video 3GP "KENA ROGOL" tersebar luas...sekeluarga mangsa malu..

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Tragis apabila seorang gadis berusia 20 tahun diperlakukan bagai haiwan oleh tiga lelaki durjana yang memperkosanya bergilir-gilir sebelum aksi itu dirakam dan kini diedar secara meluas melalui telefon bimbit dengan judul ‘Kena Rogol’.

Lebih malang, bukan saja gadis terbabit yang juga graduan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengalami tekanan perasaan, malah perlakuan tiga lelaki berhati binatang itu turut menyebabkan seluruh anggota keluarganya kini menyisihkan diri daripada masyarakat kerana malu selepas aksi kejadian dipercayai berlaku Oktober tahun lalu, tersebar melalui telefon bimbit.

Kisah hitam gadis berkenaan didedahkan kenalannya hanya mahu dikenali sebagai Laili, 25, yang bersimpati, namun buntu untuk memujuk remaja terbabit membuat laporan polis. “Ketika pulang ke kampung di Negeri Sembilan baru-baru ini, saya bercadang mengunjungi mangsa, namun dihalang anggota keluarganya yang tidak mahu anak gadis mereka diganggu.

“Kerana tidak puas hati, saya bertanya kepada adik gadis itu sebelum ditunjukkan satu klip video selama dua minit di telefon bimbitnya menunjukkan aksi kakaknya ‘dikerjakan’ tiga lelaki,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, klip video itu tersebar di kampungnya menyebabkan anggota keluarga mangsa malu lalu mengasingkan diri dari masyarakat. “Dalam video terbabit, mangsa tanpa seurat benang dipaksa tiga lelaki melakukan seks dengan tangannya dipegang.

Dia yang bertubuh kecil hanya mampu menjerit dan meraung meminta tolong, namun tidak dihiraukan. “Walaupun cuba melarikan diri, dia diheret dua lagi lelaki.

Tak tergamak saya melihat dia menangis meminta simpati, tetapi ketiga-tiga ‘binatang’ itu seolah-olah hilang akal,” katanya. Ketika ‘aktiviti’ jahat itu dilakukan, mereka memasang lagu dengan kuat bagi memastikan jeritan mangsa tidak didengari orang lain. “Saya difahamkan kejadian berlaku di Kuala Lumpur kerana ketika itu, mangsa masih bekerja di sini.

Selepas itu, mangsa pulang ke kampung dan enggan keluar rumah. “Dia lebih banyak bersendirian dalam biliknya, begitu juga ahli keluarganya yang tidak banyak bercakap berbanding sebelum ini,” katanya. Laili berkata, perasaan benci bercampur geram melihat keadaan mangsa membuatkan dia ingin menemui gadis terbabit, namun keluarganya bertegas memintanya jangan mencampuri urusan mereka. Lebih menyakitkan hati apabila keluarga gadis itu enggan membuat laporan polis kerana malu. “Saya pernah bertanyakan keluarga mengapa mereka tak mahu membuat laporan polis, namun ibu saya menyatakan mereka malu dan tidak mahu apa yang berlaku menjadi bualan lebih ramai penduduk kampung. “Mereka lebih rela mendiamkan perkara ini kerana bimbang diketahui.

Saya simpati dengan apa yang berlaku, namun tidak tahu cara terbaik yang perlu dilakukan bagi membantunya,” katanya. Menurutnya, dia berharap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk membantu mangsa kerana bimbang perkara itu menjejaskan masa depan mangsa atau lebih malang gadis lain pula menjadi mangsa tiga syaitan bertopengkan manusia itu.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
pemuda harapan bangsa. perogol ramai....
lagi moden, lagi maju, lagi tak senonoh.
 

DUNHILL20

Active Member
Joined
Jan 14, 2009
Messages
1,315
Reaction score
37
Points
30
Mmg malu giler...
wat jer report polis..
 

cikgurp

Active Member
Joined
May 16, 2009
Messages
2,153
Reaction score
21
Points
25
nie bukan manusia...nie binatang....kawal2 ar nafsu tue....apa2 pun aku simpati dengan budak tue..dunia2..
 

warok232

Junior Member
Joined
Feb 6, 2010
Messages
86
Reaction score
2
Points
11
Laporknlah kt polis..
lgpn,bwat pe nk malu lg..
smua org pn dh taw..
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
tu la duk caye sgt kt bopreng.. kang da kena tebokk.. sape susahh
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
aduh.....

sian giler dgn budak nieh....
 

warok232

Junior Member
Joined
Feb 6, 2010
Messages
86
Reaction score
2
Points
11
cana la idup dia nnti..
arap2 ada la laki sudi trima dia seadnya..
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
semoga Allah memberikan gadis ini kekuatan untuk meneruskan
hidup..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register