akay
Banned
- Messages
- 14,865
- Joined
- Jan 30, 2008
- Messages
- 14,865
- Reaction score
- 17
- Points
- 115
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga bekas pelajar sekolah itu mengumumkan demikian semasa majlis pengisytiharan 172 butiran Warisan Kebangsaan 2009 di sini hari ini.Sempena pemilihannya sebagai salah sebuah Warisan Kebangsaan 2009, mula hari ini nama Sekolah Menengah Victoria yang diasaskan pada tahun 1893 akan kembali kepada nama asalnya Victoria Institution (VI).
Menurut beliau, VI diangkat sebagai Warisan Kebangsaan kerana memenuhi kriteria berdasarkan Akta Warisan 2005 yang mana sekolah berkenaan terlibat secara langsung dalam sejarah kemerdekaan negara apabila ia pernah digunakan oleh askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Jelasnya, VI juga merupakan sekolah menengah Inggeris pertama di Tanah Melayu, berprestij dan telah melahirkan ramai tokoh terbilang negara termasuk raja, menteri, ahli korporat, tokoh politik dan tokoh sukan negara.
''VI juga sekolah pertama di Asia Tenggara yang menubuhkan pasukan kadet dan pancaragam yang amat sukar ditandingi.
''Saya menyeru kepada semua hadirin agar kita bersama-sama berganding bahu memelihara warisan sekolah ini kerana setiap ciri sama ada dinding, jendela, beranda, bumbung, menara atau padang VI mempunyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri,'' katanya dalam ucapan sempena majlis itu.
Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang juga bekas pelajar VI.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) VI, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz berkata, selepas pengiktirafan berprestij dan mendapat kembali nama asalnya, VI akan menjadi pemangkin untuk sekolah berkenaan meneruskan kesinambungan kecemerlangannya.
Menurut beliau, semua pihak termasuk PIBG, pelajar, guru dan Persatuan Bekas Pelajar VI (VIOBA) perlu menjadi terbaik di kalangan terbaik dengan menjadikan kecemerlangan Raffles Institution di Singapura sebagai penanda aras tahap pencapaian.
Dalam pada itu, Pengetua VI, Azizah Othman berazam untuk meneruskan kecemerlangan sekolah itu selaras dengan pengiktirafannya sebagai salah sebuah Warisan Kebangsaan.
Beliau berkata, pengiktirafan itu adalah satu pencapaian gemilang serta antara tertinggi bagi warga pendidik, pelajar-pelajar serta tenaga kerja VI dulu dan sekarang.
''Sebagai pengetua wanita ketiga di sekolah yang didominasi pelajar lelaki ini, pengisytiharan ini membuatkan saya dan warga pendidik VI berazam untuk bekerja dengan lebih tekun,'' katanya.
da seratus taun lebih da sekolah ni ..
aku da tinggalkan sekolah ni je dekat2 15 taun
Last edited: