BTC USD 26,392.3 Gold USD 1,939.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Video Anggota Polis Terima Sesuatu Secara Mencurigakan Di Siasat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
30.03.2023 - Kuala Lumpur, bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di Sabah mengesahkan menerima aduan berhubung sebuah klip video tular di media sosial membabitkan anggota polis dipercayai menerima sesuatu daripada seorang individu dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota berkenaan.

"Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas ke atas anggota terlibat dan juga pihak pemberi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Fuad berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu mohon berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239. Dalam klip video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua anggota polis lelaki dan dua lelaki awam, yang seorang daripada lelaki awam itu menghulurkan sesuatu kepada seorang daripada anggota polis terbabit dalam keadaan mencurigakan di luar sebuah lot kedai dengan bidai ditutup.​


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register