Vemma Nutrition - vemma.com (DSA United States Member)

CG Sponsors




nik_aminju

Banned
Joined
Apr 11, 2007
Messages
37
Reaction score
0
Points
6
Code:
Vemma Nutrition a member of DSA United States - [URL="http://www.dsa.org/forms/CompanyFormPublicMembers/view?id=185800000094"][B]Refer here for company membership[/B][/URL]

Assalamualaikum & salam muhibah

Tentang Syarikat

VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar.

New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai “kapal roket” oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

BK bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).

New Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan ( kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.

VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.

sila layari :

Website rasmi
www.vemma.com


Website ahli-ahli yang mencari downline melalui autodownline system
www.vemmabuilder.com
www.myvemma.com
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

viper21my

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
7,551
Reaction score
137
Points
73
korang upanyer yang rajin buat program cenggini.... korang la yang cepat kaya,,, downline,,, hancur
 

VAMP

Ex-Super Mod
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,432
Reaction score
52
Points
130
" Peluang Menjadi PIONEER Saya Buka Untuk Anda. Jgn Mengeluh Susah Nak Berjaya Kerana Lambat Dapat Peluang. Keputusan Sekarang Terletak Di Tangan Anda. Rezeki Ini Tak Akan Datang Bergolek 2 Kali Dalam Hidup Kita
so.. kalu join bende ne.. rezeki buleh datang bergolek ke.. :p
 

KrisSMerah

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 22, 2006
Messages
8,041
Reaction score
18
Points
65
mari mari mari. $20k bole dapat dlm masa 4 bulan. sila sila
 

goldtrader

Super Active Member
Joined
Dec 24, 2005
Messages
6,930
Reaction score
49
Points
70
wow!! ana dapat 20 k .. kayo laa ana
 

ripzer

Active Member
Joined
Jan 10, 2006
Messages
2,200
Reaction score
2
Points
25
20k usd = rm 70k ... baik CEO CEO kat msia ni benti keje pastu buat MLM jek. hahahha. oh cop2.. kalau semue berenti keje,camne nak bagi duit join MLM ?? hahahaah

title half gempak. 20k seminggu..tapi belum dilancarkan. wow. teruja. sape akan dapat 20k tu? mesti leader sorang jek dpt
 

KrisSMerah

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 22, 2006
Messages
8,041
Reaction score
18
Points
65
20k usd = rm 70k ... baik CEO CEO kat msia ni benti keje pastu buat MLM jek. hahahha. oh cop2.. kalau semue berenti keje,camne nak bagi duit join MLM ?? hahahaah

title half gempak. 20k seminggu..tapi belum dilancarkan. wow. teruja. sape akan dapat 20k tu? mesti leader sorang jek dpt
tau takpe. petang gini makan pengat. sendiri mau ingat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register