Venezuela usir Duta Israel

CG Sponsors




boblynn02

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2007
Messages
3,457
Reaction score
81
Points
30
sumber Utusan Malaysia

07/01/2009 12:46pm

Venezuela usir Duta Israel




CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.

Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.

“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”

Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP



Liga Arab buat apa sekarang nih?? Bila cerita bab paling kaya, paling hebat, bangunan paling tinggi,moden... Pak2 Arab la nombor satu.. :(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
Venezuela usir Duta Israel? Negara2 Islam buat apa?
 

ajax932

Super Active Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
7,694
Reaction score
41
Points
75
satu permulaan baik...
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
pembalasan akan mulai menampak...
 

khairi78

Active Member
Joined
Sep 27, 2007
Messages
2,084
Reaction score
17
Points
25
buat boodooh? :-?~X(
Ehhh, dia bukan buat boodooh....tapi buat tak tau jer.... :-? :D, sama ker? lu fikirlah sendiriiiiii....jawablah kat akhirat kelak...
 

kizuro

Active+ Member
Joined
May 11, 2008
Messages
3,795
Reaction score
2
Points
25
ape la negara2 arab buat....kata sesama islam...tapi buat2 xtau jer...
 

boblynn02

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2007
Messages
3,457
Reaction score
81
Points
30
Cuba bayangkan kalau ia berlaku pada Negara kita, pastu xde sapa2 pun tolong. Kita sama2 kita je.
 

wheriz

Active+ Member
Joined
Oct 30, 2006
Messages
3,164
Reaction score
171
Points
33
Sayang sekali orang2 Islam turut bersekongkol dgn Israel. contohnya Mesir, kenapa tak buka sempadan untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza? Kenapa Mahmoud Abbas tak bersuara lantang menentang penaklukan Israel keatas Gaza.

Entah apalah janji Olmert kepada mereka ni. Janji2 manis dunia. Tidak takutkah pemimpin2 ni pada janji2 Allah?.

Bacalah Al Quran, InsyaAllah akan faham siapa orang2 yahudi ni, apa tipudaya mereka, dan mcm mana nak menghadapi mereka.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register