang berusia 28 tahun di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Arife S Sukmo, mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Samsul, 36, ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran kediamannya dan ditahan pada pagi Ahad lalu.

Beliau menjelaskan, pembunuhan berlaku pada Sabtu lalu ketika mangsa, Rangga, dan ibunya sedang tidur di rumah, sementara bapanya pula keluar mencari ikan.

"Suspek (Samsul) yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu mangsa sebelum memberitahu hasratnya mahu melakukan hubungan seks.

"Bagaimanapun, ibu mangsa melawan dan kekecohan yang berlaku mengejutkan Rangga, yang terus bangun dan cuba menyelamatkan ibunya tetapi ditetak berkali-kali oleh suspek menggunakan sabit sehingga mati," katanya.

Ibu yang emosi melihat anaknya dibunuh terus cuba melawan tetapi gagal apabila suspek melibas dan mencederakan lengannya dengan parang.

Suspek kemudian menyimpan mayat Rangga dalam guni dan membawanya ke sebuah ladang kelapa sawit bersama ibu mangsa.

Setibanya di lokasi, suspek mengikat dan merogol mangsa berulang kali, sebelum melarikan diri dengan membawa mayat kanak-kanak lelaki itu.

Suspek enggan mendedahkan lokasi mayat mangsa apabila ditahan dan disoal siasat polis.

Namun, dua hari kemudian, mayat Rangga ditemui nelayan yang sedang mencari ikan di sebatang sungai, sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Mayat Rangga dibawa ke hospital dan pemeriksaan awal mendapati ada kesan tetakan di bahagian leher, dagu, dan jari kelingking tangan kiri juga tiada, dipercayai dipotong oleh suspek. - AGENSI


 
Last edited:
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,887
Reaction score
2,114
Points
201
patut balasanya buat buat tertembak on the spot....
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,680
Reaction score
256
Points
91
bapak ganas jln cite kes ni
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
Jahanam btul suspek tu. Klu bleh bunuh balas, cincang2 sampai lumat campak ke sungai Kasi buayo mkn
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,611
Reaction score
4,320
Points
201
Polisi Tangkap Pria yang Perkosa Ibu Muda dan Bunuh Anaknya di Aceh Timur




 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,864
Reaction score
11,718
Points
2,376
Kejam betul
Berbakti hingga hujung nyawa anak buat ibu nya
Yang merogol dan membunuh tu harap dikenakan hukuman setimpal
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,364
Reaction score
11,145
Points
1,906
Allah, sampai hati dia bunuh anak sekecik tu, aduhai
anak tu nak protect ibu dia je, kenapa lahai

subhanallah anak, awak ni suci sungguh, pertahankan ibu
syurga lah utk mu, Allahu akbar
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,449
Reaction score
407
Points
51
acheh ni ada set law depa seniri..depa nnt pki ta'zir..an eye for an eye
 
Sponsored Post
Top
Log in Register